Telekung Annisaa Sulam Klasik Mampu Milik.
Assalammualaikum dan hai.
Sulaman yang halus, kemas pada telekung menjadi tarikan utama si pembeli muslimah, selain dari material cotton yang mahal serta tidak mudah berbau.
Justeru, Annisaa telah memperkenalkan telekung sulam klasik yang mana ianya menjadi buruan muslimah kerana kekemasan sulamannya serta terdapat pelbagai warna yang cantik dan membuatkan muslimah rambang mata untuk membelinya.
Ini kerana benang sulam yang tidak gatal serta benang sulam rona warna yang sama menaikkan lagi seri kepada si pemakai nya.
Para suami atau anak yang ingin mengukuhkan kasih sayang , boleh hadiahkan sepasang Telekung Annisaa Sulam Klasik ini . Mesti tanda tulus ingatan akan di ingat sampai bila-bila.
Untuk menghadap sang PenciptaNya, kita perlulah sentiasa kemas, cantik dan ikhlas . Barulah selesa dan yakin untuk berdoa sambil meminta segala hajat di hajati.
boleh baca juga : Telekung Sarung
Kenapa Telekung Annisaa Sulam Klasik Mampu Milik. ??
Untuk pengetahuan uolls, ANNISAA sendiri telah membawa sulam tersendiri bagi menambat hati para muslimah untuk terus membeli dan menggunakannya, Bayangkan di bawah telekung Annisaa sendiri, ia mempunyai lebih dari 6 jenis sulaman yang cantik seni ukirannya , di samping sulaman yang kemas serta benang sulamannya yang menggunakan benang no.1 serta tidak gatal apabila si pemakai memakainya ketika solat.
Kebanyakan muslimah perlu dan wajib memiliki Telekung Annisaa ini kerana ia merupakan PENYELESAIAN SERIBU MASALAH. Kenapa penulis berkata demikian ? Ini di buktikan apabila Telekung Annisaa ni paling selesa dipakai, Ada getah di dahi, utk mengelakkan anak rambut terkeluar.
Telekung Sulam Klasik Membawa Konsep Simple Dan Anggun .
Kenapa telekung ini membawa maksud simple dan Anggun yang di persembahkan oleh Annisaa? Bermula tahun 2022, Annisaa telah melaksanakan strategi iaitu membuat pembaharuan terhadap reka bentuk, supaya nampak lebih ekslusif, serta mewah di mata muslimah. Justeru itu, terdapat ciri-ciri istimewa yang di tonjolkan, antaranya ialah :
- Sulam Klasik
Jika anda perhatikan pada telekung lain, kita belum pernah jumpa lagi yang bercorakan ada sulaman bunga di tengah-tengah ala-ala macam zaman dahulu kala . Sulaman yang menggunakan benang no.1 membolehkan sulaman tidak mudah tanggal dan paking penting ianya tidak gatal apabila terkena pada kulit
- Material Cotton High Quality.
Keistimewaan kedua pada telekung ini ialah menggunakan material Cotton High Quality, di mana menggunakan fabrik cotton 100% berkualiti tinggi, dan yang pastinya ianya kain yang sangat sejuk, tidak jarang serta kain yang anti kedut.
- Mengekalkan Pelapik dagu menggunakan kain yang viscose, sarung sahaja nampak terletak mengikut bentuk muka. Muka yang berisi pun tiada masalah.
Annisaa masih mengekalkan material viscose pada bahagian dagu supaya si pemakai akan nampak muka lebih runcing apabila memakai telekung.
Gambar-Gambar Koleksi Telekung Sulam Klasik ANNISAA.
Di sini penulis lampirkan beberapa warna telekung ini bagi merambangkan mata anda semua. Yang pasti ianya unik, simple, serta mempunyai seni sulaman yang halus dan akan membuat anda sebagai muslimah jatuh hati dengan koleksi terbaru dari Annisaa ini.
Apa tunggu lagi? Jom dapatkan dan rasai sendiri pengalaman memilik telekung Sulam Klasik ANNISAA !.
Hubungi Agen Sah Telekung Annisaa Pilihan Muslimah Anda Sekarang. Di Jamin 100% Puashati.
Sis Lynn | Agen Sah Telekung Annisaa!
Leave a Reply