Sembelit Masa Hamil. Pengalaman Perit Ibu Hamil.
Setiap ibu hamil , pasti akan mengalami masalah sembelit ketika hamil. Ada yang berlaku pada awal trimester, dan ada yang mengalaminya pada trimester kedua sehingga trimester ketiga.
Begitu juga dengan penulis, di mana pengalaman perit sembelit masa hamil berlaku pada trimester kedua, di usia kandungan bayi hampir ke 19 minggu.
Perit dan tersiksa sungguh weii. Manakan tidak, selalunya akan membuang pada setiap hari, tetapi ini tidak membuang hampir seminggu. Bayangkan betapa stressnya ketika itu.
Jadi pelbagai cara penulis lakukan untuk mendapatkan maklumat di google mahu pun di apps the asian parents.
Dari pembacaan penulis, sembelit ketika hamil ini umum berlaku kepada ibu hamil. Dimana anda akan susah untuk membuang air besar, di sebabkan najis anda telah menjadi keras. Begitu juga dengan penulis, mana kan tidak, duduk di dalam tandas hampir setengah jam , di tambahi dengan peluh, semata-mata usaha bagi mengeluarkan najis tersebut.
Apabila kita sembelit, nafsu untuk makan pun akan berkurang, di tambahi dengan sakit pada dubur kita. Hendak membuang air kecil pun sukar. Lantas menyebabkan kekadang kita boleh menjadi stress di sebbakan masalah itu.
Terdapat beberapa faktor sembelit ketika hamil.
Antaranya ialah seperti berikut:
Kurang mengamalkan makanan yang sihat.
Kurang mengamalkan makanan yang sihat, di mana ibu hamil kurang mengambil makanan yang tinggi dengan serat, di saping kurangnya pengambilan buah-buahan serta minum air kosong yang tidak mencukupi. Bagi ibu hami., sehari sekurangnya 8-12 gelas air suam perlu di minum bagi pelihara kesihatan serta bayi di dalam kandungan kita.
Perubahan Hormon.
Seiring dengan bayi yang semakin membesar, maka perubahan hormon memainkan peranan yang besar di dalam masalah ini. Ini kerana, rahim ibu hamil seiring waktu akan terus membesar mengikuti perkembangan janin. Ternyata hal ini dapat menyebabkan sembelit saat hamil karena rahim memberi tekanan pada usus serta rektum dan mengganggu proses pengeluaran sisa makanan.
boleh baca juga : Jenis Senaman Ibu Hamil Supaya Kekal Sihat.
Cara Atasi Sembelit Masa Hamil.
Terdapat beberapa cara bagi ibu hamil dapat lakukan jika anda mengalami sembelit. Yang paling penting, jangan stress dan paksa diri untuk membuang.
Ini kerana, jika anda memaksa, ia akan mendatang bahaya kepada diri anda, terutamanya akan mengakibatkan dinding usus anda tercedera dan paling teruk menyebabkan buasir yang mengakibatkan najis anda akan berdarah.
Di bawah, ada beberapa cara yang penulis sendiri buat bagi mengatasi masalah sembelit masa hamil.
Antaranya ialah :
1. Amalkan makanan yang tinggi serat.
Makanan yang tinggi serat, di katakan mampu untuk membantu ibu hamil agar dapat menghindari masalah sembelit. Contoh makanan yang tinggi serat seperti memperbanyakkan makan sayur -sayur hijau seperti bayam dan kangkung. Selain itu, amalkan makan buah yang tinggi dengan vitamin seperti buah pisang dan buah delima.
2. Minum air putih yang cukup
Kaedah kedua , yang penulis amalkan ialah, anda jangan memandang ringan dengan air putih. Jika anda mengelat, anda kena paksa juga diri untuk minum air putih demi kesihatan anda serta zuriat yang anda sedang kandungkan. Ibu hamil amat di sarankan untuk minum air putih, sehari di dalam 8 sehingga 12 gelas .
Lagi banyak anda minum air putih, lagi senang untuk melembutkan najis anda yang keras itu.
3. Olahraga
Didalam artikel yang lepas, ada penulis kongsikan beberapa jenis senaman yang sesuai untuk ibu hamil lakukan. Dengan melakukan serba sedikit aktiviti senaman, ia juga mampu mencegah masalah sembelit.
Penutup
Apabila cara-cara di atas belum berhasil, disarankan untuk ibu hamil untuk datang berjumpa dengan doktor, dan jangan anda memandai sendiri untuk mencuba sebarang ubat tanpa mendapatkan nasihat dari doktor.
Diharap perkongsian ini, serba sedikit dapat membantu bagi ibu hamil mencegah masalah sembelit.
Leave a Reply