Pengalaman Ujian Ferritin Masa Trimester Kedua.
Assalammualaikum dan hai.
Setiap ibu hamil, mesti ada pengalaman untuk mengambil darah , bagi mengetahui kadar bacaan darah merah adalah normal atau tidak.
Begitu juga dengan penulis. Penulis pun 2 minggu sekali akan ke klinik kesihatan untuk mengambil darah, bagi mengetahui adakah bacaan hb bertambah baik atau tidak.
Setiap kali, keputusan makmal keluar, perkara pertama penulis akan semak adalah berapa bacaan hb penulis, sebelum buku di serahkan kepada doktor bagi tindakan selanjutnya.
baca juga : GDM Masa Hamil.
- Bacaan Hemoglobin (HB)
Masuk je trimester kedua, pada minggu ke24 bacaan hemoglobin penulis drop, di mana ia berada betul-betul paras leher. Untuk pengetahuan semua, bacaan hb ibu hamil adalah di antara 11.5 sehingga 14 , tetapi dua kali bacaan hb penulis drop dari 12.1 kepada 11.6 tanpa ada sebarang kenaikan.
Pada awalnya, doktor kata normal,tetapi pada sebelah petang, penulis mendapat panggilan dari klinik kesihatan yang mengatakan, perlu hadir lagi sekali keesokkan harinya untuk mengambil Ujian Ferritin.
Penulis perlu berjumpa dengan doktor yang merawat, dan perlu mengambil borang sebelum mengambil darah.
Pengalaman Ujian Ferritin Masa Trimester Kedua.
Bermulanya perjalanan untuk membuat ujian ferritin. Keesokkan harinya, penulis berjumpa dengan doktor yang memantau kesihatan oenulis. Beliau beri 3 borang pada penulis , iaitu 2 borang untuk sampel darah dan 1 borang untuk sampel najis.
Untuk makluman uoolss, ujian ferritin ini di jalankan adalah untuk mengetahui bagi menguji kandungan zat besi dalam badan kita.
Sample darah di ambil untuk ujian ferritin. Memang sakit, sebab jarum dia boleh tahan.
Sekiranya ujian ferritin normal, maknanya di kira sebagai Thalassenia carrier.
Keputusan untuk ujian ferritin ini hanya di ketahui 2 minggu.
Seandainya selepas keputusan keluar dan kadar bacaan hb masih rendah, kemungkinan kena drip ubat di urat bagi meningkatkan kadar hb.
Kadar hb amat penting semasa kita preggy, kerana ia melibatkan nyawa bayi di dalam kandungan kita.
Ujian Ferritin dan Sampel Najis
Selepas selesai penulis serahkan sampel darah di makmal, penulis serahkan juga borang untuk minta botol untuk pengambilan sampel najis.
Tujuan sampel najis di ambil adalah untuk menetahui, berapa kandungan zat besi yang di serap pada badan dan berapa peratus kandungan zat besi yang di buang melalui kumbahan najis.
Sekiranya anda memakan ubat zat besi yang di berikan oleh klinik kesihatan, anda akan mengetahui najis anda akan berubah menjadi hitam.
Dari situ, makmal akan analisis segalanya.
Nanti penulis akan share apa keputusan ujian ferritin bersama dengan keputusan sampel najis yang di serahkan pada makmal.
Harap segalanya sentiasa sihat dan di permudahkan segalanya.
Leave a Reply