• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Pengalaman BSP Masa Hamil.

by shazylin
December 15, 2022Filed under:
  • info

Pengalaman BSP Masa Hamil.

 

 

Apabila di sahkan gdm, secara tidak langsung anda akan di call oleh nurse yang incharge , untuk anda melakukan bsp.

Begitu juga dengan penulis. Masa itu, penulis di tempat kerja, tetiba nombor klinik kesihatan naik, dan penulis angkat dan mereka mengatakan results minum air gula adalah, di sahkan ada kencing manis, isitu gdm semaa hamil.

Jadi penulis di minta untukmdatang ke klinik kesihatan pada sebelah petang, untuk nurse ajar cara ambil bacaan bsp, untuk di pantau oleh nurse.

 

baca juga : GDM Masa Hamil. Pengalaman Ibu GDM.

 

Maka bermulalah cerita di mana, dua minggu sekali, penulis akan berpuasa dan seterusnya mengambil bacaan bsp untuk di hantar kepada klinik kesihatan.

 

Apa itu BSP? bsp ialah blood sugar profile, iaitu pemantauan sendiri kadar gula di dalam darah. Di mana ia perlu di ambil sehari 4 kali. Syarat utamanya ialah anda perlu berpuasa sehari sebelum bsp di ambil.

Memandangkan anda ada rekod kencing manis semasa hamil, jadi tujuan bsp adalah untuk doktor memantau tahap kesihatan anda secara keseluruhan.

 

Pengalaman BSP Masa Hamil.

 

BSP Penting Untuk Ibu GDM. KENAPA?

Setelah anda di sahkan ada GDM, anda tidak boleh pandang ringan langsung kepada gejala ini. Ini kerana, jika anda pandang ringan, ia mendatangkan komplikasi kepada anda dan juga bayi di dalam kandungan.

 

Cara Ambil BSP Ketika Hamil

 

Berpuasa sebelum memulakan BSP.

Seperti mana yang penulis beritahu, pertama kali , ibu hamil perlu berpuasa sehari sebelum mengambil bsp.

 

Ambil bsp 4 kali sehari.

Sampel darah perlu di ambil 4 kali sehari. Untuk mengambil sampel darah, bagi penulis , anda perlu beli sendiri alatnya. Contohnya, penulis beli blood glucose meter di farmasi. Nak beli di shoppe tak sempat, so melabur wang leboh sedikit, beli di farmasi. Penulis beli jenama yuwell. Bagi penulis, elok ada sendiri alat ini, ini kerana, jika anda malas untuk beli, anda perlu ulang alik ke klinik untuk meminjam dengan nurse.

Contoh set blood glucose meter yuwell yang penulis beli.

 

Waktu sampel darah untuk di ambil

Waktu sampel darah di sarankan ialah jam 8.00 pagi. 12 tengah ari , 4 petang dan 8 malam.

 

 

TIPS BACAAN BSP

 

Ada tips untuk memastikan bacaan bsp kita sentiasa cantik. Di sini penulis kongsikan iaitu:

 

Makan dalam kuantiti kecil tapi kerap

Waktu makan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam dikekalkan tapi ambil snek antara waktu makan utama. Antara masa sarapan dan makan tengah hari ambil snek pagi. Di antara makan tengah hari dan makan malam pula ambil snek petang.

Amalkan diet disaran pakar pemakanan

Bagi sarapan, makan tengah hari dan malam; amalkan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan anda. Hafal piramid makanan dan pastikan anda ikut.

Ia penting bagi memastikan anda makan ikut kuantiti yang sepatutnya. Hamil bukan bermakna anda perlu makan untuk dua orang, ia adalah tanggapan yang salah sama sekali.

Makan makanan yang anda suka tetapi pada kuantiti bersesuaian

Kegagalan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan akan berlaku jika diet dan jenis makanan tidak menepati selera seseorang pesakit itu.

Jadi, makanan makanan yang anda suka. Misalnya, jika sarapan yang dicadangkan ialah sandwich telur tetapi anda tidak suka makan ini bolehlah tukar kepada sekeping capati atau secawan mihun goreng. Tapi pastikan kuantiti yang bersesuaian.

Pastikan makanan yang diambil adalah bersesuaian dengan kuantiti walaupun ia adalah makanan yang anda suka. Pastikan ia tidak berlebihan kerana ia mungkin boleh menganggu usaha untuk mengekalkan bacaan gula normal si ibu hamil.

 

Apabila kita terlibat dengan BSP, secara tidak langsung segala pemakanan kita perlu di kawal sepenuhnya, dan tidak boleh di makan sesuka hati dan paling penting elakkan makanan yang bermanis.

 

Kesimpulan

Walaupun terdapat bahaya dari GDM ini, anda telah dapat lihat secara jelas bagaimana diet yang terurus bersama-sama dengan senaman yang kerap dapat membantu anda mengawal paras glukosa darah dan mengurangkan risiko komplikasi untuk anda dan bayi anda.

 

 

Tagged:
  • Cara Ambil BSP Ketika Hamil
  • Pengalaman BSP Masa Hamil.
  • tips bsp

Post navigation

Previous Post GDM Masa Hamil. Pengalaman Ibu GDM.
Next Post Tips Ibu GDM Kawal Selera Makan.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan โ€“ Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan โ€“ Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2026 ยท Shazylin.com