Surah Amalan Ibu Hamil.
Assalammualaikum dan hai.
Tahniah di ucapkan kepada pasangan yang bakal menimbang cahaya mata setelah lama menunggu rezeki dari Allah SWT.
Sebagai seorang umat Islam, kita di galakkan untuk sentiasa mensyukuri segala nikmat yang di kurniakan olehNya.
Justeru itu, bila bakal menjadis eorang bapa dan seorang ibu, mestilah ada surah amalan ibu hamil yang boleh di baca sepanjang kita mengandung.
Bapa juga boleh membacanya. Sejuk anak di dalam oerut apabila mendengar ibu dan bapanya melazmi ayat al quran untuk dirinya.
baca juga : Jenis Senaman Ibu Hamil Supaya Kekal Sihat
Surah untuk ibu mengandung, buat bayi dalam kandungan.
- Surah Al-Fatihah
Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.
- Surah Maryam
Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
- Surah At-Taubah
Untuk membersihkan jiwa dan memelihara daripada maksiat.
- Surah Yusuf
Agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan cantik akhlaknya.
- Surah Al-Fatihah, 3 Qul Iaitu Surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq, Ayat Kursi
Bacakan kepada kandungan setiap malam sebelum tidur agar kandungan dilindungi.
- Surah Yaasin
Untuk ketenangan jiwa dan semoga anak tak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
- Surah Al-Hujurat
Sebagai doa untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
- Surah Luqman
Agar memperolehi anak yang cerdik akal dan terang hati.
- Surah Al-Nahl (Ayat 78)
Agar anak yang dilahirkan bersikap rajin dan berdisiplin.
- Surah Al-Imran (Ayat 38)
Doa agar mendapat zuriat yang soleh dan solehah.
- Surah Al-Imran (Ayat 8-9)
Doa memohon rahmat.
- Surah Al-Imran (Ayat 192-194)
Doa memohon keampunan Allah.
- Surah Ibrahim (Ayat 40-41)
Doa agar anak tetap mengerjakan solat.
- Surah Al-Baqarah (Ayat 128)
Doa agar anak patuh kepada perintah Allah.
- Surah Al-Furqan (Ayat 74)
Doa agar diberikan zuriat yang menyenangkan hati.
Surah Amalan Ibu Hamil.
Surah Yusuf merupakan antara surah untuk ibu mengandung yang sering dititipkan supaya dibaca selalu. Sebagaimana surah Surah Luqman, kedua-dua surah ini amat digalakkan dibaca kepada bayi ketika usia kandungan mencapai 7 bulan. Si suami boleh meletakkan tangan di perut isteri kerana pada tempoh ini otak bayi sedang membesar dan berkembang, malah sudah mampu untuk menangkap sebarang bunyi yang didengarinya daripada luar perut.
Leave a Reply