Kelebihan Membaca Ayat Kursi. Ayat Kursi merupakan ayat yang terdapat di dalam Surah Al Baqarah, juzuk 2 ayat 255. Jom kita lihat ayatnya berbunyi seperti berikut:
اللَّهُ لَآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُۥ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِى يَشْفَعُ عِنْدَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِىُّ الْعَظِيمُ
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 255)
Ayat kursi ini sering kita dengari sama ada di dalam bacaan ketika solat atau selepas selesai solat.
Ayat kursi merupakan penghulu Al-Qur’an
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
“Segala sesuatu pasti ada yang lebih unggul dan lebih tinggi. Sesungguhnya yang lebih unggul dan lebih tinggi dari Al-Quran adalah Surat Al-Baqarah.
Dan di dalam Surat Al-Baqarah ada ayat yaitu Penghulu Ayat-Ayat Al-Quran, dialah ayat kursi.”
Di dalam entri kali ini akan di ceritakan maafaat apabila mengamalkan ayat ini di dalam kehidupan seharian kita. Terdapat banyak manfaat membaca ayat Kursi.
Kelebihan Membaca Ayat Kursi.
1.Akan di Pelihara Allah. Orang yang rajin membaca ayat kursi akan sentiasa di pelihara Allah dari sebarang kesulitan,. Segala kesusahan yang menimpa dirinya akan di permudahkan Oleh Allah.
2. Di pelihara oleh syaitan. Orang yang berwuduk serta rajin membaca ayat kursi 12 kali pada hari jumaat akan terpelihara dirinya daripada gangguan syaitan. Selain itu, jika anda memasuki rumah baru atau sudah lama di tinggalkan, di sarankan membaca ayat kursi sebanyak 100 kali untuk terhindar dari anasir-anasir jahat.
3.Di permudahkan urusan rezeki. Sesiapa yang rajin membaca setiap hari ayat kursi sebanyak 18 kali, akan di permudahkan segala urusan rezekinya, terpelihara darjat serta di hormati oleh orang lain. Selain itu, golongan bujang yang ingin mendaoatkan jodoh di sarankan rajin membaca ayat kursi pada setiap masa untuk di permudahkan segala niat berumah tangga.
4. Terpelihara dari pencuri. Dikatakan rumah yang sentiasa di hidupkan ayat kursi oleh penduduk di dalamnya, maka pencuri yang masuk ingin mencuri tersebut akan gagal segala urusannya.
5.Dapat perlindungan Malaikat. Orang yang rajin membaca ayat kursi sebelum meneruskan perjalanan keluar rumah, maka para malaikat akan lindunginya. Selain itu, jika kita membaca ayat kursi sebelum tidur, maka akan ada malaikat yang akan jaga kita sehingga ke subuh.
Kesimpulan
Ayat kursi merupakan penghulu segala ayat. Jadi ia merupakan 1000 keberkatan bagi sesiapa yang mengamalkannya. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda;
‘Jangan kamu tinggalkan membaca ayat kursi, kerana di setiap hurufnya mempunyai 1000 keberkatan serta rahmat‘
Leave a Reply