Doa Rumah Tangga Bahagia.
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca di blog ini.
Bernikah ialah detik-detik yang paling di tunggu oleh setiap pasangan mempelai selepas langkah merisik serta bertunang. Ramai yang bersemangat, excited serta gah membuat persiapan untuk menghalalkan sesebuah hubungan yang telah lama tersipta di antara dua hati.
Setelah terlafaznya ijab dan qabul, aku terima nikah di mana lafaz yang nampak mudah di mata orang dengan senyuman , hakikatnya tanggungjawab yang bakal di hadapi oleh pasangan mempelai Hanya Allah sahaja yang MengetahuiNya.
Selain bertoleransi di dalam hubungan, doa merupakan senjata jika hadapi sebarang masalah.
Setiap rumah tangga yang di bina tidak akan bahagia selamanya, pasti ada badai ombak yang memukul rumah kecil itu untuk menguji seteguh mana keimanan dan kesabaran suami isteri di dalam bahtera yang di bina.
Hanya kesabaran, perbincangan antara dua komunikasi yang matang dapat menyelamatkan rumah tangga yang di uji oleh Allah swt. Solat berjemaah dengan pasangan sambil berdoa merupakan kunci rumah tangga sentiasa di bawah lindunganNya.
Justeru itu, di sini senarai doa rumah tangga bahagia yang boleh di catat, simpan untuk rujukan bersama.
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”
رَبَّنَآ اٰتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَّفِى الْاٰخِرَةِ حَسَنَةً وَّقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka.”
حَسْبِيَ اللّٰهُ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ ۗ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ ࣖ
“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy (singgasana) yang agung.”
وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya”.
Kesimpulan:
Doa merupakan senjata jika kita menghadapi masalah, Maka setiap rumah tangga yang di bina pasti ada pasang surutnya untuk beremosi, bergelak tawa. Hanya yang matang dan sabar di dalam ujian sahaja yang dapat menyelamatkan hubungan yang di bina dari bercerai berai. Justeru itu, setiap pasangan kena ingat setiap musibah yang datang adalah tanda Allah ingin menguji Hambanya yang beriman. Selagi kita percaya padaNya, InshaAllah selamat segalanya.
Leave a Reply