Kerisi Masak Lemak Cili Api.
Assalammualaikum dan hai.
Entri resepi hari ini mengenai resepi masak lemak, iaitu menggunakan ikan kerisi.
Resepi ini di olah dengan meletakkan sayur sawi di dalam kuah serta tomata bagi menyerlahkan lagi keenakan masakan.
Resepi masakan lemak kali ini di gandingkan dengan kerisi goreng garing.
Sebelum meneruskan entri masakan, jom kita lihat kebaikan makan ikan kerisi.
Antara kebaikannya seperti berikut :
- Mengandungi nutrisi yang tinggi seperti protein, iodin, vitamin dan mineral yang bagus untuk badan kita.
- bagus untuk kesihatan jantung. Pengambilan makanan ikan yang kerap sangat bagus untuk kesihatan jantung kita.
- mengandungi omega 3 yang bagus untuk tumbesaran.
- mengandungi Vitamin D. Selalunya vitamin D hanya dapat di peroleh apabila anda berjemur di bawah cahaya matahari. Tetapi, seandainya anda seorang yang malas untuk keluar rumah, di galakkan makan ikan dengan secukupnya.
Jom lihat resepi masakan kerisi ini. Resepi yang mudah, main campak-campak je dan siap.
Bahan-bahannya adalah:
- 5 ekor ikan kerisi
- cili api secukupnya
- bawang merah 2 ulas
- santan kotak 200ml
- 2 cawan air masak -sukatan ikut santan kotak
- garam
- belacan
- kunyit
- ajinomoto
- 3 batang sawi jepun
- 1 biji tomato
- minyak masak.
Cara-cara penyediaanya ialah:
1.Ikan di bersihkan terlebih dahulu. Kemudian , gaulkan kunyit serta garam. Selepas itu, panaskan minyak, goreng ikan tersebut separuh masak. Selesai, angkat..toskn minyak.
2.Blend halus cili api, belacan, kunyit dan bawang merah. Kemudian, masukkan bahan tersebut di dalam kuali bersama dengan 1 kotak santan serta 1 kotak air masak. Kacau sehingga rata dan barulah hidupkan api gas. Kacau sehingga naik bau. Kemudian jika pekat, letakkan 1 atau 1/2 cawan sukatan air masak guna kotak santan tadi.
3.Kecilkan api, bersihkan sayur sawi dan tomato. Potong ikut kesukaan anda.
4. Setelah kuah telah masak dan mendidih, perasakan dengan garam serta ajinomoto. Kemudian, masukkan sayur sawi dan tomato yang telah di potong tadi. Kacau manja manja sehingga sayur masak.
5.Masukkan ikan kerisi yang telah di goreng tadi ke dalam kuah. Ratakan kuah dengan ikan, kemudian boleh tutup api.
6. Jangan terlebih kacau ikan yang telah masak, kerana nanti isi ikan tersebut akan hancur lebur.
7.Siap di hidangkan dengan nasi panas.
boleh baca juga :Siakap Masak Lemak Berapi.
Sekian, slot entri masakan . Selamat mencuba bagi resepi ini.
.
Leave a Reply