Ikan Siakap 3 Rasa. Assalammualaikum dan salam sejahtera. Entri pada hari ini berkaitan dengan resepi ikan yang tengah viral pada musim orang tengah bercuti sambil bersiar-siar makan angin. Semestinya ikan yang tengah panas di perkatakan oleh pelbagai pihak termasuk juga makcik bawang rangers.
Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Bujang Style di berikan oleh seorang sahabat yang masuh bujang. Jadi itu namanya menu bujang stye. Jom kita lihat bahan-bahan yang di perlukan, cara penyediaannya dan hasilnya seperti berikut.
Menu style masakan ini untuk makan 10 orang.
Senarai bahan-bahan:
Bahan-bahan untuk persiapan ikan
- empat ekor ikan siakap
- 6 biji limau-untuk basuh ikan supaya tidak hanyir
- garam
- 10 biji telur
- tepung jagung
- minyak masak
Bahan-bahan untuk persiapan kuah sos
- 8 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 2 biji bawang holland atau di kenali sebagai bawang cina
- 1 batang serai
- 1 ikat daun ketumbar
- 6 senduk cili kisar
- Sos cili
- Sos ikan
- Sos tiram
- Sos 3 rasa
- 1 ketul kiub ayam
- 1 biji lobak
Bahan-bahan hiasan setelah siap masak:
- 1 bungkus salad kecil.
Cara-cara Penyediaan:
Dalam penulisan ini akan di perjelaskan satu persatu untuk memudahkan anda faham dan senang untuk ikutnya.
Langkah pertama ialah dari segi penyediaan ikan.
- Bersihkan ikan siakap, kemudian di cuci dengan limau bagi menghilangkan bau hanyir. Toskan.
- pecahkan 10 biji telur dan pukul sehingga kembang.
- tuangkan sebungkus tepung jagung di dalam pinggan.
- panaskan minyak masak yang mencukupi untuk masak ikan sehingga panas
- ambil ikan yang telah di toskan, kemudian masukkan ke dalam telur sehingga kena keseluruhan ikan dan ratakan ikan yang telah kena telur tersebut dengan tepung jagung.
- Kemudian celup semula dengan telur , dan goreng ikan siakap tersebut sehingga garing.
- pastikan anda menjaga api ye, supaya ikan tersebut tidak hangus.
- Angkat bila ikan sudah kekuningan masak. Toskan minyak.
Langkah kedua ialah dari segi penyediaan sos atau kuah ikan.
- 8 biji bawang putih dan 1 inci halia di tumbuk kasar .
- 2 biji bawang holland di kupas serta di potong dadu
- 1 batang serai di bersihkan serta di titik
- 1 ikat daun ketumbar di bersihkan dan di potong halus
- 1 biji lobak di potong dadu
Cara memasak sos atau kuah ikan
- panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bahan yang telah di tumbuk kasar sehingga naik bau bersama sama dengan serai yang telah di titik.
- Masukkan pula 6 senduk cili kering, tumiskan sehingga pecah minyak.
- Kemudian, masukkan sos sos cili, sos ikan, sos tiram dan sos 3 rasa. Bahan-bahan sukatan sos ini bergantung pada berapa banyak kuah yang anda inginkan.
- Setelah sebati, masukkan 1 kiub ayam, lobak serta bawang holland yang telah di potong dadu. Gaulkan sehingga rata dan perasakan. Akhir sekali masukkan daun ketumbar. Jika ingin pedas, anda boleh meletakkan cili api yang di potong kasar sambil gaulkan.
Langkah ketiga ialah dari segi penyediaan bahan hiasan apabila selesai masak.
- cuci salad , toskan sehingga kering
- hiaskan salad di atas pinggan
- setelah selesai hiaskan salad, letak ikan siakap yang telah di masak, kemudian letakkan kuah atau sos yang telah siap masak di atas ikan. Kemudian hidangkan.
- boleh di jamu dengan keluarga tercinta.
Leave a Reply