• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Chalet Murah Tanjung Bidara.

by shazylin
December 9, 2021Filed under:
  • travel

Chalet Murah Tanjung Bidara.

Assalammualaikum dan hai. Penulisan travel sebelum ini mengisahkan homestay dan chalet di Pengkalan Balak, Kuala Sungai Baru serta Masjid Tanah.

Kali ini mengisahkan senarai chalet di Tanjung Bidara pula. Sebelum meneruskan dan fokus pada chalet di sana, jom kita kenali itu kawasan Pelancongan Tanjung Bidara.

 

Boleh baca : Chalet Murah Pengkalan Balak.

Boleh baca : Chalet Murah Kuala Sungai Baru.

Boleh baca : Homestay Masjid Tanah Yang Murah Dan Berbaloi.

 

 

Tanjung Bidara adalah terletak bersebelahan dengan Kem Terendak. Ianya adalah bersebelahan dengan Pantai Pengkalan Balak dan Pantai Padang Kemunting.

Tanjung Bidara merupakan Parlimen Masjid Tanah, di dalam Dun Tanjung Bidara. Di sini terdapatnya Pusat Falak  Falak Al-Khawarizmi yang menempatkan Balai Cerap, Planetarium, Pusat Latihan Falak dan Balai Cerap Robotik.

Pasir halus yang cantik, bongkah batu yang cantik di pesisir pantai menambahkan kecantikan serta keindahan di Pantai Tanjung Bidara.

Bongkah Batu

Bongkah Batu Pantai Tanjung Bidara

Pasir halus

Pasir halus Pantai Tanjung Bidara

Pasir halus Pantai Tanjung Bidara

Pasir halus Pantai Tanjung Bidara

air laut bersih

air laut bersih di Pantai Tanjung Bidara

 

Jom terokai Chalet Tanjung Bidara yang pastinya cantik, harga murah serta selesa.

Tanjung Bidara Beach Resort

Tanjung Bidara Beach Resort, Pantai Tanjung Bidara

Lokasi terletak betul-betul di dalam pantai Tanjung Bidara. Menawarkan resort yang besar , di lengkapi dengan kolam renang serta kemudahan yang lain. Sesuai untuk aktiviti gathering dan family day.

 

Homestay Tanjung Bidara Lot 7040

7040, Jalan Bidara Palma, Taman Bidara Palma, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Homestay ini berlokasi di taman perumahan, di Tamn Bidara Palma. Di mana 5 minit perjalanan ke Pantai Tanjung Bidara. Merupakan homestay bajet , yang menawarkan 2 bilik serta di lengkapi dengan kemudahan asas yang mencukupi. Boleh hubungi 019-636 2214 serta layari page facebook di klik sini 

 

Seri Bidara Homestay 2

Seri Bidara Homestay 2

Berlokasi di 2049, Batui 23 Kampung Tanjong Bidara. Homestay ini mendapat 5 rating dari setiap pelancong yang datang menginap di sini. Menawarkan harga yang mampu milik dan boleh menampung keluarga yang besar jika menginap di sini. Berminat dengan Seri Bidara Homestay 2?? telefon nombor ini 011-2628 1579 untuk cepat-cepat buat booking!. atau layari facebook mereka untuk tempahan, Klik sini untuk facebook.

 

Bidara Beach Village Homestay & Chalet

Bidara Beach Village Homestay & Chalet

Terletak di Kampung Tanjung Bidara. Yang menariknya, anda boleh memilih sama ada ingin menginap di Homestay atau di chalet. Menawarkan 4 biji homestay dan 11 biji chalet. Jika anda ada aktiviti boleh singgah di sini untuk menginap. Menyediakan gazebo, PA sistem, BBQ. Paling best dekat dengan pantai. jadi anda boleh melepak atau memancing. Terpikat dengan tempat ini? hubungi 013-631 1501 atau anda boleh membaca sendiri review mereka di page facebook klik sini.

 

Hajjar Homestay

Hajjar Homestay

Berada di KM36, Kampung Air Hitam Pantai. Homestay yang besar, selesa serta menawarkan harga yang berpatutan.  Boleh hubungi 0166409522 dan 0123552017 untuk sebarang tempahan dan pertanyaan. Anda juga boleh review di facebook mereka klik sini.

 

Homestay AKT Harmoni Tanjung Bidara

Homestay AKT Harmoni Tanjung Bidara

Homestay yang mengutarakan suasana kampung dan berkonsepkan penginapan rumah banglow. Terletak bersebelahan dengan rumah Syed Alwi. menawarkan 2 biji rumah banglow yang setiap satunya mengandungi 3 bilik. Jika berminat boleh hubungi 013-342 6392 dan lawati facebook mereka untuk sebarang pertanyaan. Klik sini.

 

Mutiara Chalet

Mutiara Chalet

Chalet yang menawarkan 10 bilik, di mana 5 bilik standart, 5 bilik deluxe. Chalet yang berdekatan dengan tepi pantai . Menawarkan harga yang berpatutan serta penginapan yang selesa. Boleh hubungi 0115787 8139 untuk sebarang pertanyaan tempahan.

 

Dina’s Guesthouse

Dina's Guesthouse

Stress serta inginkan kedamaian dan privacy? Anda boleh menginap di Dina’s Guesthouse. Penginapan betul -betul bila anda buka pintu akan ternampak pantai dengan merasai angin pantai . Lokasi betul betul di Kampung Balik Batu Tanjung Bidara. Menawarkan 5 bilik. Boleh hubungi 019-631 5070 untuk sebarang pertanyaan tempahan.

 

Ujong Tanjong Roomstay

Ujong Tanjong Roomstay

Lokasi betul-betul tepi pantai dan berhampiran dengan pantai Tanjung Bidara. Sesuai bagi keluarga kecil. Berdekatan juga dengan Pantai pengkalan balak serta pantai Kemunting. Hubungi  0123295768 atau anda boleh membaca sendiri review mereka di page facebook klik sini.

 

Abadi Chalet

Abadi Chalet

Chalet yang mengekalkan suasana kampung, terletak di pesisir pantai Tanjung Bidara. Beralamat di Lot 1958-B, Jlan TN.Hj Baba Syawal di Kampung Pasir Gembur Tanjung Bidara. Menawarkan harga yang berpatutan dan kemudahan yang lengakap. paling penting berdekatan dengan pantai dan mempunyai tuan rumah yang sangat baik hati. Hubungi  019243 4130 atau anda boleh membaca sendiri review mereka di page facebook klik sini.

 

Kesimpulan

Bagi yang suka melancong dan melepak di kawasan TANJUNG BIDARA, anda boleh la membaca entri ini untuk rujukan tentang beberapa chalet yang boleh di pilih untuk menginap.

Tagged:
  • abadi chalet
  • Chalet Murah Tanjung Bidara.
  • Dina's Guesthouse
  • Homestay Tanjung Bidara Lot 7040
  • Tanjung Bidara Beach Resort
  • Tanjung Bidara.
  • Ujong Tanjong Roomstay

Post navigation

Previous Post Doa Rumah Tangga Bahagia.
Next Post Ikan Salai Masak Lemak Cili Api.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com