Pantai Pengkalan Balak Port Popular.
Assalammualaikum dan hai. Entri review pada hari ini mengenai port santai yang popular di Masjid Tanah,Melaka.
Terletak di Masjid Tanah, di mana kawasan di sepanjangnya adalah pantai. Penduduk di sekitar sini menggelar Pantai Pengkalan Balak sebagai Pantai Kemalak.
Pantai Kemalak memang terkenal sebagai port popular pelancong dari luar serta dalam kawasan untuk bersantai. Ini kerana pesisir pantainya yang panjang, memamng menjadi tujuan utama pelancong meluangkan masa dengan insan tercinta sewaktu menginap di sini.
Terdapat banyak chalet, homestay serta port makan yang menarik jika singgah di sini. Di dalam artikel yang lepas, penulis ada membicarakan Chalet Murah Pengkalan Balak.
Anda boleh membacanya :Chalet Murah Pengkalan Balak.
Kenapa di katakan kawasan ini port popular?
Di samping mempunyai pelbagai chalet yang murah serta berbaloi, anda boleh bersantai di sini dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti gathering, family day, bersukan , riadah dan sebagainya. Antaranya , anda boleh memperkenalkan kepada anak-anak apa itu remis. Anda boleh mengajar anak-anak untuk mencari remis. Aktiviti ini sangat menyeronokan jika anda melakukannya bersama-sama.
Aktiviti di pantai juga tidak kurang hebatnya, di mana terdapat perkhidmatan banana boat di sediakan, jika anda ingin round ke tengah-tengah laut. Harganya berbaloi dan seronok.
Selain itu, terdapat pelbagai gerai-gerai makan jualan sepanjang pesisir pantai. Tidak lupa juga, gerai cenderahati juga di sediakan, untuk anda membeli simpan sebagai kenang-kenangan.
Jika anda sampai ke tengah pantai pengkalan balak, jangan lupa singgah di Pusat Penetasan Penyu. Pusat ini menjadi tumpuan pelancong luar untuk melihat anak-anak penyu. Pusat ini menjadi tempat khas bagi penyu-penyu mendarat bagi penetasan. Kawasan yang di pagari khas menjamin keselamatan penyu-penyu tersebut.
Replika Penyu
Pantai ini juga menyediakan replika penyu bagi menambahkan lagi keserian di pantai tersebut. Pengunjung boleh melihat serta mengambil foto untuk di jadikan kenangan. Pada waktu petang, anda boleh membawa anak-anak untuk mandi manda, di samping angin pantai singgah ke muka. Seterusnya boleh menyaksikan matahari terbenam sebelum balik ke chalet.
Selain chalet yang murah, port makan yang pelbagai pilihan juga menarik minat pelancong untuk terus bersantai di sini. Antaranya terdapatnya gerai yang menjual coconut shake , ikan bakar, otak-otak dan sebagainya.
Balai Cerap Al-khawarizmi
Port Popular yang tidak ketinggalan juga adalah Balai Cerap Al-khawarizmi. Bagi anak-anak yang suka mengenai astronomi, ibu bapa boleh singgah di Balai Cerap ini untuk menambahkan ilmu astronomi. Terdapat banyak peralatan astronomi di sini yang boleh kita perkenalkan pada anak-anak.
Kesimpulan.
Jika anda bosan, dan ingin lari dari stress anda boleh mencuba port popular ini. Ini kerana pantai merupakan salah satu tempat yang bagus untuk kita melapangkan fikira, mencari idea serta melihat kebesaranNya. Syok taw melepak di sini. Anda patut cuba , jika masih belum sampai.
Di samping itu, Kaki pancing juga boleh memilih port yang sesuai untuk di balingkan joran ke pantai ini. Sambil memancing, boleh dirikan khemah bermalam di sini dengan di sinari dengan unggun api. Rezeki timbul, ada ikan boleh di bakar sampai menikmati angin malam di pantai.
Leave a Reply