Keputusan Ujian Air Gula Ibu Hamil.
Semasa kandungan berusia 16 minggu, kita akan di beri tarikh untuk minum air gula. Begitu juga dengan penulis. Memandangkan ini merupakan zuriat yang pertama, dan Pengalaman Minum Air Gula Masa Hamil yang pertama, jadi mesti ada perasaan risau.
Mana tidaknya, sehari sebelum minum, penulis sudah buat kajian cara minum air dengan bacaan normal air gula untuk ibu yang mengandung.
Seperti yang penulis kongsikan sebelum ini, keputusan air gula di tempat penulis ambil masa sehingga 10 hari. Jadi tibalah saat yang di tunggu, di mana, masa tue penulis berada di pejabat dan mendapat panggilan dari klinik kesihatan.
Nurse call dan beritahu keputusan. Ingatkan negatif, rupanya keputusan kena GDM.hahaha. Bertabahlah. Kalau ikutkan , keputusan MGTT 18HB, tetapi memandangkan 18hb adalah cuti umum untuk Malaysia menghadapi PRU15, jadi keputusan di awalkan , pada 17hb.
Nurse memberitahu suruh datang ke klinik untuk ajar cara untuk ambil darah di hujung jari. Dimana, pada awal permulaan ini, kena ambil 4 kali darah dalam masa sehari. Iaitu pada pagi, tengahari , petang dan malam.
Sebelum ambil darah, wajib puasa gaiss.
Puasa dari jam 10 malam sehingga 8 pagi. Kemudian, baru ambil sampel darah yang pertama di hujung jari. Kemudian, barulah anda boleh buka puasa, makan sikit . Tapi x selesai lagi, untuk sampel kedua, dalam tengah ari, anda wajib juga puasa .
Jadi penulis membuat jadual seperti berikut:
Masa: 8.00 pagi sebelum sarapan (kena ambil darah pertama), kemudian boleh buka puasa, makan di kawal.
Masa:12 tengahari (makan 1 jam, kemudian puasa dan tunggu sehingga jam 12 tengah ari untuk ambik sampel kedua)
Masa :4 petang (makan 1 jam, kemudian puasa dan tunggu sehingga jam 4 petang untuk ambik sampel ketiga)
Masa :8 malam (makan 1jam petang, kemudian puasa dan tunggu sehingga jam 8 malam untuk ambil sampel keempat)
Dibawah ini, bacaan yang di tetapkan nurse dan anda kena pastikan ianya jangan melebihi dari yang nurse bagi. Jika bacaan melebihi dari sebenar, kemungkinan anda kena panggil dengan nurse dan on insulin sehingga bersalin.
Nasihat penulis, apabila anda on GDM, kena paksa diri juga untuk minum air suam dengan banyak, jika tidak mahu mudaratkan kesihatan baby dan diri sendiri.
Ini kerana, terlalu banyak risiko jika diri kita GDM, antaranya baby akan besar di dalam kandungan, bayi pramatang , di paksa bersalin awal dan paling takut ialah kena operate.
Selain daripada bacaan gula, para ibu hamil juga haruslah menitikberatkan penjagaan berat badan agar mengikuti saranan yang telah digariskan mengikut indeks jisim badan (BMI). Para ibu hamil boleh lah menyemak indeks dibawah:
- Kekurangan Berat Badan: Nilai BMI <18.5, perlu menambahkan lebih banyak berat, dari 12.5 hingga 18kg
- Berat Badan Purata: Nilai BMI dari 18.5 – 22.9, perlu menambah rata-rata dari 11.5 hingga 16kg
- Berat Badan Berlebihan: Nilai BMI 23 hingga 26.9, cuma tambah berat dari 7 hingga 11.5 kg sahaja
- Terlebih Berat Badan: Nilai BMI 27 dan ke atas, anda disarankan untuk menambah berat antara 5 hingga 9kg sahaja
Secara amnya, jika BMI anda adalah di antara 18.5 hingga 22.9 sebelum mengandung, anda cuma boleh menaikkan berat badan anda sepanjang tempoh kehamilan tidak melebihi 16kg. Akan tetapi, jika BMI anda sebelum hamil adalah tinggi, anda dinasihatkan agar kenaikkan berat badan anda lebih rendah.
Namun begitu, apa yang penting untuk ibu yang sedang hamil adalah menjaga diri secara keseluruhan, dari segi pengawalan kadar gula, pengawalan berat badan, menjaga kesihatan fizikal dan mental dan juga pengambilan makanan yang seimbang dan sihat bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang tak diingini berlaku semasa dan sewaktu proses kehamilan anda.
Semoga perkongsian ini dapat menjadi rujukan buat para ibu hamil di luar sana dan juga dapat dijadikan medium peringatan agar para ibu hamil jangan lupa untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor bagi permasalahan yang dialami (jika ada).
Oo ye, memandangkan sekarang musim hendak PRU15, di harap ibu hamil terutamanya berjaga diri semasa hendak mengundi. Kesihatan perlu di jaga dengan betul dan pastikan keselamatan anda terjaga.
Jangan lupa bawa buku pink bersama, semasa hendak membuang undi, mana tahu anda akan di berikan fast lane.
Siapa yang anda akan mengundi? Pastikan anda memilih pemimpin yang betul.
Untuk semakan keputusan mengundi, anda boleh layari portal MYSPR, Dan klik pada MySPRSemak
Leave a Reply