Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
Assalammualaikum dan hai.
Hamil merupakan berita gembira buat bakal ibu. Siapa yang tak teruja untuk menimbang dan menantikan zuriat.
Namun, masa hamil, pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu ibu hamil tabah melaluinya, salah satunya adalah jika kadar HB anda merudum .
Hal ini, akan mendatangakan kebimbangan kepada doktor dan juga kepada anda.
Ini kerana, jika hb anda sentiasa turun semasa hamil, kemungkinan dan kebarangkalian besar anda akan menghidap anemia.
Kebanyakan ibu mengandung, memang akan mendapat penyakit anemia ini.
Justeru, untuk mengatasinya, ibu hamil perlu makan makanan yang kaya dengan nutrisi yang betul agar hb anda sentiasa cantik bacaannya.
Kesan jika bacaan HB Ibu hamil Rendah
- Bayi akan di lahirkan pramatang
- Berat bayi tidak sama dengan usia
- Bayi menjadi pucat
- Ibu terpaksa melakukan pemindahan darah
Tanda-tanda Awal Anemia Ibu Hamil Yang Mempunyai Bacaan HB Rendah
Berikut merupakan tanda awal anemia pada ibu hamil, antaranya ialah :
- Ibu hamil akan kerap berasa pening
- Ibu hamil akan sentiasa keletihan
- Tubuh kurang tenaga
- Muka akan menjadi pucat
Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
-
Buah-buahan yang kaya dengan zat besi
Terdapat 10 jenis buah terbaik ibu hamil, di mana penulis akan kongsikan satu persatu.
Pisang
Seperti mana kita ketahui, pisang merupakan buah yang tinggi dengan folat, vitamin c serta magnesium. Sebab itu di sarankan, ibu hamil wajib consume pisang bagi mengelakkan anda terkena dengan sembelit. Saat anda hamil, dan bayi yang semakin membesar, peluang untuk anda kena sembelit teramat tinggi.
Baca sini : Sembelit Masa Hamil. Pengalaman Perit Ibu Hamil.
Kiwi
Saat kita mengandung, diri anda akan mudah terkena dengan penyakit batuk dan selesama. Buah kiwi merupakan buah yang baik untuk ibu hamil makan, kerana mengandungi vitamin yang tinggi sepeti A, E dan C. Selain itu, ia di perkaya dengan magnesium yang bagus untuk pembesaran bayi anda.
Jambu Batu
Jika anda merupakan seorang yang ada penyakit anemia serta mempunyai kandungan sel darah yang rendah serta turun naik masa hamil, penulis sarankan anda perlu dan paksa diir untuk makan jambu batu. Nurse dan doktor juga akan suggestkan perkara yang sama kepada anda.
Selain di perkaya dengan pelbagai vitamin, ia juga mampu membantu memberi pencernaan dan kekuatan pada saraf bayi.
Epal
Jika anda ada masalah gdm serta bila pergi klinik untuk check up, tekanan darah naik je memanjang, jadi penulis sarankan anda perlu amalkan untuk makan buah epal.
Epal kaya dengan zink serta mengandungi vitamin A,E dan D. Di samping ia mempu meningkatkan sistem imum ibu dan bayi.
Pir
Bagi bakal ibu yang ada diabetis, amalan makan buah pir amat di galakkan , selain memakan buah epal . Ini kerana, Buah pir mengandung vitamin C yang berguna untuk menjaga sistem kekebalan tubuh agar tetap kuat dan melindungi sel-sel tubuh ibu hamil serta janin yang dikandung dari bahaya radikal bebas.
Kemudian, kandungan vitamin C pada buah pir juga dapat mencegah ibu hamil dari anemia. Pir juga baik untuk usus anda, jadi anda tidak lah perlu sengsara semasa hamil di sebabkan masalah sembelit.
Delima
Buah delima dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas.
Bagi ibu yang mengandung, buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ia kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi. Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
Avokado
Selain ada vitamin C, B dan K, buah avokado mengandungi zat besi yang tinggi, di mana ia bagus untuk pertumbuhan bayi semasa di dalam rahim kita.
Ini kerana, ia mempengarhi perkembangan otak dan sistem saraf bayi.
Mangga
Selain pisang, mangga juga bagus untuk ibu hamil. Ini kerana, ianya juga atasi masalah sembelit ketika anda hamil.
Tembikai
Siapa di sini ada masalah kencing tidak lawas semasa hamil? Jadi anda perlu rajin untuk consume buah tembikai. Ini kerana, ia akan melancarkan sistem saluran air kencing anda. Di samping itu, jika nak anak anda lahir kulit gebu, kemerah-merahan, anda juga boleh amalkan tembikai.
Tembikai juga kaya antioksida dan vitamin A yang menjaga organ penglihatan bayi serta melindungi bayi daripada radikal bebas.
Di samping itu, vitamin C yang terdapat dalam buah tembikai membantu meningkatkan sistem imun badan ibu hamil. Ia dapat mengelakkan ibu mudah terkena jangkitan selesema atau batuk terutama dalam perubahan cuaca yang tidak menentu.
Oren
Selain di perkaya dengan vitamin C, di dalam buah oren, Oren juga di katakan mampu untuk atasi masalah mual oleh ibu hamil ketika anda hendak makan ubat yang di bekalkan oleh pihak klinik.
Selain itu, ia merupakan buah yang elok untuk atasi masalah sembelit serta tekanan darah tinggi.
Dengan comsume buah oren semasa hamil, ia akan melahirkan kulit bayi anda yang cantik serta bebas dari sebarang radikal bebas. Buah oren juga adalah salah satu sumber magnesium. Magnesium adalah salah satu mineral yang diperlukan untuk penyerapan kalsium dalam badan secara optimum. Jadi sebab itulah ia dikatakan menguatkan tulang dan gigi.
Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
-
Sayur hijau
Bayam
Sayur bayam terkenal kerana mengandungi zat besi untuk membekalkan darah yang mencukupi untuk bayi di dalam rahim kita. Ini kerana, ia mengandungi kandungan kalsium yang melimpah, vitamin A, vitamin C, vitamin B kompleks, vitamin K, dan vitamin E.
Selain murah dan senang di dapati, ianya juga elok untuk memperbanyakkan susu.
Kangkung
Siapa sini suka makan kangkung?
Selain sedap di goreng bersama dengan cili api dan belacan, tahukah anda, kangkung mempunyai serat yang tinggi serta kaya dengan vitamin C. Ibu hamil, yang suka makan kangkung, akan mendatangkan satu kelebihan buat dirinya, kerana kangkung di katakan mempunyai zat vitamin yang tinggi untuk melawan penyakit .
Ini kerana, saat kita hamil, badan kita mudah terdedah kepada penyakit. Justeru, selain dapat melawan penyakit serta mempunyai ketahanan antibodi yang tinggi, kangkung juga di percayai mampu untuk meningkatkan bacaan kadar hb anda.
baca juga :Manfaat Buah Delima Untuk Ibu Hamil.
Sawi
Apabila di sebut sawi, terdapat banyak jenis sawi. Tetapi malangnya, tidak semua ibu hamil suka makan sawi.
Sawi merupakan sayur hijau yang bagus di ambil ketika sedang hamil dan selepas hamil. Ini kerana, ia mengandungi tinggi serat, vitamin A, vitamin K, vitamin C, tembaga, dan karbohidrat kompleks.
Jika anda sembelit, elok amalkan sawi hijau. Ini kerana, sawi hijau mengandung serat tinggi. Kandungan serat yang tinggi tersebut juga membuat rasa kenyang lebih lama.
Sawi juga mampu untuk mencegah anemia ketika anda sedang hamil, selain dari meningkatkan kadar ketahanan antibodi ibu yang hamil.
Asparagus
Wanita hamil di sarankan untuk makan asparagus bagi meningkatkan metabolisme dan mencegah anemia. Di samping kaya dengan Vitamin A,C,E,K dan B6, Zat Besi, Klasium , Serat, ianya juga kaya dengan asid folik.
Di mana, asid folik di dalam asparagus ini baik untuk perkembangan otak.
Brokoli
Wanita hamil juga di sarankan untuk makan brokoli bagi meningkatkan imuniti dan menghindari kesan regangan. Sayur brokoli elok untuk perkembangan otak, tulang dan fizikal bayi di dalam rahim.
Sayur brokoli mengandungi nutrisi seperti kalsium, zat besi, kalium, mangan dan zink.
Bendi
Selain mempunyai nutrisi seperti protein, Vitamin A,C dan K, wanita hamil amat di galakkan memakan bendi. Ini kerana, sayur ini mampu memberikan kesihatan jantung sert dapat maintainkan berat badan anda ketika sedang hamil.
Ada masalah sembelit juga mampu iktiar dengan makan bendi ini, kerana lendir-lendir sayur di dalamnya mampu untuk melancarkan masalah sembelit ketika hamil.
Sekian, serba sedikit Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
ternyata banyak makanan berkhasiat yang boleh membantu meningkatkan HB buat itu hamil.
Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini.