Chalet Murah Kuala Sungai Baru. Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pada entri travel yang lepas, saya ada menulis mengenai Chalet Murah Pengkalan Balak. Maka artikel seterusnya di dalam slot travel akan menjanjikan artikel senarai Chalet Murah Kuala Sungai Baru.
Kuala Sungai Baru terletak bersebelahan dengan kawasan Pantai Pengkalan Balak, berjarak kira-kira 5 kilometer. Kawasan ini tidak kurang hebatnya berbanding dengan kawasan Pengkalan Balak. Terdapat banyak Chalet di bangunkan bagi merancakkan ekonomi penduduk di Kawasan Kuala Sungai Baru.
Di Pengkalan Balak terkenal dengan kawasan pantainya, tidak kurang dengan Kuala Sungai Bbaru yang terkenal dengan Ikan Bakar serta pantai yang cukup indah. Kebanyakan pelancong yang datang hanya fokus pencarian chalet mereka di kawasan Pengkalan Balak, berbanding di Kuala Sungai Baru.
Justeru itu, entri pada hari ini akan memberi sedikit sebanyak rujukan anda semua, jika singgah bercuti bersama dengan insan tersayang.
Homestay Kuala Sungai Baru (5minit Ke Pantai Pengkalan Balak)
Terletak di Lot 240, Batu 8, Jalan Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, 78200, Melaka, Melaka. Homestay ini berdekatan dengan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dan hanya 5 minit untuk ke Pantai Pengkalan Balak . Jika anda berminat, boleh hubungi nombor yang tertera iaitu 0136716931 atau boleh melayari laman facebook mereka tekan sini.
Homestay Villa Suraiya Kuala Sungai Baru
Terletak betul-betul berhampiran dengan KUIM, beralamat Lot 14720, Jalan Kolej Universiti Islam Melaka, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka. Jika anda berminat, boleh hubungi nombor yang tertera iaitu 012-624 8567 atau boleh melayari laman facebook mereka tekan sini.
Homestay Kuala Sungai Baru Sea Frontage
Terletak di Lot 200, 201 & 204 Batu 28 1/2 Lorong Haji Md Zin, Kampung Tengah, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka. Jika anda inginkan suasana kampung yang medamaikan, maka boleh menginap di homestay ini. Mempunyai review rating 4.5/5 , menggambarkan homestay ini di minati oleh setiap pengunjung. Di sini di letakkan nombor telefon untuk urusan tempahan 012-250 1262 serta laman page facebook untuk rujukan klik sini.
D’ Pantai Homestay
Homestay yang terletak betul -betul bersebelahan Pantai Kampung Tengah. Keluarga yang ada kaki pancing serta gemar buat BBQ dengan tiupan angin pada waktu malam amat sesuai menginap di sini. Pada sebelah petang anda boleh mencari remis sambil menghayati matahari terbenam. Homestay ini menyediakan parking di dalam paagr, ajdi anda tidak perlu risau akan keselamatan. Berminat dengan homestay ini? Jom hubungi nombor tertera 012-323 0602 serta akan boleh review laman facebook mereka di klik sini
D’Labor Homestay
Anda kaki pancing? jomlah menginap di sini . Lokasi D’Labor Homestay terletak di BATU 27 1/2 KAMPUNG PANTAI,KUALA SUNGAI BARU,, Malacca City, Malaysia, 78200. Homestay yang sesuai untuk keluarga yang besar dan bercuti untuk bersantai. Kelebihannya laut di sebelah homestay anda tanpa sebarang pagar. Tempat parking yang besar di samping pada waktu malam, anda akan dapat menghidu bau air laut yang segar sehingga ke pagi. Hubungi nombor telefon ini 013-622 2389 serta boleh layari facebook mereka klik sini
Wardah D’ Village Homestay
Wardah D’Village Homestay terletak di Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru Melaka. Suasana permandangan yang tenang, serta tidak jauh untuk ke pantai kampung tengah. Sesuai untuk seisi keluarga jika datang bercuti di sini. Mempunyai halaman depa yang luas, memudahkan parking kereta. Jika anda berminat, boleh hubungi nombor yang tertera iaitu 013-209 8479 atau boleh melayari laman facebook mereka tekan sini.
Homestay Teratak Samudera
Terletak bersebelahan dengan ALAM dan homestay ini boleh memuatkan sehingga 15 orang dalam satu masa. Mempunyai kawasan halaman yang luas dan paling penting ada loteng yang boleh di jadikan juga sebagai tempat penginapan. Jika anda sampai di sini, anda akan terpegun dengan konsep bina rumah yang memaparkan rumah traditional melayu melaka dan di bahagian belakang rumah ada permandangan laut yang terbentang luas. Homestay ini mempunyai rating 4.1/5 dari pengunjung yang datang. Ingin mencuba stay di sini? Boleh ambik nombor tertera 019-225 6835 serta juga boleh membaca view rating di facebook klik sini
Umang-Umang Chalet
Jika anda stress dan ingin lari dari kesibukan kota, boleh singgah di Umang-umang chalet. Antara chalet di yang mengekalkan privacy jika anda menginap di sini. Chalet ini berhadapan dengan laut, pada waktu malam akan anda dapat melihat serangga api api kelip berterbangan pada waktu malam yang menambahkan keserian di dalam kegelapan. Di sini anda boleh berkelah, memancing. Jika malas mencari makanan di luar, just order sahaja. Paling best chalet ini mempunyai kolam untuk kanak-kanak. Cuma anda perlu berhati kental untuk sampai ke chalet ini, kerana jalan yang tidak berturap.Hubungi nombor telefon ini 016-665 0167 serta boleh layari facebook mereka klik sini
Hana Homestay
Tercari-cari homestay yang mempunyai 5.0 rating? Hana Homestay jawapannya. Jika anda ada keluarga yang besar dan bercadang untuk bercuti di kuala sungai baru, boleh lah singgah di sini. Mempunyai private swimming pools , serta dekat dengan pantai amat sesuai untuk family day serta gathering. Lokasinya adalah terletak di LOT 240, BATU 28, JALAN KG PERMATANG, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka. Bermiant dengan hana homestay ? Jom hubungi nombor tertera 0192710336 serta akan boleh review laman facebook mereka di klik sini
Kesimpulan
Bagi yang suka melancong dan melepak di kawasan pantai kawasan kuala sungai baru, anda boleh la membaca entri ini untuk rujukan tentang beberapa chalet yang boleh di pilih untuk menginap. Entri seterusnya, akan mengisahkan Homestay Murah Di Masjid Tanah.
Leave a Reply