• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Tips Ibu GDM Kawal Selera Makan.

by shazylin
December 16, 2022Filed under:
  • info

Tips Ibu GDM Kawal Selera Makan.

 

Assalammualaikum dan hai.

 

Pemakanan yang sihat merupakan perkara asas yang penting untuk ibu hamil, khususnya yang ada GDM.

Seperti yang di sebut kan di dalam artikel yang lepas, GDM ialah  Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.

 

Benda yang mudah untuk di tengok ialah , ibu hamil akan kerap haus dan mudah untuk kerap ke tandas berulang ali untuk membuang air kecil.

 

Baca sini :  kesan gdm

 

baca sini : Cara kawal GDM masa hamil

 

Ikutkan pengalaman penulis, ibu yang ada GDM, mereka akan di masukkan di dalam kelas pemakanan, di mana, doktor akan menerangkan cara makan yang betul , bagi mengelakkan pertambahan berat badan yang berlebihan dan portion makanan yang betul.

 

Menu Diet Ibu GDM.

 

Bagi ibu yang ada rekod GDM, di nasihatkan untuk menjaga kesihatan diri termasuklah dari segi pemakanan kita.

 

Makanan Yang Patut Dikurangkan Oleh Ibu Hamil GDM

  • Nasi
  • Roti
  • Ubi Kentang
  • Ubi Keledek
  • Jus
  • Bahan-bahan tenusu

 

Makanan Yang Patut Dielakkan Oleh Ibu Hamil GDM

  • Gula
  • Coklat
  • Aiskrim
  • Susu pekat
  • Jajan
  • Kek
  • Biskut Manis

 

Makanan Yang Patut Di Makan Oleh Ibu Hamil GDM (makanla banyak-banyak!) 

  • Beras perang
  • Oatmeal
  • Ubi keladi
  • Spaghetti
  • Macaroni
  • Sayuran hijau
  • Oren
  • Pear
  • Mangga
  • Epal
  • Prunes
  • Kacang kuda
  • Kacang panggang
  •  Jus oren

 

Tips Ibu GDM Kawal Selera Makan.

 

  • Jangan simpan makanan yang tidak boleh dimakan di dalam rumah. Misalnya, jika anda tidak dibenarkan minum minuman bergula, jangan beli atau simpan apa-apa minuman berkarbonat misalnya di rumah. Semua ahli keluarga yang lain termasuklah suami hendaklah bekerjasama dalam hal ini.

 

  • Ganti beras/mi/mihun/pasta/roti biasa dengan bahan-bahan karbohidrat berserat tinggi (complex carbohydrates). Beras putih boleh digantikan dengan beras perang. Roti putih boleh digantikan dengan roti “grain bread” atau “wholemeal”. Mihun dari beras merah ada dijual di pasaran. Pasta yang diperbuat dari wholemeal flour juga mudah didapati daripada pasaran.

 

  • Makan dalam kuantiti kecil tapi kerap. Waktu makan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam dikekalkan tapi ambil snek antara waktu makan utama. Antara masa sarapan dan makan tengah hari ambil snek pagi. Di antara makan tengah hari dan makan malam pula ambil snek petang.

 

  • Bagi sarapan, makan tengah hari dan malam; amalkan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan anda.

 

Tagged:
  • GDM
  • Menu Diet GDM.
  • Menu Diet Ibu GDM
  • Tips Ibu GDM Kawal Selera Makan.

Post navigation

Previous Post Pengalaman BSP Masa Hamil.
Next Post Surah Amalan Ibu Hamil.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2025 · Shazylin.com