Ikan Salai Masak Lemak.
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Entri resepi pada hari ini mengenai masakan Ikan Salai Masak Lemak Cili Api. Idea ini tercetus apabila tengah skroll facebook dan terjumpa dengan posting jualan ikan keli salai. Setelah berunding, rupanya agen tinggal satu taman. Apa lagi terus deal untuk dapatkan sebungkus. Sebenarnya lama tidak makan makanan yang bersalai sejak pkp ni. Kalau tak, dulu kalau teringin , terus start enjin kereta dan pergi ke Negeri Sembilan. Tapi kali ini, masak sendiri lebih baik , memandangkan ikan keli salai pun ada stok.
Sis gunakan ikan keli salai seperti gambar di bawah , murah dan harga mampu milik. 6 – 7 ekor iakn salai berharga RM15.00 sebungkus. Kebetulan pasangan pun suka ikan salai, jadi sis grab untuk masak.
Entri resepi masak lemak sebelum ini berkaitan dengan ikan siakap. Jadi anda boleh membacanya di link yang telah di pinkan di post ini.
Boleh baca juga : Siakap Masak Lemak Berapi.
Negeri Sembilan memang sangat terkenal dengan Masak Lemak Cili Api. Masak Lemak Cili Api ialah menu yang paling senang di masak di dalam masakan kerana bahan penyediaannya adalah sangat mudah dan tidak memerlukan garam serta gula. Selalunya resepi masak lemak cili aoi akan di tambah dengan buah belimbing buluh, tetapi memandangkan di rumah sis tiada stok , jadi daun asam akan di gantikan di dalam masakan ini.
Jom lihat bahan-bahannya:
- 20 biji cili api
- kunyit serbuk
- kotak santan 200ml
- 1 bungkus ikan salai-7 ekor ikan salai.
- daun asam pengganti pada buah belimbing
- asam jawa pengganti kepada asam keping
Cara – cara penyediaannya:
- Pertama , 20 biji cili api di blend halus.
- Kedua, di dalam kuali masukkan cili api yang telah di blend bersama-sama dengan serbuk kunyit dan masukkan 2 kotak santan dengan 1 cawan air. Kacau rata.
- Ketiga, masakkan di atas api dengan berhati-hati. Masukkan asam jawa dan tunggu sehingga kuah masak lemak masak sehingga mendidih.
- Keempat, masukkan sebungkus ikan salai bersama-sama dengan daun asam. Ratakan kuah di atas ikan dan biarkan sebentar sehingga mendidih.Kemudian tutup api.
- Sedia di hidangkan.
Penutup:
Didalam masakan masak lemak ikan salai ini, sis tidak gunakan garam. Hal ini kerana, di ikan salai tersebut telah di perasakan garam dengan secukupnya. Jadi mudah dan tidak perlu kita untuk teragak-agak sukatan garam yang di perlukan.
Masakan salai adalah menu paling mudah, cepat dan paling penting tidak perlu penambahan apa-apa bahan seperti garam, ajinomoto , serai dan sebagainya. Sajian paling cepat dan menambah nasi apabila kita nikmatinya.
sekian entri kali ini.
Leave a Reply