GDM Masa Hamil. Pengalaman Ibu GDM.
Assalammualaikum dan hai.
Berita tentang kehamilan sering menjadi satu berita gembira buat para pasangan setelah berkahwin.
Al-maklumlah, menunggu nsuatu pemberian zuriat dengan plebagai usaha dan kini ia membuahkan hasil.
Pelbagai persiapan di buat demi menunggu lahirnya sebuah jasad dari rahim seorang insan yang bergelar wanita.
Walaupun hamil, namum ada tak di kalangan bakal ibu yang menghadapi gdm semasa hamil?
Di dalam artikel ini, akan membincangkan apa menu diet yang sesuai masa hamil buat para ibu di luar sana.
Pertama sekali, jom kita lihat apa itu GDM? Bagaimana ia boleh bersangkut dengan ibu dan cara untuk mengawalnya supaya ibu dan bayi sentiasa sihat.
GDM ialah Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.
Bagaimana GDM ini boleh di kesan? ia di kesan semasa pada mula-mula ibu hamil di kehendaki minum air gula oleh klinik kesihatan.
baca sini : Pengalaman Minum Air Gula Masa Hamil.
baca sini : Keputusan Ujian Air Gula Ibu Hamil.
Selalunya kencing manis dapat di kesan melalui pemakanan kita, tetapi jika melibatkan kes GDM, ia di kesan selepas ibu hamil minum akir gula, dan ianya berlaku semasa kehamilan. Antara faktor utama ynag menyumbang kepada berlakunya GDM ini adalah dari salasilah keturunan keluarga kita. Jika ada ahli keluarga kita , iaitu ibu dan bapa kita menghidap kencing manis, jadi peratusan untuk kita kena semasa hamil amatlah tinggi.
Obesiti juga semasa hamil amat bersangkut paut untuk kita terkena GDM. Ini berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang mana, hamil semasa obesiti.
Bagaimana untuk tahu jika kita mempunyai gdm?
Benda yang mudah untuk di tengok ialah , ibu hamil akan kerap haus dan mudah untuk kerap ke tandas berulang ali untuk membuang air kecil.
Kesan GDM
- Bayi akan mempunyai berat badan yang berlebihan
- Bayi akan lahir lebih awal atau terpaksa dikeluarkan lebih awal disebabkan faktor saiz bayi
- Bayi akan mengalami kesukaran untuk bernafas
- Akan menyebabkan bayi meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan
- Bayi cenderung untuk mendapat diabetes setelah dewasa kelak
- Bayi akan mengalami keadaan hipoglisemia atau keadaan paras gula darah yang sangat rendah
Apabila anda di dapati menghidapi GDM, maka anda akan di panggil oleh nurse untuk membuat bacaan bsp, selang 2 minggu sekali. Ini bertujuan untuk memantau rekod anda, sekiranya ianya lari dari bacaan, maka anda akan di suruh untuk on insulin sehinggalah waktu anda bersalin.
Cara kawal GDM masa hamil
- Jaga berat badan anda. Jika anda merancang untuk hamil lagi pada masa akan datang, cuba untuk mengurangkan berat badan anda sebelum mula hamil. Dengan ini, risiko anda untuk mendapat GDM akan berkurangan
- Amalkan gaya hidup sihat. Gaya hidup yang sihat juga boleh membantu mengurangkan risiko anda untuk mendapat diabetes gestasi pada masa akan datang. Latih diri anda untuk mula bersenam setiap hari secara perlahan-lahan. Jika anda tidak biasa dengan berjoging, mulakan dengan hanya berjalan kaki sahaja
- Makan makanan yang sihat. Makanan yang sihat juga amat penting bagi mengurangkan risiko mendapat diabetes gestasi. Makan makanan yang tinggi serat serta rendah kalori dan juga lemak. Banyakkan makan sayur-sayuran dan juga buah-buahan
- Jangan tambah berat badan anda. Berat badan bertambah sewaktu hamil adalah sesuatu yang normal. Namun, jangan menambahkan lagi berat badan anda melebihi apa yang telah disarankan oleh doktor.
Artikle seterusnya, penulis akan kongsikan pengalaman BSP Semasa GDM.
Leave a Reply