Pilihan Sayur Hijau Untuk Ibu Hamil.
Assalammualaikum dan hai.
Saat wanita itu hamil, jadi di perlukan untuk tubuh badannya adalah nutrisi yang sihat, terutama dari segi sayur hijau.
Ini kerana, sayur hijau bukan sahaja baik untuk kandungan, malah ia membekalkan vitamin untu pengembangan sel darah merah iaitu yang di kenali sebagai HB.
Setiap kali check up, wanita hamil tidak akan terlepas dari ambil darah, untuk doktor pantau bacaan darah merah. Ini kerana, jika bacaan darah merah rendah, maka akan merisikokan bayi di dalam plasenta anda, kerana tidak dapat menyalurkan oksigen serta bekalan darah sel darah merah yang mencukupi.
Kesannya, ia akan menyebabkan anda mengalami anemia serta memburukkan keadaan bayi di dalam plasenta anda.
Kalau anda perasan, setiap kali check up, doktor yang memeriksa anda akan meletakkan nota supaya memakan sayur hijau seperti sawi, bayam, kangkung dan sebagainya. Ia bukan setakat nota sesaja yang di tulis oleh doktor, bahkan ada sebabnya. Anda tidak boleh abaikannya.
Justeru, di dalam artikel ini, penulis akan gariskan beberapa sayur hijau baik ketika sedang hamil.
Pilihan Sayur Hijau Untuk Ibu Hamil.
Di bawah ini, tersenarai beberapa jenis sayur hijau yang bagus untuk ibu hamil, antaranya ialah :
- Bayam
Sayur bayam terkenal kerana mengandungi zat besi untuk membekalkan darah yang mencukupi untuk bayi di dalam rahim kita. Ini kerana, ia mengandungi kandungan kalsium yang melimpah, vitamin A, vitamin C, vitamin B kompleks, vitamin K, dan vitamin E.
Selain murah dan senang di dapati, ianya juga elok untuk memperbanyakkan susu.
- Kangkung
Siapa sini suka makan kangkung?
Selain sedap di goreng bersama dengan cili api dan belacan, tahukah anda, kangkung mempunyai serat yang tinggi serta kaya dengan vitamin C. Ibu hamil, yang suka makan kangkung, akan mendatangkan satu kelebihan buat dirinya, kerana kangkung di katakan mempunyai zat vitamin yang tinggi untuk melawan penyakit .
Ini kerana, saat kita hamil, badan kita mudah terdedah kepada penyakit. Justeru, selain dapat melawan penyakit serta mempunyai ketahanan antibodi yang tinggi, kangkung juga di percayai mampu untuk meningkatkan bacaan kadar hb anda.
baca juga :Manfaat Buah Delima Untuk Ibu Hamil.
- Sawi
Apabila di sebut sawi, terdapat banyak jenis sawi. Tetapi malangnya, tidak semua ibu hamil suka makan sawi.
Sawi merupakan sayur hijau yang bagus di ambil ketika sedang hamil dan selepas hamil. Ini kerana, ia mengandungi tinggi serat, vitamin A, vitamin K, vitamin C, tembaga, dan karbohidrat kompleks.
Jika anda sembelit, elok amalkan sawi hijau. Ini kerana, sawi hijau mengandung serat tinggi. Kandungan serat yang tinggi tersebut juga membuat rasa kenyang lebih lama.
Sawi juga mampu untuk mencegah anemia ketika anda sedang hamil, selain dari meningkatkan kadar ketahanan antibodi ibu yang hamil.
- Asparagus
Wanita hamil di sarankan untuk makan asparagus bagi meningkatkan metabolisme dan mencegah anemia. Di samping kaya dengan Vitamin A,C,E,K dan B6, Zat Besi, Klasium , Serat, ianya juga kaya dengan asid folik.
Di mana, asid folik di dalam asparagus ini baik untuk perkembangan otak.
- Brokoli
Wanita hamil juga di sarankan untuk makan brokoli bagi meningkatkan imuniti dan menghindari kesan regangan. Sayur brokoli elok untuk perkembangan otak, tulang dan fizikal bayi di dalam rahim.
Sayur brokoli mengandungi nutrisi seperti kalsium, zat besi, kalium, mangan dan zink.
- Bendi
Selain mempunyai nutrisi seperti protein, Vitamin A,C dan K, wanita hamil amat di galakkan memakan bendi. Ini kerana, sayur ini mampu memberikan kesihatan jantung sert dapat maintainkan berat badan anda ketika sedang hamil.
Ada masalah sembelit juga mampu iktiar dengan makan bendi ini, kerana lendir-lendir sayur di dalamnya mampu untuk melancarkan masalah sembelit ketika hamil.
Kesimpulan
Ini adalah sedikit perkongsian mengenai sayur hijau yang mana bakal ibu boleh dapati dengan mudah. Sepanjang kehamilan, di harap ibu yang hamil mampu menjaga kesihatan yang baik, kerana bukan sahaja untuk diri kita, bahkan zuriat yang kita kandung, agar sentiasa sihat sentiasa.
Leave a Reply