• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Kentang Goreng Cili Api Makan Sampai Berpeluh.

by shazylin
December 31, 2022Filed under:
  • travel

Kentang Goreng Cili Api Makan Sampai Berpeluh.

 

Assalammualaikum dan hai.

Entri resepi lama rasanya tidak ada update yang terbaru, sejak penulis berbadan dua.

Al maklumlah, bila berbadan dua, segalanya kena ikut mood dan seruan baru ada idea dan semangat untuk memasak.

Tercetusnya idea nak masak kentang goreng cili api ini setelah mood untuk update blog ke laut pagi tadi gara-gara line internet lagged. Bila dah lagged, penulis ambil keputusan  untuk tutup laptop dan tidur.

ikutkan resepi tengah ari adalah sambal telur mata sahaja, tetapi setelah bangun tidur di tambahi pula dengan nyanyian suami, mengatakan perutnya berkeroncong, maka terjadilah resepi ini.

Resepi simple dan mudah di masak sebab masak tak sampai 1 jam pun. Terima kasih kepada encik suami yang menolong untuk menumbuk bahan-bahannya.

Sebelum penulis kongsikan bahan-bahannya, menu sampingan lain ialah telur dadar dan sawi pak choy goreng bersama dengan nasi putih.

Tanpa membuang masa, jom kita lihat resepinya dan cara penyediaannya.

Resepi ini, penulis buat untuk makan dua orang taw, jadi jika ramai nak makan, anda tambah portionnya.

Resepi Kentang Goreng Cili Api Makan Sampai Berpeluh.

 

Bahan-bahannya :

  • 2 biji ubi kentang
  • 1 ulas bawang besar merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji cili api kampung
  • suku ikan bilis
  • sedikit belacan
  • 1/2 kiub pati ayam
  • air asam jawa
  • air masak
  • minyak masak.
  • garam
  • kunyit

 

baca juga : Tasbih Digital Moden.

 

Cara awalan penyediaan:

 

Pertama, 2 biji ubi kentang di kupas dan di potong . Kemudian, di cuci bersih. Selepas itu, toskan ubi kentang yang telah di cuci. Letak  secubit garam dan kunyit untuk di goreng.

Kedua,  bahan-bahan di bawah, di tumbuk hancur ye:

  • 1 ulas bawang besar merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji cili api kampung
  • suku ikan bilis
  • sedikit belacan

 

Cara-cara memasak:

 

  • Pertama, panaskan minyak di dalam kuali. Apabila sudah panas, kentang yang telah di potong dan di gaul dengan kunyit tadi di goreng sehingga kekuningan. Kemudian, angkat dan toskan.
  • Kedua, jika minyak banyak hasil dari gorengan kentang tadi, keluarkan sedikit. Kemudian, masukkan bahan yang telah di tumbuk tadi. Goreng sehingga cili nampak kekeringan.
  • Ketiga, masukkan sedikit pati ayam dan air asam jawa bersama dengan air suam sedikit jika terlalu pekat. Masak gorengan cili tadi sehingga garing dan kering sedikit.
  • Keempat, padamkan api dan gaulkan ubi kentang tadi dan hidangkan ke dalam pinggan untuk di jamu.

 

Simple kan? menu ini, tak perlu dah letak garam dan perisa, kerana ada bahan ikan bilis yang telah di tumbuk dan pati ayam.

 

Gambar menu Kentang Goreng Cili Api Makan Sampai Berpeluh.

 

Kentang Goreng Cili Api

 

 

Jika anda ingin melihat koleksi telekung cantik , anda boleh kunjungi telekungcantik

 

Sekian, perkongsian .

Tagged:
  • Kentang Cili Api
  • Kentang Goreng
  • Kentang Goreng Cili Api

Post navigation

Previous Post Telekung Annisaa Sulam Klasik Mampu Milik.
Next Post Testimoni Telekung Sulam Klasik Annisaa.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com