Telekung Annisaa Pilihan Muslimah.
Assalammualaikum dan hai. Seringkali di sebut telekung, mesti para muslimah rambang mata , buka semua platform media sosial untuk pilih mana satu telekung terbaik, popular serta viral dan vough untuk di beli dan di pakai ketika bersolat di rumah atau di masjid.
Bagaimana muslimah sekalian memilih telekung? Adakah dari segi populariti, viral, harga atau mengikut trending tahun semasa?.
Di dalam artikel ini akan di senaraikan Panduan Memilih Telekung Pilihan Muslimah yang betul.
1.On Point Bahagian Muka.
Pemilihan kain solat terutama bahagian atas sangat penting buat muslimah. On point bermaksud telekung tersebut mestilah di jahit kemas terutama pada bahagian dahi. Bahagian dahi dijahit dua lapisan supaya anak anak rambut tidak mudah terkeluar dan paling penting selamat dna selesa. Apabila di jahit kemas, , maka mudah dan selesalah kain tersebut untuk stretch mengikut muka kita.
Pentingnya jahitan kemas serta on point supaya anak rambut muslimah susah hendak keluar apabila menyarungkan telekung tersebut . Jika anak rambut terkeluar, maka batallah solat kita dan terpaksa bersolat semula.
Selain itu, muslimah tidak perlu bergaduh sakan masa bersolat , anak tudung hilang serta rambut terkeluar. Telekung yang baik apabila bahagian muka ada getah. Pelapik dagu material getah dan paling penting ianya fix dengan saiz muka tanpa perlu pakai serkup.
2. Tidak Berbau Apabila Dibasahi Peluh.
Selain pemilihan telekung yang cantik, Muslimah juga mesti mengambil kira faktor kain tersebut apabila bersolat di ruangan yang panas serta kekurangan kipas. Ini kerana, kain yang elok dan selesa itu penting untuk pakaian muslimah untuk bersolat. lagi pula cuaca panas tidak menentu sekarang.
Ada hari panas teramat dan kebetulan bersolat di tempat yang panas, serta pakai pula telekung kain material panas. Maun berpeluh berjimbah. Justeru itu, material yang bagus penting bagi mengelakkan telekung kita berbau ketika kita bersolat.
Kain yang tidak berkualiti akan cepat berbau menyebabkan kita tidak dapat fokus solat kerana terhidu baunya yang menyengat
3. Material Selesa Serta Kain Sejuk, Sedap Dipakai.
Kualiti kain yang selesa juga memainkan peranan penting si pemakai apabila ingin bersolat. Ini kerana, kain yang selesa, terletak elok di muka, tidak singkat sangat di titikberatkan. Bayangkan anda beli kain murah untuk solat? sekali sarung, spoil mood untuk solat.
Jadi, sebagai muslimah yang sentiasa menjaga adab ketika solat, jangan berkira nak dapatkan telekung yang selesa dan material selesa serta kain sejuk. Yang untungnya kita, bila semuanya selesa , maka secara tidak langsung kita akan nampak cantik dan kemas. Bila lagi teringin nak cantik cantik ketemu Allah. Inilah masanya!.
4. Harga Mampu Milik.
Orang perempuan ni, bila perasaan hendak membeli sesuatu, berhari – hari akan membuat kajian . Scroll kedai sana sini, tengok mana yang berkenan di hati. Survey merata.
Mencari telekung yang baik ialah bukan setakat material dan corak, tetapi juga harganya mesti mampu milik. Jika harga mahal, tetapi material jarang serta kain panas pn tiada gunanya buat si pembeli.
Ramai Telah Membeli Serta Berpuashati Apabila Menggunakan Telekung Annisaa.
baca sini :Telekung Annisaa Testimoni Collection.
Apa tunggu lagi? Jom dapatkan dan rasai sendiri pengalaman memilik telekung Annisaa!.
Hubungi Agen Sah Telekung Annisaa Pilihan Muslimah Anda Sekarang. Di Jamin 100% Puashati.
Sis Lynn | Agen Sah Telekung Annisaa!
Leave a Reply