Pengalaman Mengundi PRU-15.
Assalammualaikum dan hai.
Penghujung tahun 2022, Malaysia bakal berdepan dengan dengan pilihanraya-15. Detik dan tarikh 19hb November 2022 merupakan tarikh keramat yang di tunggu -tunggu oleh rakyat Malaysia. Hal ini kerana, rakyat di beri mandat yang besar untuk memilih siapa pemimpin yang bakal terajui Malaysia, selepas 5 tahun berlalu.
Selepas pelbagai masalah seperti covid-19 serta bertukar-tukar pemimpin, tarikh 19hb November 2022 bakal menyaksikan rakyat Malaysia pulang ke halaman masing-masing untuk memangkah siapakah pemimpin yang boleh buat kerja dan yang pasti bukannya janji omong kosong apabila telah di pilih oleh rakyat.
Penulis juga berkesempatan nanti untuk turut serta membuang undi, bagi memilih siapakah yang bakal terajui di tempat parlimen penulis.
Untuk pengetahuan anda, umum di nyatakan, pertembungan sengit antara parti di tempat penulis, untuk mengetahui siapakah yang layak untuk pegang dan terajui parlimen di sini.
Parlimen yang bakal penulis pangkah adalah di Parlimen Masjid Tanah, Di mana ia merupakan kerusi hangat sebenarnya hanyalah di antara parti Barisan Nasional dan parti lawan iaitu Perikatan Nasional.
Ini kerana, pertembungan dua anak muda, menyebabkan kerusi di Parlimen Masjid Tanah akan menjadi topik hangat dan semua pihak ingin mengetahui siapakah yang akan menduduki kerusi di Parlimen Masjid Tanah.
Di bawah ada dua calon hangat yang berebut kerusi di Parlimen Masjid Tanah.
Calon Pertama ialah Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid.
Beliau yang merupakan antara muka baharu yang diketengahkan parti seterusnya menyatakan perlunya pengundi memilih parti yang benar-benar boleh membawa kestabilan dan kemakmuran.
Jom penulis kongsikan serba sedikit biodata mengenai muka baru calon Barisan Nasional Abdul Hakim Abdul Wahid .
Abdul Hakim Abdul Wahid merupakan calon Barisan Nasional (BN) bertanding bagi kerusi Parlimen P134 Masjid Tanah pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Beliau merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, dan Setiausaha UMNO Bahagian Masjid Tanah. Ini merupakan penampilan pertama beliau dalam pilihan raya.
Calon kedua pula yang sengit untuk mengekalkan kerusinya di parlimen masjid tanah, tidak lain dan tidak bukan ialah Mas Ermieyati.
Seperti yang kita maklum, pada pru-14, menyaksikan beliau menang kerusi parlimen masjid tanah dengan menggunakan tiket daripada kerusi Barisan Nasional. Namun, setelah barisan nasional tersungkur pada pru yang lepas, beliau telah lompat parti dan pada pru-15 kali ini beliau bertanding dengan menggunakan tiket dari parti Perikatan Nasional.
Antara dua calon ini, dalam berebutkan kerusi di Parlimen Masjid Tanah, siapakah yang akan rakyat beri mandat untuk terus menerajui di Masjid Tanah? Sama-sama kita saksikan detik bersejarah pada tanggal 19hb November 2022.
Pada pendapat penulis, Pengalaman Mengundi PRU-15 adalah sesuatu yang rakyat perlu membuat pilihan yang bijak . Ini kerana, jika di perhatikan undi orang melayu kita akan berpecah kerana, perpecahan parti dan ketamakan pihak pemimpin.
Yang penulis nampak, mereka mensasarkan golongan muda yang mudah terpengaruh dengan janji omongan kosong. Diharap sasaran golongan muda mampu beri pilihan yang terbaik dan buat research dulu sebelum memilih calon. Disini anda boleh menyemak semakan calon pilihanraya sebelum anda membuang undi.
Jangan hanya terpedaya dengan janji-janji yang di perkatakan di dalam manisfesto, dan akhirnya ianya bukan sebuah kitab yang suci.
Undi tahun ini, kebetulan penulis berbadan dua, di harap segalanya berjalan lancar.
Untuk anda melihat keputusan mengundi yang bakal di umumkan pada 19hb November ini, anda boleh melayari page facebook SPR atau boleh klik MySPRSemak untuk semakan keputusan pilihan raya.
Leave a Reply