Keputihan Masa Hamil. Normal Atau Tidak?.
Assalammualaikum dan hai.
Apabila di sebut keputihan, nak di katakan setiap wanita mengalaminya, tidak kira sama ada bujang atau yang sudah berkahwin.
Ada keputihan yang normal dan ada juga yang tidak normal.
Bagi wanita hamil, keputihan adalah benda dan perkara yang amat membimbangkan, jika ianya teruk, kerana bakal mendatangkan masalah saat bayi di lahirkan secara normal.
Keputihan masa hamil adalah normal jika ianya tidak memudaratkan seperti timbulnya gatal-gatal, ruam , bertukar warna dan sebagainya.
Keputihan Masa Hamil. Normal Atau Tidak?.
Keputihan Normal
Bagaimana untuk mengetahui keputihan itu normal? Keputihan wanita hamil yang normal adalah warna putih susu dan tidak berbau hanyir.
baca juga : Pengalaman Ujian Ferritin
Keputihan Tidak Normal
Keputihan yang tidak normal ialah ianya keputihan yang berbau, bukan berwarna putih malah mengakibatkan gatal-gatal pada faraj anda dan seterusnya mendatangkan infeksi .
Bagi wanita hamil, jika keputihan yang tidak normal, ia akan mendatangkan masalah kerana akan mengakibatkan masalah pada air kencing anda. Jika check up doktor , akan adanya bacaan protein yang tinggi. Justeru, doktor pada permulaan akan memberikan anda ubat untuk di masuk ke dalam vagina anda. Seandainya tidak berkurangan, sampel keputihan akan di ambil untuk di hantar ke makmal bagi di analisis.
Jenis Keputihan Tidak Normal Masa Hamil
Terdapat beberapa jenis keputihan yang tidak normal pada hamil antaranya ialah :
- Keputihan berwarna hijau, berbau hanyir -ianya berlaku jika pasangan mempunyai lebih dari seorang pasangan.
- Keputihan berbutir putih,berwarna hijau, berketul, air kencing yang banyak-ianya berlaku jika ibu hamil suka mengelap alat kemaluan guna tuala basah atau suka pakai seluar dalam yang lembab.
- Keputihan yang kenyal, rasa gatal dan vagina terasa panas-ianya berlaku wanita yang hamil dan pembawa kepada kencing manis.
Punca Berlaku Keputihan Yang Teruk Masa Hamil.
Terdapat beberapa punca kenapa ketika hamil, keputihan menjadi teruk, antaranya ialah:
- Suka makan makanan yang pedas
- Suka makan makanan yang manis
- Kurang pengambilan air kosong .Wanita hamil di galakkan minum air kosong sekurangnya 12 cawan sehari.
Langkah Atasi Keputihan Ketika Mengandung
Terdapat beberapa langkah atasi keputihan pada wanita mengandung, antaranya ialah :
- Pastikan vagina di cuci bersih setelah membuang air kecil
- Lap vagina menggunakan tuala yang bersih, dan pastikan ianya sentiasa berganti.
- Makan makanan yang berzat ketika sedang hamil. Boleh baca pada artikel sayur hijau untuk ibu hamil.
- Elakkan kerap makan makanan yang pedas
- Elakkan makan makanan yang manis selalu
- Lebihkan air suam ketika sedang mengandung
- Jangan lakukan seks ketika hamil jika keputihan masih belum sembuh. Ini kerana, ia juga akan mendatangkan masalah kegatalan pada zakar suami anda, sekiranya anda sendiri tidak menjaga kebersihan.
Kesimpulan
Wanita yang hamil, amat di sarankan agar sentiasa menjaga kebersihan diri, terutamanya pada bahagian vagina anda. Ini kerana, seandainya keputihan bertambah teruk, maka ia akan mendatangkan kesan kepada bayi anda, ketika ingin bersalin secara normal.
Jika berlaku keputihan yang tidak normal, amatlah di galakkan wanita yang mengandung untuk melakukan pemeriksaan segera dan berhubung dengan doktor yang memeriksa anda sebelum ianya menjadi parah.
Leave a Reply