Pengalaman Buka Buku Pink Di Klinik Desa.
Assalammualaikum dan hai.
Ini pengalaman penulis , pertama kali buka buku pink di klinik kerajaan. Memandangkan di kawasan rumah penulis ada klinik desa, maka sebelum buka buku pink, 3 hari sebelum jejakkan kaki, penulis telefon dahulu klinik, tanya apa prosuder dan dokumen yang hendak di bawa bersama.
Buku pink ini hanya akan buka jika sudah ada degupan jantung baby. Bagaimana nak tahu sudah ada degupan jantung? Pada usia kandungan 5 minggu, penulis pergi check up di klinik swasta, dan di sahkan mengandung. Masa itu, Allah je tahu perasaan apabila di kurnikan zuriat.
Doktor klinik swasta akan beri kita tarikh yang kedua untuk confirmation sudah ada heart beat baby, Jadi penulis dapat tarikh untuk pergi minggu ke 10. Dan alhamdulillh, degupan jantung semakin rancak dan boleh buka buku pink di klinik keraraan,
Kemudian, melalui perbualan telefon tersebut, jururawat klinik desa ada pesan kepada penulis, untuk membawa beberapa dokumen antaranya seperti:
- salinan bil utiliti rumah
- salinan sijil nikah 2 salinan
- salinanic penulis berserta pasangan 2 salinan
Memandangkan kandungan penulis pada bulan 9 hampir jejak kepada 10 minggu, maka terhasillah buku pink. Di mana 1 buku pink ada pada penulis dan satu lagi di pegang oleh klinik desa.
Jururawat siap pesan, buku pink ini adalah seperti ic kita, hendak ke mana – mana kena ada buku pink ini, kerana ianya ibarat nyawa kita. Contohnya, jika kita kemalangan, then doktor sebelum merawat kita akan periksa butiran kita, seandainya merka temui buku pink ada bersama kita, jadi doktor tidak akan beri sebarangan ubat, sebab tahu kita sedang mengandung.
Haa, nampak, betapa pentingnya buku pink, jika seseorang itu tengah mengandung. Jadi penulis pun, selitkan buku pink tersebut pada handbag, senang jika ke mana-mana.
Jadi, bila anda sudah ada buku pink, maka bermula episod, di mana akan akan setiap minggu atau bulan untuk bertemu dengan nurse. Selagi anda tidak bersalin, maka tempuhilah dengan penuh ketenangan.
Di dalam buku pink tersebut, akan ada beberapa check up yang akan jururawat akan catatkan pada anda, antaranya seperti bacaan hb anda, tekanan darah anda, berat dan bacaan air kencing anda.
Apa-apa pun sepanjang mengandung ini, kita hendaklah sentiasa menjaga kesihatan kita, al maklumlah kita sedang bawa nyawa baru yang ada di dalam rahim kita.
Apabila Allah telah berikan ia kepada kita, maka hendaklah kita menjaga amanah tersebut dengan seamanah yang mungkin.
baca juga : Susu Kambing Holland Int3tree Original.
Dugaan semasa mengandung memang banyak, terutama anda kaan berasa stress dan sering terganggu.
Maka, nasihat penulis untuk oembaca serta diri penulis, agar sentiasa kita jika hadapi masalah, mengadulah pada Allah, kerana dugaan yang datang pada seseorangm Allah tidak akan hadirkan dugaan, melainkan hambanya mampu untuk mengatasinya.
Sekian, entri penulis pada kali ini.
Next entri, penulis akan bercerita, bagaimana pengalaman penulis setelah selesai buka buku pink, kemudian akan dapat tarikh appoinment untuk ambil darah serta scan di klinik kerajaan semasa preggy.
Leave a Reply