Rezeki Zuriat. Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mengimpikan untuk memperoleh cahaya mata. Ikatan cinta dan kasih sayang di antara pasangan akan di kuatkan lagi dengan kehadiran cahaya mata di dalam sesebuah keluarga.
Tidak ada satu pun pasangan yang bernikah menafikan untuk memperoleh zuriat. Rezeki ber setiap orang semuanya telah di tetapkan oleh Sang PenciptaNya. Ada yang bernikah, terus memperoleh zuriat dan ada juga yang bertahun-tahun menunggu dengan sabarnya.
Masyarakat kita pada hari ini, terutama golongan makcik makcik tua tidak ketinggalan juga bila di bangkitkan mengenai isu zuriat atau pun cahaya mata, apabila kaum kerabat dan sanak saudara telah bernikah, tidak kira baru bernikah atau pun yang sudah bertahun-tahun bernikah.
Mereka sering bertanya tanpa mengendahkan perasaan si pasangan dan sering di ajukan soalan
” lambat nikah, nanti umur sudah 40 an baru anak masuk tadika”
‘‘ kawen la ko lambat, susah nak lekat anak nnt”
Bagi yang sudah memiliki zuriat, usahlah anda berhidung tinggi dan memandang rendah pada pasangan yang masih belum di kurniakan zuriat. Mana tahu, kuasa Allah sepertimana yang sering di sebut ”kun fayakun”.
Terdapat banyak doa serta tips yang membolehkan pasangan tersebut berusaha sehingga berjaya untuk peroleh rezeki zuriat. Di dalam entri ini akan di kongsikan untuk anda semua.
Doa Cepat Hamil.

Terdapat beberapa surah di dalam Al-Quran ada memetik doa mohon zuriat. Doa tersebut hendahklah di amalkan ketika telah selesai solat. Sebelum memulakan doa ini, hendaklah kita membaca Al-Fatihah dulu, kemudian barulah membaca doa pilihan seperti yang telah di nyatakan.
Antara surah pilihan di dalam Al-Quran adalah seperti berikut:
1. Surah Al-Anbiya (Ayat 89)
وَزَكَرِيَّآ اِذْ نَادٰى رَبَّهٗ رَبِّ لَا تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَّاَنْتَ خَيْرُ الْوٰرِثِيْنَ ۚ
Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang ( dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.
2.Surah Ali Imran ( Ayat 38)
رَبِّ هَبْ لِيْ مِنْ لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۚ اِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَاۤءِ
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesunguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
Tips Peroleh Rezeki Zuriat Untuk Hamil.

Di dalam entri ini juga akan di kongsikan juga tips peroleh zuriat atau ingin cepat hamil. Tips ini boleh di amalkan bersama-sama pasangan anda. Antara tips tersebut ialah:
- Hindari minuman yang berkaffein.
Untuk membolehkan kita mendapatkan zuriat, perkara paling penting ialah melibatkan pemakanan kita. Oleh itu, pasangan perlulah menghindari atau mengurangkan minuman berkaffein tinggi kerana ia akan mengurangkan kesuburan anda.
2.Kurangkan berat badan.
Untuk memudahkan diri hamil, pasangan hendaklah memastikan diri sentiasa sihat, tiada sebarang penyakit seperti obesiti. Jika isteri anda adalah obesiti, peluang untuk bayi melekat di dalam perut adalah tipis. Jadi cara atasinya ialah anda serta pasangan mesti saling menyokong antara satu sama lain untuk melakukan senaman gaya sihat bagi memastikan diri anda mudah hamil.
3. Jangan stress
Stress juga memainkan peranan penting emosi seseorang perempuan yang bergelar isteri. Jika anda mempunyai esmosi yang tidak stabil, memikirkan perkara-perkara negatif, maka peluang untuk hamil sangatlah susah, kerana tips untuk hamil adalah belajar untuk mengawal emosi. Cara untuk atasi stress ialah sentiasa berbincang dengan pasangan anda, jika terdapat masalah dan jangan di pendam seorang diri.
4. Elakkan memakan fast food dan junk food.
Jika anda dan pasangan adalah kaki tegar makanan fast food dan junk food, di sarankan anda meninggalkan tabiat tersebut. Tahukah anda kandungan makanan fast food dan junk food mempunyai kandungan kimia yang tinggi, itulah sebab ianya menjadi kegilaan ramai masyarakat kita pada hari ini. Secara tidak langsung, akan mendatangkan pelbagai penyakit, contohnya berat badan berlebihan, darah tinggi dan sebagainya.
5.Amalkan memakan sayur hijau, banyakkan mengambil protien, kurangkan karbohidrat.
Anda dan pasangan hendaklah sentiasa mengamalkan makanan sihat terutamanya dengan mengambil pengambilan sayur hijau yang banyak. Selain itu, di sarankan mengambil banyak protein seperti ikan serta kurangkan pengambilan nasi yang kerap sepanjang hari.
6. Ketahui waktu subur
Kenali waktu subur anda. Salah percaturan waktu subur menyebabkan anda sukar untuk hamil. Para wanita hendaklah mengetahui bila waktu yang sesuai untuk bersama, supaya apabila telah besama, mudah untuk telur di senyawakan.
Bagi wanita yang kitaran haidnya teratur, waktu subur adalah bermula pada hari ke7 period sehingga hari ke16 period.. Jadi untuk wanita yang kitaran hidnya tidak normal, anda perlu tahu sendiri waktu subur. Terdapat pelbagai cara untuk mengetahui waktu subur , salah satunya membeli test kit ovolution di farmasi.
7.Amalkan suppliment
Anda dengan pasangan boleh juga membuat alternatif lain seperti mengambil suppliment antaranya acid folik. Selain itu, boleh juga mengamalkan suppliment herba seperti kurma dhuha, royal v dari Edaran Jamu Ratu Malaya. Yang penting kita ada usaha untuk cepat hamil dan dapat menutup mulut makcik-makcik yang menyebabkan kita down.
8.Kenali Rahim kita , sama ada sihat atau tidak.
Kita sebagai perempuan hendaklah sentiasa berjumpa doktor sakit puan, untuk mengetahui keadaan dalaman kita, sama ada ok atau pun tidak.
9. Sentiasa berdoa.
Selain berusaha dengan pelbagai cara, perkara paling penting adalah segala usaha kita hendaklah di sandarkan pada Allah swt. Kita hendaklah sentiasa berdoa dan memohon kepadanya, kerana Allah adalah pencipta dan mengetahui segalanya.
10. Sentiasa berbuat baik dengan orang sekeliling.
Untuk memperoleh rezeki cepat hamil, sillaturrahim dengan orang sekeliling hendaklah di jaga dengan sebaiknya. Contohnya hubungan kita dengan mertua kita, hubungan kita dengan keluarga kandung serta dengan sahabat handai. Dengan menjaga sillaturrahim juga merupakan salah satu magnet rezeki kita ke arah sesuatu kebaikan yang tiada hijabnya.
sekian entri untuk kali ini bagi perkongsian bersama. Mana yang baik boleh di ambil , dan mana yang negatif boleh di letak kan di tepi.
Leave a Reply