Telekung Cantik Idaman Hati Muslimah.
Telekung merupakan salah satu pakaian solat yang sangat penting untuk muslimah ketika hendak bersolat. Pada zaman yang serba moden, jika anda singgah di masjid mahupun di surau , anda pasti dan akan ternampak satu almari kabinet yang di penuhi dengan Telekung Cantik Idaman Hati Muslimah yang terdiri dari pelbagai warna, corak , jenis kain , sulam serta renda yang di pakai serta di gayakan oleh Muslimah ketika bersolat.
Pemilihan telekung ketika bersolat amat di titikberatkan. Hal ini kerana , kita ingin menghadap sang pencipta yang menjadikan kita dari segumpal darah sehingga terbentuknya jasad yang bergelar manusia. Justeru itu, perkara pertama kita ketika bersolat terutamanya Muslimah adalah dengan pemiilihan telekung yang menutup aurat, selesa, tidak jarang serta nipis sehingga boleh menampakkan warna kulit seseorang.
Ciri – Ciri Telekung Cantik Idaman Hati Muslimah.
Di sini akan di gariskan beberapa pemilihan ciri-ciri telekung cantik sebagai panduan pemilihan telekung idaman Muslimah.
1.On Point Bahagian Muka.
Pemilihan kain solat terutama bahagian atas sangat penting buat muslimah. On point bermaksud telekung tersebut mestilah di jahit kemas terutama pada bahagian dahi. Bahagian dahi dijahit dua lapisan supaya anak anak rambut tidak mudah terkeluar dan paling penting selamat dna selesa. Apabila di jahit kemas, , maka mudah dan selesalah kain tersebut untuk stretch mengikut muka kita. Pentingnya jahitan kemas serta on point supaya anak rambut muslimah susah hendak keluar apabila menyarungkan telekung tersebut . Jika anak rambut terkeluar, maka batallah solat kita dan terpaksa bersolat semula.
Selain itu, muslimah tidak perlu bergaduh sakan masa bersolat , anak tudung hilang serta rambut terkeluar. Telekung yang baik apabila bahagian muka ada getah. Pelapik dagu material getah dan paling penting ianya fix dengan saiz muka tanpa perlu pakai serkup.
2. Tidak Berbau Apabila Dibasahi Peluh.
Selain pemilihan telekung yang cantik, Muslimah juga mesti mengambil kira faktor kain tersebut apabila bersolat di ruangan yang panas serta kekurangan kipas. Ini kerana, kain yang elok dan selesa itu penting untuk pakaian muslimah untuk bersolat. lagi pula cuaca panas tidak menentu sekarang. Ada hari panas teramat dan kebetulan bersolat di tempat yang panas, serta pakai pula telekung kain material panas. Maun berpeluh berjimbah. Justeru itu, material yang bagus penting bagi mengelakkan telekung kita berbau ketika kita bersolat. Kain yang tidak berkualiti akan cepat berbau menyebabkan kita tidak dapat fokus solat kerana terhidu baunya yang menyengat
3. Material Selesa Serta Kain Sejuk, Sedap Dipakai.
Kualiti kain yang selesa juga memainkan peranan penting si pemakai apabila ingin bersolat. Ini kerana, kain yang selesa, terletak elok di muka, tidak singkat sangat di titikberatkan. Bayangkan anda beli kain murah untuk solat? sekali sarung, spoil mood untuk solat. Jadi, sebagai muslimah yang sentiasa menjaga adab ketika solat, jangan berkira nak dapatkan telekung yang selesa dan material selesa serta kain sejuk. Yang untungnya kita, bila semuanya selesa , maka secara tidak langsung kita akan nampak cantik dan kemas. Bila lagi teringin nak cantik cantik ketemu Allah. Inilah masanya!.
4. Harga Mampu Milik.
Orang perempuan ni, bila perasaan hendak membeli sesuatu, berhari – hari akan membuat kajian . Scroll kedai sana sini, tengok mana yang berkenan di hati. Survey merata.
Mencari telekung yang baik ialah bukan setakat material dan corak, tetapi juga harganya mesti mampu milik. Jika harga mahal, tetapi material jarang serta kain panas pn tiada gunanya buat si pembeli.
Tips Menjaga Serta Mencuci Telekung
Nak tanya juga, muslimah semua ada berapa pasang telekung? Sis ada banyak telekung dan kebanyakan telekung sis adalah material fully premium cotton gred A. Kebanyakan yang sis beli adalah dari Annisaa sendiri dan semuanya cotton kain terbaik yang pernah sis miliki. Pernah dulu ada telekung jenis material viscose, tapi telekung tersebut kurang selesa dan apabila pergi bawa ke pejabat untuk bersolat , ia akan berbau, Jadi sejak dari itu, sis hanya akan miliki telekung dari Annisaa sahaja, walaupun ianya mahal tapi bagi sis harga mampu milik.
Berbalik pada topik, bagaimana ye muslimah menjaga telekung agar sentiasa nampak cantik, tidak lusuh apabila di cuci? Adakah muslimah mencuci hanya dengan masuk dalam mesin basuh? cuci guna tangan?
Sebenarnya menjaga telekung yang kita cuci senang je, jom ikuti tips menjaga serta mencuci telekung yang betul. Cucian telekung yang betul adalah menggunakan tangan je. Tipsnya adalah seperti berikut:-
1.Rendam telekung dengan air serta bahan pencuci
Telekung hendaklah di cuci dua minggu sekali. Muslimah hanya perlu rendamkan telekung dengan air serta bahan pencuci yang biasa di gunakan. Jika terdapat kotoran, perlu di bersihkan ye, selepas di rendam.
2. Gunakan berus lembut, untuk kotoran daki di bahagian leher.
Untuk menghilangkan kotoran daki di bahagian leher, perlu di gosok dengan berus lembut, Jikan tiada kotoran hanya perlu gosok dengan tangan sahaja sebelum di bilas dengan air yang bersih.
3.Gunakan peluntur jika hanya terdapat tahi lalat di telekung.
Jika anda dapati terdapat tahi lalat di bahagian leher atau di sekeliling kepala telekung, anda perlu rendam menggunakan peluntur. Tapi awas, jika telekung anda jenis yang berwarna, sis sarakan guna berhati-hati peluntur, bagi mengelakkan warna telekung menjadi luntur.
4. Elakkan jemur di bawah matahari terik.
Selepas anda cuci,bilas serta keringkan, elakkan telekung tersebut di jemur di bawah matahari terik. Telekung tersebut hendaklah di sidai di bawah bumbung bagi menjaga kualiti kain agar tidak mudah rosak.
Telekung Annisaa Pilihan Muslimah Pada Masa Kini!
Telekung Annisaa telah menjadi sebutan pada masa sekarang serta merupakan salah satu telekung rebutan muslimah pada masa kini. Annisaa kini telah bersaing sama taraf dengan telekung terkemuka yang lain.
Kenapa Muslimah Wajib Miliki Telekung Annisaa?
Telekung Annisaa mempunyai pelbagai corak sulam yang dapat menambat hati para muslimah untuk terus membeli dan menggunakannya, Bayangkan di bawah telekung Annisaa sendiri, ia mempunyai lebih dari 6 jenis sulaman yang cantik seni ukirannya , di samping sulaman yang kemas serta benang sulamannya yang menggunakan benang no.1 serta tidak gatal apabila si pemakai memakainya ketika solat.
Kebanyakan muslimah perlu dan wajib memiliki Telekung Annisaa ini kerana ia merupakan PENYELESAIAN SERIBU MASALAH. Kenapa sis berkata demikian ? Ini di buktikan apabila Telekung Annisaa ni paling selesa dipakai dan yang paling penting harga yang mampu milik?.
MATERIAL :
100% FULL COTTON JENIS TEBAL
BAHAGIAN TELEKUNG :
1. Kain sangat lembut.
2. Warna lambat lusuh
3. Tebal dan tak jarang
4. Ukuran ‘Free Size’
5. Awning sulam yang sangat cantik & bergetah
6. Hujung tali dijahit beserta sulam
7. Pelapik dagu menggunakan kain yang sama, sarung sahaja nampak terletak mengikut bentuk muka. Muka yang berisi pun tiada masalah.
8. Paling best material anti tahi lalat dan kekuningan.
9. Sulam benang no.1, tak gatal walaupun terkena tangan.
10. Boleh disentuh dan dibelai
BAHAGIAN KAIN:
1. Kain tidak mudah renyuk, tak panas, tak melekap di badan dan sangat
selesa.
2. Kain mempunyai getah dipinggang dan bertali senang “adjust” mengikut
saiz pinggang.
3. Kain jatuh dan tak mengerbang.
4. Terdapat renda cantik di hujung kain.
Ramai Telah Membeli Serta Berpuashati Apabila Menggunakan Telekung Annisaa. Jom Lihat Testimoni Pelanggan !
Dapatkan Segera Telekung Annisaa Segera!
Kalau ada yang berhajat ingin mencuba serta menambah koleksi telekung, elok sangat pilih telekung Annisaa. Sudah ramai muslimah yang jatuh hati dengan jenama ini. Sekali cuba pasti jatuh cinta serta tidak menoleh pada jenama yang lain.
Telekung Annisaa di hasilkan dari kain premium cotton, mempunyai harga yang mampu milikserta beribu testimoni yang telah di terima.
Untuk pengetahuan anda, telekung annisaa juga membuka peluang kepada semua orang untuk menjana site income sehingga berkepuk-kepuk. Bagi yang berminat menambah pendapatan anda boleh la menghubungi agen seperti berikut. Jom dapatkan sekarang!!!.
Telekung Sulam Annisaa Idaman Ramai. Cantik – Menawan – Solehah.
Apa tunggu lagi? Jom dapatkan dan rasai sendiri pengalaman memilik telekung Annisaa!.
Hubungi Agen Sah Telekung Annisaa Anda Sekarang. Di Jamin 100% Puashati.
Sis Lynn | Agen Sah Telekung Annisaa!
Leave a Reply