Pengalaman Percutian Singkat Di Kuantan.
Kami merancang percutian singkat sehari semalam di Kuantan setelah seminggu menginap di rumah mertua, di Mentakab, Temerloh. Kami bertolak dari rumah mertua seawal jam 7.00 pagi dan berhenti bersarapan di Rumah Makan Ocu Ilham. Perjalanan kami bermula dari Temerloh untuk ke Kuantan mengambil masa 2 jam 30 minit dengan melalui jalan kampung untuk menikmati permandangan yang santai tanpa memasuki tol.
Alhamdulillah walaupun ikut jalan kampung, perjalanan kami di mudahkan sehingga sampai ke destinasi. Kami bermalam di Annexe Resort-Jalan Teluk Sisek, Kuantan.
Annexe Resort-Jalan Teluk Sisek, Kuantan ni suami sis yang tunjukkan. kebetulan salah seorang ahli keluarganya ada yang bekerja di situ. Untuk yang inginkan tempat privacy dan merancang untuk singgah di kuantan, boleh la menginap di sini. Merujuk pada salah seorang staf di annexe, selalunya resort tersebut fully booked pada hujung minggu dan hanya kosong pada waktu bekerja sahaja. Harga pun berbaloi serta selesa di samping memiliki shower air panas. lokasi annexe rest house kuantan
Sebelum cek in dan berehat, pada tengah ari kami singgah di Pantai Teluk Cempedak. Perjalanan dari Annexe ke Pantai Teluk Cempedak hanyalah selama 10 minit sahaja.
Pantai Teluk Cempedak
Pertama kali jejak kaki di sini, sis terpegun dengan kedamaian serta suasana yang tenang. Walaupun cuaca agak panas masa sis sampai, tapi pemandangan di pantai teluk cempedak membuatkan sis rasa ingin menetap lebih lama di situ.Dengan adanya beberapa kemudahan seperti deretan restoran masakan panas serta restoran makanan segera seperti McDonald’s, menjadikan keadaan di pantai ini meriah sehingga ke waktu malam!.
Terdapat juga gerai kraf tangan yang menjual cenderamata untuk pengunjung yang ingin membeli hadiah kepada sanak saudara apabila pulang daripada percutian ini ataupun dijadikan sebagai kenang-kenangan. Oleh itu, pengunjung perlu melawat Pantai Teluk Cempedak apabila bercuti ke Kuantan, Pahang
Selepas cek-in dan berehat, pada sebelah petang kami merancang untuk explore 2 jenis pantai lagi yang berhampiran dengan tempat penginapan kami. Kami di bawa berjalan oleh ahli keluarga sebelah suami di kawasan pantai yang menjadi tempat popular percutian di kuantan.
Pantai yang kedua kami pergi pada sebelah petang adalah Pantai Balok. Jom terokai apa yang di Pantai Balok, Kuantan.
Pantai Balok Kuantan
Pantai Balok adalah lokasi bersantai kedua yang kami kunjungi pada sebelah petang bersama dengan keluarga sebelah suamiku. Permandangan di pantai tersebut adalah tenang,kerana keadaan pantainya yang nyaman, redup dan diteduhi pepohon ru. Malah lokasi ini juga sering dijadikan tempat rekreasi pada sebelah petang seperti berjoging kerana keadaan pantainya yang luas memanjang.
Bongkah batu yang mengunjur jauh ke tengah pantai menambahkan keindahan panorama. Semasa kami sampai pada sebelah petang, keadaan air di pantai balok adalah surut. Sekiranya air surut, pengunjung boleh berjalan dan ‘berteleku’ di atas batu sambil mengambil gambar sebagai kenang kenangan.
sis kongsikan view permandangan waktu petang di pantai balok.
Lokasi terakhir kami pada sebelah petang selepas singgah di Pantai Balok ada kami sempat juga singgah di Pantai Batu Hitam.
Pantai Batu Hitam
Pantai Batu Hitam juga di katakan popular juga bagi pelancong yang dari luar Pahang untuk singgah di sini. Pantai ini di panggil batu hitam kerana keadaan batunya yang berwarna hitam dan pasirnya yang berwarna putih.
Untuk ke Pantai Batu Hitam, anda perlu ke Berserah dan menghala ke Balok dan ianya mudah ditemui kerana berada di jalan utama di antara kedua pekan kecil ini.
Jika anda singgah sini pada sebelah petang, anda akan melihat pelbagai aktiviti di lakukan oleh penduduk antaranya adalah ATV.
sis kongsikan view permandangan waktu petang di Pantai Batu Hitam.
Seterusnya sebelum singgah untuk berehat semula di Annexe Rest House, selepas meninggalkan Pantai Batu Hitam, pada sebelah maghrib pula kami singgah di Bandar Kuantan bagi solat di masjid yang terkemuka, iaitu Masjid Sultan Ahmad Shah.
Masjid Sultan Ahmad Shah
Masjid Sultan Ahmad Shah antara masjid yang terkenal di negeri Pahang dan menjadi tumpuan para penduduk serta pelancong dari luar pahang untuk singgah bersolat di sini. Untuk pengetahuan, masjid ini terletak di tengah-tengah bandar Kuantan. Nama masjid ini diambil bersempena nama pemerintah Pahang yang pertama iaitu Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah.
Seterusnya , selepas selesai bersolat di Masjid terkemuka, perjalanan akhir kami pada waktu malam di teruskan pula di Taman Esplanade Kuantan.
Taman Esplanade Kuantan
Taman Esplanade Kuantan di kenali sebagai benteng oleh penduduk Kuantan. Di taman nie ada side walk yang panjang untuk pengunjung berjalan kaki di sepanjang sungai Kuantan sambil menikmati suasana pada waktu malam. Melalui Taman Esplanade Kuantan ini, anda akan dapat melihat signboard besar Kuantan yang bertukar warna ketika pada waktu malam serta akan nampak menara Kuantan. Terdapat banyak gerai makan untuk di jamu selera di situ.
View gambaran Taman Esplanade Kuantan pada waktu malam.
Selesai perjalanan kami pada waktu malam, sebelum pulang semula di Annexe untuk beristirehat. Keesokkan pagi sebelum kami pulang semula ke Mentakab, Temerloh, sempat pula kami singgah di Taman Gelora.
Taman Gelora.
Taman Gelora merupakan sebuah taman rekreasi di tepi pesisir pantai yang berdekatan dengan Annexe Resort. Hajat di hati singgah di taman tersebut untuk melihat matahari terbit . Semasa kami sampai, taman ini menjadi pilihan dan tumpuan utama pengunjung untuk melakukan aktiviti riadah seperti jogging, bersenam dan aerobik.
Terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan seperti trek jalan kaki, alatan senaman, pondok rehat, gerai-gerai makanan dan banyak lagi bagi memudahkan pengunjung yang datang beriadah. Kami sempat singgah di perkampungan Tanjung Api berdekatan dengan taman gelora untuk bersarapan sebelum balik resort dan check out.
View gambaran Taman Gelora Kuantan pada waktu pagi
Entri penutup Percutian Singkat Di Kuantan. Rasa sayang pulak nak tinggalkan Kuantan. Tak puas kot bercuti kat sini. Harap pada masa akan datang, akan cuba lagi untuk datang ke Kuantan bagi menikmati tempat yang masih banyak belum di terokai oleh kami.
Leave a Reply