• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Chalet Murah Pengkalan Balak.

by shazylin
December 4, 2021December 5, 2021Filed under:
  • travel

Chalet Murah Pengkalan Balak. Assalammualaikum dan salam sejahtera. Entri hari ini adalah berkaitan dengan senarai chalet yang anda boleh dapati jika bersinggah di Pantai Pengkalan, Masjid Tanah MELAKA.

Sepertimana yang kita ketahui, salah satu tempat pelancongan yang terdapat di Daerah Masjid Tanah ialah di pesisir pantai. Pengkalan Balak merupakan salah satu tumpuan pelancongan dari luar Melaka jika singgah di sini. Begitu juga dengan penduduk di sekitar kawasan Masjid Tanah.

Angin yang sepoi sepoi bahasa, deruan ombak menarik ramai orang luar untuk menginap di Pantai Pengkalan Balak. Tidak lupa juga kepada ibu bapa serta pasangan muda mudi yang singgah, untuk menghayati keindahan matahari terbit dan terbenam di kawasan ini.

Justeru itu, entri pada hari ini akan menyenaraikan senarai Chalet Murah Pengkalan Balak untuk rujukan anda semua, jika singgah bercuti bersama dengan insan tersayang.

 

  • Ismah Beach Resort, Pantai Padang Kemunting.

ismah beach resort kemunting

Ismah Beach Resort, Pantai Padang Kemunting berada bersebalahan dengan Pantai Tanjung bidara. ia merupakan resort bajet yang sesuai untuk seisi keluarga. Resort ini menawarkan pelbagai pakej seperti terutama untuk membuat famliy day atau apa-apa aktiviti gathering. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti tempat BBQ, mesyuarat, dewan makan yang bersih, zumba dan karaoke. Jika anda berminat, boleh hubungi nombor yang tertera iaitu  017-3128141 atau boleh melayari laman facebook mereka tekan sini.

 

  • Rare Chalet Pengkalan Balak

Rare Chalet Pengkalan Balak

Bagi pasangan atau keluarga yang inginkan sebuah chalet yang menghadap laut dan luas permandangan, anda boleh memilih chalet ini di jadikan tempat tinggal untuk bercuti. Golongan kaki pancing juga tidak ketinggalan untuk singgah di sini,memandangkan ianya betul-betul menghadap laut. Jika anda berminat, boleh hubungi nombor yang tertera iaitu  019 2835143 atau boleh melayari laman facebook mereka tekan sini.

  • D’Nelayan Beach Resort

d nelayan pengkalan balak

D Nelayan Beach Resort betul-betul terletak di jalan besar menghala ke Pengkalan Balak. Resort ini menawarkan pelbagai service dan kemudahan seperti seminar, riadah, hari keluarga atau pun untuk jamuan. Terdapat pelbagai pakej dan harga untuk tempahan. Paling sesuai jika ada ibu bapa yang mempunyai anak kecil, kerana terdapat pool untuk kanak-kanak di dalam resort sendiri yang betul-betul menghadap laut smbil boleh menikmati pemandangan pada waktu petang. Jika anda berminat, boleh hubungi nombor yang tertera iaitu  06-384 8666 atau boleh melayari laman facebook mereka tekan sini.

  • D’Ceria Chalet Pengkalan Balak

D'ceria chalet pengkalan balak

D’Ceria Chalet Pengkalan Balak terletak di Batu 34, Padang Kamunting, Pengkalan Balak. Chalet ini menawarkan 13 bilik dengan harga murah serta servis yang tiptop. Paling best tentang chaet D’Ceria ini adalah mempunyai kolam renang yang sangat besar. Jika anda sampai di sini, anda akan terpegun dengan kolam renang yang betul-betul menghadap bilikanda, Jadi anda ada pilihan,sama ada nahu mandi di kolam renang atau mandi di pantai. Jika anda berminat, boleh hubungi nombor yang tertera iaitu  016-245 3630 atau boleh melayari laman facebook mereka tekan sini.

  • Desa Damai Chalet

desa damai chalet pengkalan balak

Desa Damai Chalet antara chalet rare, kerana berkonsepkan rumah bina kayu traditional melayu yang satu-satunya berada di pengkalan balak.  Chalet ini juga berdekatan dengan pantai sambil memaparkan view untuk privacy. Jika anda dari luar Melaka, dan inginkan betul-betul suasana kampung, boleh jadikan ini salah satu chalet pilihan anda. Jika anda berminat, boleh hubungi nombor yang tertera iaitu  019-2348966 atau boleh melayari laman facebook mereka tekan sini.

  • Seraya Pantai Chalet

Seraya Chalet pengkalan balak

Seraya Pantai Chalet pula menwarkan 18 jenis bilik penginapan, Dimana terdiri dari 3 buah bilik family, 10 buah bilik double serta 5 buah bilik single, Chalet ini antara salah satu yang behadapan dengan laut serta kedai makan. Harga yang di tawarkan juga berpatutan dan sesuai jika anda ingin melakukan aktiviti konvoi . Jika anda berminat, boleh hubungi nombor yang tertera iaitu 06 3841809 atau boleh melayari laman facebook mereka tekan sini.

 

  • Kampung Pinang Sebatang Pengkalan Balak.

    chalet kampung pinang sebatang pengkalan balakIndividu yang ingin percutian serta tempat tinggal yang high class, maka anda boleh mencuba menginap di Kampung Pinang Sebatang Pengkalan Balak. Menawarkan harga yang premium serta konsep deko ala-ala P Ramlee, menonjolka lagi keindahan serta view di sini. Pasangan pengantin baru wajib cuba untuk stay di sini. Berminat dengan Kampung Pinang Sebatang Pengkalan Balak? jom risik nombor telefon untuk di hubungi 019-358 6778 atau anda boleh layari facebook mereka tekan sini.

 

  • The Amanjena Resort

amanjena resort pengkalan balak

Inginkan konsep resort ala-ala barat? The amanjena Resort jawapannya. Resort yang super classy, sunyi, privacy ,bilik bersih dan berhadapan dengan pantai. Bagi kaki ootd , anda boleh stay di sini serta menghayati pemandangan pada waktu malam yang sangat sunyi serta di sinari dengan cahaya-cahaa lampu menerangi hotel. Konsep antik pembinaan bangunan hotel menyerlahkan lagi reka bentuk bangunan. Pasangan yang ingin berbulan madu ala-ala luar negara, boleh singgah di sini. Berminat dengan The Amanjena Resort? Boleh hubungi di 017-621 3055 atau skroll facebok mereka tekan sini.

 

  • Ruqayyah Beach Resort.ruqayyah beach resort telok gong

    Ruqayyah Beach Resort merupakan resort yang menawarkan parking yang mudah bagi si pengunjung. Berhadapan dengan jalan besar telok gong-pengkalan balak serta mempunyai view pantai bila anda check in di sini. Berminat dengan Ruqayyah Beach Resort ? Boleh hubungi di 011-1090 6085 atau skroll facebok mereka tekan sini.

  • Sayang Beach Resortsayang beach resort chalet bajet

Sayang Beach Resort merupakan hotel bajet jika anda singgah di sini. Merupakan juga chalet berhadapan dengan pantai, dan berdekatan dengan gerai-gerai makana. Jika anda stress dan ingin lari dari suasana sesak, boleh singgah di sini untuk menginap sambil menghidup udara angin pantai. Jika anda berminat, boleh hubungi nombor yang tertera iaitu 06-384 8946 atau boleh melayari laman facebook mereka tekan sini.

  • Chalet Deruan Ombak

Chalet deruan ombak pengkalan balak

chalet yang sesuai untuk seisi keluarga. Anda boleh berjalan kaki di sepanjang pantai untuk menikmati suasana petang. Antara chalet yang menjadi tumpuan orang ramai terutama jika melaksanakan aktiviti family day atau gathering dengan sahabt handai. Jika anda berminat, boleh hubungi nombor yang tertera iaitu 06-384 7628 atau boleh melayari laman facebook mereka tekan sini.

  • Chalet Hajah Mahawa

chalet hajah mahawa

Inginkan chalet yang betul-betul bersebelahan dengan pantai? Anda boleh pilih chalet hajah mahawa ini, Rate harga yang sangat murah serta ekonomi. Di sediakan tempat BBQ, Terdapat dua jenis rate harga untuk penginapan. Harga untuk rumah kayu serta harga untuk rumah batu. Boleh merasai kesejukan angin pantai apabila menginap di sini. Berminat dengan Chalet Hajah Mahawa?  boleh hubungi nombor telefon 012-664 3059 serta layari facebook mereka untuk view tekan sini.

  • D Chalet Ombak Biru

D chalet Ombak Biru

D chalet Ombak Biru terletak betul-betul di lokasi berhamoiran dengan Ruqayyah Beach resort. Chalet yang menghadap jalan besar ke telok gong -pengkalan balak. Chalet ini mnewarkan 12 bilik penginapan. Walaupun terletak berhadapan jalan besar, namum terdapat kolam renang di sediakan selain dari tempat bersantai seperti BBQ. Senang cerita mudah untuk buat aktiviti family day kerana semua keperluan lengkap. Layanan mesra dari satff akan membuat anda jatuh cinta dan repeet semula unutuk menginap di sini. Berminat dengan D chalet Ombak Biru?  boleh hubungi nombor telefon 0162115359 serta layari facebook mereka untuk view tekan sini.

 

Kesimpulan

Bagi yang suka melancong dan melepak di kawasan pengkalan balak, anda boleh la membaca entri ini untuk rujukan tentang beberapa chalet yang boleh di pilih untuk menginap. Entri seterusnya, akan mengisahkan Chalet Murah Di Kuala Sungai Baru .

 

Tagged:
  • amanjena resort pengkalan balak
  • Chalet Hajah Mahawa
  • chalet kampung pinang sebatang pengkalan balak
  • chalet murah pengkalan balak
  • D'Ceria Chalet Pengkalan Balak
  • Desa Damai Chalet
  • Ismah Beach Resort
  • Pantai Padang Kemunting.
  • pantai pengkalan balak
  • Rare Chalet Pengkalan Balak
  • ruqayyah beach resort telok gong
  • Seraya Chalet pengkalan balak

Post navigation

Previous Post Rezeki Zuriat. Doa Untuk Cepat Hamil.
Next Post Semak Dan Bayar Bil Air SAMB Online.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com