Masak Lemak Paku Pakis Style Saya. Assalammualaikum dan hai. Hari nie pagi yang indah sis ingin berkongsi salah satu resepi kegemaran suami sis, iaitu masakan style masak lemak. Sepertimana kita ketahui, kebanyakan resepi masak lemak amat terkenal di Negeri Sembilan terutama bagi suku kaum minang.
Masakan melibatkan sayur paku pakis nie sebenarnya terlintas di kelapa, apabila sis dengan suami pergi ke pasar malam Lubok China untuk mencuci mata.
Ada sebuah gerai sayur yang menarik perhatian sis untuk singgah, dan kebetulan di gerai tersebut ada menjual sayur paku pakis. Sis ambik seikat dan membayar dengan harga RM2 seikat. Murah kan harga tu? Balik je rumah, mak sis cakap lama betul tak masak dan makan sayur paku pakis nie, bukan senang nak dapatkan.
Keesokan harinya, sis cuba memasak sayur paku pakis tersebut. Jom kita lihat apa bahan-bahannya serta bagaimana penyediaan untuk memasak.
Bahan-Bahan Masak:
-
1 ikat paku pakis
-
4 biji bawang merah
-
12 biji cili api (kalau nak pedas, boleh tambah)
-
1 sudu kecil kunyit serbuk tu 1 jari kunyit hidup
-
1 kotak kecil santan kara 200ml
-
secubit belacan
-
setengah genggam ikan bilis halus.
-
1 cawan air masak
-
garam
-
ajinomoto
Cara-Cara Memasak Masak Lemak Paku Pakis :
- Pertama, sayur paku pakis tersebut hendaklah di siang. Cara untuk siang mudah jsahaja. Hanya perlu ambil bahagian hujung sayur paku pakis serta batang yang lembut sahaja. Selesai , sayur tersebut di rendam dengan air paip serta di letakkan satu sudu garam bagi rendaman. Rendam 15 minit.
- Kedua, ambil empat biji bawang merah, 12 biji cili api, secubit belacan serta setengah genggam ikan bilis. Cuci kesemua bahan, toskan air. Selesai toskan air, tumbuk bahan tersebut.
- Ketiga, bersihkan sayur paku pakis yang di rendam dengan air garam tersebut dengan membilasnya, kemudian toskan.
- Keempat, bahan-bahan yang telah di tumbuk tadi, masukkan ke dalam periuk kecil bersama-sama dengan santan kotak. serta 1 sudu kecil serbuk kunyit. Kemudian, masukkan satu cawan air masak kedalam periuk. Kacau manja-manja kesemua bahan tadi sebelum di masak diatas dapur gas.
- Kelima, buka api gas sederhana, kacau sehingga santan masak. Awas, jangan biarkan atau leka, kerana santan akan mudah membuak-membuak. Apabila santan telah siap masak, perasakan dengan garam serta ajinomoto. Selepas semuanya siap, ambik paku pakis yang telah di toskan air, masukkan ke dalam kuahnya, kemudian boleh di tutup api. Tidak perlu di kacau atau di biarkan ye, sebab akan mudah benyek dan rosak paku pakis tersebut.
Penutup
Hidangan masak lemak paku pakis boleh di hidang bersama dengan ikan goreng serta telur dadar dan di makan dengan nasi yang sedang hangat, Sungguh menyelerakan nanti. Anda boleh mencubanya ye.
Sekian, entri kali ini. Salam ikhlas dari saya.
Leave a Reply