• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Kroket Kentang Sosej Cheese-Mengidam Trimester Kedua.

by shazylin
January 6, 2023Filed under:
  • resepi

Kroket Kentang Sosej Cheese-Mengidam Trimester Kedua

 

Assalammualaikum dan hai.

 

Setiap ibu hamil, mesti akan sampai pada seketika akan mengidam benda yang pelik dan tidak pernah di makan.

Begitu juga dengan penulis. Manakan tidaknya, tak ada ribu taufan, tetiba kroket singgah di fikiran, sampai termimpi mimpi.

Jadi bermulanya perjalanan aktiviti mengoogle resepi. Masa google resepi semua versi bahasa indonesia . Memang tak faham mana la sis jawabnya.

Google punya google dengan gigih, akhirnya jumpa resepi versi Malaysia dan paling mudah di fahami.

Apa lagi, penulis ajak suami pergi ke pasar raya untuk membeli bahan-bahannnya.

Jadi di dalam artikel ini, akan di kongsikan resepi Kroket Kentang Sosej Cheese-Mengidam Trimester Kedua. Tajuk pun kelakar kan, nak buat macam mana, permintaan ibu mengandung, kena la buatkan .

 

Kroket ini adalah makanan yang berasal dari ubi kentang, di mana ianya di rebus, lenyek dan di adunkan bahan-bahan yang lain.

 

 

Kroket Kentang Sosej Cheese-Mengidam Trimester Kedua.

Jom kita lihat senarai bahan-bahan untuk membuat resepi kroket ini.

  • 8 biji kentang
  • 5 batang sosej
  • cheese yang telah di parut
  • daun bawang
  • serbuk lada hitam
  • 2 sudu jagung dalam tin
  • lada sulah
  • garam
  • tepung gandum
  • serbuk roti
  • telur 6 biji
  •  minyak masak

 

baca juga : Terung Pipit Goreng Cili Api.

 

Cara awalan 

  • Pertama, 8 biji kentang di kupas kulitnya, di basuh kemudian di rebus sehingga masak. Letak sedikit garam sebagai perisa. Setelah kentang di rebus sehingga empuk, masukkan di dalam bekas.
  • Kedua, 5 batang sosej di rebus sehingga masak, kemudian angkat dan potong kecik-kecil  dan masukkan ke dalam kentang.
  • Ketiga, daun bawang di bersihkan dan dipotong kecil-kecil dan di masukkan ke dalam bekas kentang.
  • Keempat, masukkan 2 sudu kecil jagung hancur dan serbuk cheese yang telah di hiris.
  • Kelima , masukkan serbuk lada sulah , serbuk lada hitam dan garam sebagai perasa.
  • Keenam, gaul semua bahan tersebut sehingga sebati. Jika lembik, letakkan sedikit tepung gandum supaya ia tidak melekat pada tangan kita.
  • Ketujuh, bulat-bulatkan.
  • Kelapan, selesai bulat-bulatkan, anda letak tepung dan golekkan atas tepung supaya di salut pada tepung.
  • Kesembilan, pecah 6 biji telur, kucar-kucarkan sehingga sebati.
  • Kesepuluh, buka serbuk bredcrumd dan masukkan ke dalam bekas.
  • Kesebelas, adunan tepung yang di bulatkan, yang telah selesai di golekkan atas tepung, celupkan ke dalam telur, kemudian salut dengan breadcrumb. Ulang sehingga abis step.
  • Bentuk kroket ini, terpulang pada anda, nak bentuk bulat ke, lonjong ke, bersegi ke..ikut kerajinan anda. Macam penulis, setelah di salut breadcrum, penulis lonjongkan dia.
  • Selesai, anda boleh la panaskan minyak dan goreng sehingga masak.

 

Gambar proses:

Kroket Kentang Sosej Cheese-Mengidam Trimester Kedua. Kroket Kentang Sosej Cheese-Mengidam Trimester Kedua.

 

 

Kroket Kentang Sosej Cheese-Mengidam Trimester Kedua.

Tagged:
  • Kroket Kentang Sosej Cheese
  • resepi kroket

Post navigation

Previous Post Pengalaman Ujian Ferritin Masa Trimester Kedua.
Next Post Telekung Cilik Murah Harga B40.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com