Kuih Keria Sedap , Popular Di Masjid Tanah.
Assalammualaikum dan hai.
Melaka memang terkenal dengan pusat pelancongannya, bukan sahaja dari segi sejarah, bahkan juga dari segi makanan.
Apabila di sebut melaka, orang akan kata ia terkenal dengan menu asam pedas.
Melaka terbahagi kepada 4 daerah iaitu Jasin, Melaka Tengah, Alor Gajah dan Masjid Tanah.
Setiap daerah ini ada keistimewaan yang tersendiri.
Dalam artikel ini, penulis akan kupaskan salah satu daerah yang menjadi tumpuan orang ramai iaitu Masjid Tanah.
Bila di sebut Masjid Tanah, penduduk di sini menggelarnya sebagai pekan simpang. Kerana banyak simpang dan banyak tarffic light.
Dalam artikel yang lepas , ada penulis buat beberapa artikel mengenai masjid tanah, anda boleh bacanya di :
Masjid Tanah terkenal dengan salah satu pantai iaitu pantai pengkalan balak. Ia sememangnya menjadi port popular pelancong dari luar serta dalam kawasan untuk bersantai. Ini kerana pesisir pantainya yang panjang, memamng menjadi tujuan utama pelancong meluangkan masa dengan insan tercinta sewaktu menginap di sini.
Terdapat banyak chalet, homestay serta port makan yang menarik jika singgah di sini.
Apabila di sebut port makan, salah satu yang menarik dan istimewa ialah kuih keria.
Kenapa penulis kata ianya isitimewa?
Ini kerana kuih keria di kedai ini hanya akan buka pada sabtu dan ahad sahaja dan hanya beroperasi tepat jam 11.00 pagi sehingga selesai. Selalunya jam 3 petang sudah selesai.
Kuih keria ini berlokasi di solok duku, ianya sebaris dengan kedai yang menjual coconut shake. Jika anda simggah di coconut shake solok duku, jangan lupa untuk mencuba dan membeli kuih keria sebaris dengan kedainya.
Keistimewaan Kuih Keria Sedap , Popular Di Masjid Tanah.
Antara keistimewaan kuih keria solok duku yang sedap ini ialah bahagian dalaman dan luaranya.
Pertama ialah isi bahagian dalamnya yang hanya menggunakan keledek semata-mata dan ianya cair di mulut. Pada bahagian luarannya pula ialah kulit kerianya menggunakan gula melaka yang pekat dan tiada campuran gula putih. Ini menjadikan ia kuih yang sedap, tidak keras apabila masuk ke mulut serta tidak tercecik.
Kebanyakan kuih keria, bahagian isinya akan ada adunan tepung, tetapi tidak yang ini, di mana isinya hanya semata-mata keledek, jadi bila makan ianya tidak muak langsung. Paling penting bahagian luarnya yang tulen menggunakan gula melaka, maka sedap di tekak penulis.
Selain kuih keria, pemilik kedai ini juga ada menjual popia sambal serta kuih yang lain sebagai pilihan kepada pembeli. Selalunya kuih keria yang akan habis dulu, dan akan ada masa orang akan beratur semata-mata untuk tunggu kuih keria siap.
Di bawah ini, sempat penulis ambil gambar kuih kerianya.
oo ye, jika anda kaki travel dan suka bercuti, tetapi sering sakit sakit sendi dan lenguh ketika memandu, penulis sarakan anda guna gel sendi dari int3tree.
Masalah Lutut & Sendi Ganggu Aktiviti Anda Seharian????
Sapu Je Dah Legaa!!!! Sakit Sendi Dan Lutut? Cegah 5 Minit Je!.
Sapu Gel Int3Gold sehari sekali Guna tak sampai 1 botol dah boleh nampak perubahan. .
HARGA RM38 Sahaja! . Tidak Termasuk Postage.
Ikhtiar Masalah Kesihatan Anda Sekarang Dengan INT3GOLD!
Leave a Reply