• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

by shazylin
January 7, 2023Filed under:
  • tips

Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

 

Setiap mommies yang hamil, mesti tidak sabar menantikan zuriat yang di kandungnya selama 9 bulan 10  hari untuk keluar setelah sampai masanya.

Pelbagai rintangan, kesakitan yang para mommies lalui sepanjang tempoh hamil. Demi zuriat yang tercinta, semua halangan di tempuhi dengan sabar dan redha.

Semakin hamoir tarikh due, semakin cemas para ibu.

Jadi di dalam artikel ini, penulis akan sharekan beberapa tips cara cepat bersalin, dan point akhir adalah yang tidak di sangka. Jom kita sama-sama terokai apa tipsnya itu.

 

Cara Cepat Bersalin. 

Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

 

 

  • Banyakkan berjalan

Semakin hampir kita nak bersalin, nurse akan minta kita supaya banyakkan berjalan supaya bukaan rahim mereka terbuka. Contohnya berjalan itik.

 

  • Buat senaman 

Artikel yang lepas , ada penulis kongsikan Jenis Senaman Ibu Hamil Supaya Kekal Sihat.

Ini kerana, apabila ibu hamil telah mula mengamalkan senaman dari awal permulaan, jadi mereka akan mempunyai tenaga yang, banyak, tahu mengawal penafasan dan paling penting serba sedikit akan mengurangkan kesakitan pada tubuh badan terutama di punggung serta di paha kita.

 

  • Duduk atas gym ball

Duduk atas gym ball dapat membantu anda meluaskan otot pelvik dan pada masa sama dapat membantu bayi untuk turun ke bawah dengan segera. Kebaikan jika ibu mengamalkan duduk atas gym ball ialah, di mana masa untuk bersalin lebih cepat dan dapat elakkan risiko bersalin secara pembedahan.

 

  • Minta maaf pada suami

Selain dari melakukan senaman, perkara paling penting ialah isteri kena selalu minta maaf pada suami. Ini kerana, syurga kita terletak pada suami. Minta suami maafkan kita sepanjang kita bersama dengannya, dan suruh suami halalkan makan minum dan segala perbuatan kita. Paling penting, suruh suami doakan segala urusan kita selamat segalanya.

 

  • Amalkan doa nabi yunus 

Doa merupakan senjata mukmin. Jadi saat kita berada di antara ambang maut sama ada hidup atau mati, banyakkan berdoa dan berzikir. Antara doa yang selalu diamalkan ialah doa nabi yunus.

Doanya adalah seperti berikut ;

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

 

 

  • Selalu melakukan sujud yang lama

Sujud membantu meluaskan otot pelvik anda. Pada masa sama, ia membantu bayi kita berpusing, di mana kepalanya akan betul-betul terletak di bukaan rahim.

 

Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

 

  • Kerap bersama suami

Tips ini penulis dapat semasa dengar tiktok live bersama doktor aziah. Dimana, pada penghujung trimester ketiga, kita boleh bersama dengan suami. Ini kerana, sperma suami mempunyai prostaglandins yang mana ia akan melembutkan rahim anda dan membuatkan rahim lebih bersedia untuk bersalin.

Bahkan di hospital juga, selepas anda di seluk, doktor akan memasukkan ubat prostaglandins selepas anda di seluk, bagi mempercepatkan bukaan. Jadi, anda pilihlah nak yang original prostaglandins atau tiruan di hospital.

Fungsi prostaglandins itu sendiri boleh membantu kontraksi dan membantu bukaan rahim terbuka lebar untuk proses bersalin.

Tagged:
  • Cara Cepat Bersalin

Post navigation

Previous Post Telekung Sulam French Lace Dari Hiqmah.
Next Post Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.

Reader Interactions

Comments

  1. Pendekar says

    January 11, 2023 at 1:51 am

    Menarik artikel ni. semoga di permudahkan urusan kelahiran awak ye.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com