Telekung Popular Malaysia 2022.
Assalammualaikum dan hai.
Telekung merupakan salah satu pakaian solat yang sangat penting untuk muslimah ketika hendak bersolat.
Apatah lagi ianya pakaian di guna pakai untuk bertemu dengan pemberi Rezeki kita sendiri iaitu ALLAH swt. Oleh itu, pemilihan telekung amatlah di titikberatkan dari segi material, keselesaan , khusyuknya bila bersolat, corak serta kekemasan pada ruangan muka serta kelabuhan telekung tersebut agar kita dapat mengadap ALLAH swt lima hari sehari dengan selesanya.
Selain dari itu, pada zaman yang semakin moden ini, corak sulam pada telekung sudah menjadi trend pada muslimah pada ketika ini membuat pemilihan pembelian telekung.
Boleh juga baca : Telekung Cantik Idaman Hati Muslimah.
Tips PemilihanTelekung Popular Malaysia 2022.
1.On Point Bahagian Muka.
On point bermaksud telekung tersebut mestilah di jahit kemas terutama pada bahagian dahi. Apabila di jahit kemas, , maka mudah dan selesalah kain tersebut untuk stretch mengikut muka kita. Pentingnya jahitan kemas serta on point supaya anak rambut muslimah susah hendak keluar apabila menyarungkan telekung tersebut .Telekung yang baik apabila bahagian muka ada getah. Pelapik dagu material getah dan paling penting ianya fix dengan saiz muka tanpa perlu pakai serkup.
2. Tidak Berbau Apabila Dibasahi Peluh.
Selain pemilihan telekung yang cantik, Muslimah juga mesti mengambil kira faktor kain tersebut apabila bersolat di ruangan yang panas serta kekurangan kipas. Ini kerana, kain yang elok dan selesa itu penting untuk pakaian muslimah untuk bersolat. lagi pula cuaca panas tidak menentu sekarang.
Ada hari panas teramat dan kebetulan bersolat di tempat yang panas, serta pakai pula telekung kain material panas. Maun berpeluh berjimbah. Justeru itu, material yang bagus penting bagi mengelakkan telekung kita berbau ketika kita bersolat. Kain yang tidak berkualiti akan cepat berbau menyebabkan kita tidak dapat fokus solat kerana terhidu baunya yang menyengat
3. Material Selesa Serta Kain Sejuk, Sedap Dipakai.
Kualiti kain yang selesa juga memainkan peranan penting si pemakai apabila ingin bersolat. Ini kerana, kain yang selesa, terletak elok di muka, tidak singkat sangat di titikberatkan. Bayangkan anda beli kain murah untuk solat? sekali sarung, spoil mood untuk solat. Jadi, sebagai muslimah yang sentiasa menjaga adab ketika solat, jangan berkira nak dapatkan telekung yang selesa dan material selesa serta kain sejuk. Yang untungnya kita, bila semuanya selesa , maka secara tidak langsung kita akan nampak cantik dan kemas. Bila lagi teringin nak cantik cantik ketemu Allah. Inilah masanya!.
4. Harga Mampu Milik.
Seringkali di sebut telekung, mesti para muslimah rambang mata , buka semua platform media sosial untuk pilih mana satu telekung terbaik, popular serta viral dan vough untuk di beli dan di pakai ketika bersolat di rumah atau di masjid.
Orang perempuan ni, bila perasaan hendak membeli sesuatu, berhari – hari akan membuat kajian . Scroll kedai sana sini, tengok mana yang berkenan di hati. Survey merata.
Mencari telekung yang baik ialah bukan setakat material dan corak, tetapi juga harganya mesti mampu milik. Jika harga mahal, tetapi material jarang serta kain panas pn tiada gunanya buat si pembeli.
Setelah Ketahui 4 Tips Pemilihan Telekung, Jom Kita Lihat Senarai Telekung Popular Malaysia 2022.
Telekung Siti Khadijah
Jenama telekung Siti Khadijah tidak asing di kalangan muslimah. Kerana jenama ini merupakan peneraju Telekung Inivasi Pertama Di Malaysia. Menawarkan Telkung dalam pelbagai saiz dan turut menyediakan telekung untuk kanak-kanak.
INFO LANJUT TELEKUNG SITI KHADIJAH http://www.sitikhadijah.com
Telekung QAMRAA
Siapa yang tidak kenal QAMRAA? Sebuah jenama yang mengeluarkan Dress, Jubah, Baju Melayu, Blouse, Shawl, Veil dan lain-lain. Qamraa telah diasaskan dan ditubuhkan sejak 2012 yang cukup TOP di kalangan peminatnya tersendri, termasuk juga penulis yang sukakan jenama ini.
QAMRAA juga ada mengeluarkan telekung sendiri yang mempunyai keunikan yang tersendiri.
INFO LANJUT TELEKUNG QAMRAA http://www.qamraa.com
Telekung Annisaa
Di asaskan oleh Annisaa Group. Menyediakan telekung wanita yang terkini , terletak di Damansara Damai. Telekung Annisaa telah menjadi pesaing untuk jenama telekung lain di Malaysia ini. Selain itu, di Annisaa Group, founder menawarkan peluang perniagaan khusus untuk suri rumah dengan menolong suri rumah membina income melalui platform dropship. Menawarkan telekung mampu milik dengan menghasilkan telekung dari dua material iaitu cotton silk dan cotton, akan melonjakkan telekung annisaa menjadi popular pada tahun 2022.
INFO LANJUT TELEKUNG ANNISAA https://annisaa.net/optin/1040
Telekung Neelofar
Siapa yang tidak kenal dengan selebriti neelofar yang sering di perkatakan. Neelofar telah mengeluarkan telekung dewasa dengan menawarkan ciir-ciri simole, ringan tetapi elegent bila di pakai. Menawarkan telekung di perbuat daripada baldu serta serta sifat fabrik yang boleh di regangkan, tetap menjadikan telekung neelofar popular 2022.
INFO LANJUT TELEKUNG NEELOFAR https://www.naelofarandmore.com
Telekung Bella Ammara
Bella Ammara merupakan butik muslimah yang terletak Shah Alam. Juga menjadi telekung pilihan muskimah kerana menawarkan material cotton polyester pasti tak panas malah selesa dan tak jarang. Antiknya telekung ini kerana selain free size, telekung ini mempunyai BA Charm iaitu tidak perlu ikat tali pada kepala, sebaliknya perlu push & release sahaja.
INFO LANJUT TELEKUNG BELLA AMMARA https://bellaammara.com/
Telekung Hasnuri
Jenama Hasnuri sudah tidak asing sejak akhir-akhir ini. Merupakan specialist di dalam pengeluaran baju kurung, dengan trademark Hari-Hari Hasnuri, maka terhasilnya juga telekung hasnuri. Menawarkan harga yang berpatutan serta mampu milik. Hanuri menghasilkan telekung wanita dewasa yang cantik dan lawa.
INFO LANJUT TELEKUNG HASNURI https://hasnuri.com/
Telekung Hayda
Hayda Scarf Menggunakan trademark tak pernah tak cantik ialah pengeluar tudung untuk semua wanita di Malaysia. Selain menggeluarkan koleksi muslimah, Hayda Collection juga menghasilkan telekung premium menggunakan material lycra premium,iaitu material yang sejuk, ringan dan stretchable. Menawarkan juga harga yang berpatutan dan menjadi trending 2022.
INFO LANJUT TELEKUNG HAYDA https://hayda.com.my
Telekung Aleena
Telekung Aleena ialah naugan Aleena Globak Sdn Bhd. Merupakan pengeluar telekung terbesar di Malaysia. Menawarkan plebagai jenis telekung yang terdiri daripada material cotton yang menekankan keselesaan di dalam beribadah.
INFO LANJUT TELEKUNG ALEENA https://www.aleena.com.my
Leave a Reply