Pengalaman Minum Air Gula Masa Hamil.
Assalammualaikum dan hai.
Apa khabar semua? Harap kalian sihat senantiasa.
Entri kali ini, penulis ingin kongsikan pengalaman minum air gula di klinik kesihatan.
Memandangkan ini merupakan kandungan hamil penulis, jadi penulis ingin kongsikan dengan anda semua.
Air gula wajib di minum, apabila saat seseorang itu hamil. Selalunya pada kandungan berusia 16 minggu, bakal ibu akan di berikan tarikh untuk minum air gula di klinik kesihatan.
Kenapa kena minum air gula? Minum air gula merupakan saat yang paling seram buat bakal-bakal ibu, manakan tidak, dari situ doktor akan dapat detect sama ada anda sebenarnya mempunyai kencing manis atau pun tidak.
Pada zaman yang moden ini, di klinik kesihatan sekarang, sudah maju, di mana anda akan di berikan air gula berperisa oren, jadi takda lah bila minum terasa loya.
Jadi seperti biasa, bila penulis dapat tarikh untuk minum air gula, penulis akan setkan masa untuk datang seawal yang boleh. Jadi, 7.40 pagi penulis sudah sampai ke klinik kesihatan . Sebelum minum air, pertama kali, perlu mendaftarkan buku dahulu di kaunter pendaftaran.
Semasa sampai pun, di kaunter pendaftaran pun, sudah banyak buku di dalam bakul untuk di dafatrakan oleh petugas di kaunter pendaftran.
Macam biasalah, kena tunggu giliran. Tapi sudahnya dia tak guna pun nombor giliran, dia panggil nama. Kena alert ye.
boleh baca juga : Pengalaman Buka Buku Pink Di Klinik Desa.
Sebelum boleh proceed untuk ambil darah, perlu pergi serah diri di zon C. Tujuannya untuk check tekanan darah serta untuk ambil bacaan air kencing.
Jom penulis kongsikan tips untuk ambil air kencing yang betul. Ini kerana, jika kita main tadah je air kencing tersebut, tanpa menggunakan taktik yang betul,kebarangkalian anda kena ulang semula ambil test air kencing amatlah tinggi.
Cara untuk tadah sample air kencing dengan betul.
- Lap bersih bekas yang nak digunakan untuk tadah sample air kencing.
- Cuci kawasan intim wanita dari segala kotoran. Kekorang agak agaklah ok bila nak shi shi tu. Pastikan sempat untuk lap atau alirkan air pada kawasan intim tersebut. Kalau boleh lap lepas kering selepas basuh dengan air.
- Bila air kencing dah mengalir, JANGAN tadah dulu air kencing pada aliran yang awal. Bilang hingga kiraan 2 baru tadah bekas sample air kencing tersebut.
- Pastikan tiada kotoran atau air paip masuk ke dalam bekas sample air kencing yang dah penuh tadi.
- Hantar sample air kencing tersebut di makmal untuk ujian dan tunggu keputusan yang dikeluarkan.
baca juga : Check Up Hamil.
Apabila selesainya tugas anda di Zon C, barulah penulis ke Zon B. Anda bawak buku pink ke Zon B, letak dalam bakul dan tunggulah nama di panggil. Di zon B, memang lama, dan anda kena alert untuk nama di panggil. Ini kerana, tiada nombor , tetapi hanyalah panggilan nama saja.
Memang lama juga. Bila dah dipanggil nama, akan diambil darah untuk pertama kali. Lepas tu ambil la air gula yang disediakan dekat meja tu. Cawan jenis yang besar, warna pink, airnya nampak jernih macam air kosong, tetapi berperisa oren. Hah!!, tak rasa lagi..hahahhaa. Sebelum kena minum air gula, mestilah kena berpuasa dari pukul 10 malam dari semalam sampai ke pagi.
Selesai ambil darah pertama, anda akan di suruh duduk untuk minum air gula 1 cawan besar pink tu. Hihihi. Jangan gementar, hanya tenangkan diri dan minum sehingga habis. Jangan muntah, alamatnya anda kena ulang semula pada tarikh yang lain.
Selesai minum air gula, anda perlu hantar sample darah sebelum minum air gula ke makmal. Kemudian, anda perlu tunggu lagi 2 jam, untuk ambil sample darah kedua selepas minum air gula.
Sementara anda menunggu 2 jam tersebut, maka anda boleh la pergi semula ke Zon C untuk hantar buku ke kaunter Zon C , sambil menunggu angka giliran untuk di panggil doktor bagi pemeriksaan scan bayi di dalam kandungan.
Selepas 2 jam, dan anda selesai berjumpa dengan doktor, maka anda perlu bawa semula buku pink ke zon B. Tujuannya ialah untuk mengambil darah yang selepas minum air gula.
Dah dekat 2 jam tu, nurse panggil nama semula. Ambil darah lagi. Dah siap semua, dah boleh balik. Proses nampak kejap, tapi sebab kena tunggu, jadinya dari 7.30 pagi sampaila 12 tengah ari juga dekat klinik tu.. Macam ni rupanya rasa air gula. Balik tu terus minum air kosong..Okla dah ada pengalaman minum air gula..hahaha..Dah tau dah. Kalau tak tertanya-tanya gak..cewahh..kihkih..
Untuk keputusan air gula, results penulis dapat selepas 10 hari. Sebenarnya bergantung pada tempat juga, di tempat penulis, ramai dan orang makmal pun sibuk . Itu agaknya lambat.
Nanti penulis kongsikan apa keputusannya.
Leave a Reply