Temujanji Pertama Check Up Hamil.
Assalammualaikum dan hai. Anda apa khabar? Harap semuanya baik belaka. Artikel yang lepas, ada penulis bercerita pengalaman buka buku pink, jadi seperti yang di janjikan, untuk artikel kali ini, jom penulis kongsikan temujanji pertama Check Up Semasa Hamil di Klinik Kerajaan.
Setelah penulis , selesai dapatkan buku pink, maka bermula episod , di mana penulis perlu hadirkan diri untuk pemeriksaan hiv, pemeriksaan kandungan darah merah serta di akhiri dengan scan baby.
Disebabkan ini, temujanji pertama, anda di sarankan untuk hadir awal kerana orang ramai dan tidak lupa bawa sekali buku pink anda ye.
Al maklumlah, penulis pertama kali jejakkan kaki ke klinik kerajaan, rupanya hanya penulis sahaja yang boleh masuk, sementara suami kena tunggu di parking luar sambil mengira tayar kereta.
Masuk je ke dalam klinik, pertama kali, kita kena pergi ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar. Selalunya, mereka akan utamakan pendaftaran untuk ibu yang hamil.
Jadi penulis tunggu proses pendaftaran selama 10 minit. Selesai pendaftaran , penulis pergi di bahagian kaunter B. Buku pink di letakkan di dalam bakul, dan sementara untuk di panggil, nurse akan beri kita 1 cup cawan untuk suruh kita kencing, sementara di panggil untuk ambil darah.
Tempoh menunggu dalam 15 minit macam itu, dan bergantung pada ramai atau tidak ibu mengandung pada hari tersebut. Seusai nama penulis di panggil, nurse akan ambil darah pada hujung jari kita untuk test ujian HIV, sebelum ambil darah pada hujung lengan kita.
Jika positif HIV, test pada darah kita akan naik dua line, jika 1 line, maka negatif.
Kemudian, proses ambil darah pula. Selesai ambil darah, anda perlu bawa sampel darah tersebut di makmal.
Anda perlu tunggu dan alert dengan panggilan dari orang makmal, kerana, di makmal ini akan bercampur antara orang luar dan ibu hamil. Jenis penulis, penulis letak je sample darah dan duduk di barisan hadapan sekali untuk panggilan nama. Tempoh menunggu dalam 10 minit macam itu.
Selesai dapat keputusan ambil darah, kemudian anda perlu bawa buku pink anda ke Zon C, untuk berjumpa dengan nurse bagi scan baby . Anda perlu ke Zon C, letakkan buku di dalam bakul dan menunggu nama di panggil. Proses menunggu juga 10 minit, sebab ramai.
Selepas 10 minit, nama di panggil, kemudian, nurse di kaunter akan suruh anda ke bilik yang di tetapkan. Maka anda perlu ketuk pintu dan jumpa doktor di dalam. Doktor akan tanya anda, ada apa-apa maslah tak semasa sedang hamil ini, dan ada tak klinik desa bekalkan anda ubat.
Penulis sempat bertanya, mengenai keputusan darah . Doktor memberitahu, kandungan darah merah penulis cukup-cukup makan sahaja, tetapi tidak ada apa perlu di bimbangkan kerana yang penting jaga pemakanan dan makan makanan yang sihat sahaja.
Selesai saja, perbualan antara doktor dan penulis, tiba masa untuk scan baby pula. Alhamdulillah baby sihat . Kemudian, penulis keluar, dan beri buku pink pada bilik berhadapan doktor. Disitu akan ada nurse yang akan rekod dan catatkan pada buku pink no.2 segala catatan yang di rekodkan oleh doktor.
So, setakat ini, bagi Temujanji Pertama Check Up Hamil.
Leave a Reply