Daging Salai Balado, Menu Kegemaran Suami.
Assalammualaikum dan hai.
Apabila di sebut balado, ia merupakan makanan minang, di mana bahan-bahannya yang cukup kick dan sedap di makan dengan nasi panas sehingga peluh berjuntai-juntai jatuh membasahi dari kepala sehingga ke badan.
Makanan balado ini, merupakan feveret untuk suami penulis. Masak hari-hari pun tak jemu sebab dia yang suka.
Justeru. pada artikel kali ini, penulis akan kongsikan salah satu masakan balado yang menjadi feveret encik suami, iaitu daging salai balado.
boleh baca juga : Daging Salai Homemade Masak Gulai Cili Api.
Daging salai ini penulis beli dari sahabat baik, di mana dia buat sendiri dan paling best harga murah, bayangkan 500gram RM22, ia sudah cukup murah dan berbaloi untuk makan 3 orang,
Dalam artikel ini, penulis akan kongsikan bahan-bahan serta cara untuk memasak yang simple dan anda yang tidak reti masak pun, akan pandai masak.
Daging Salai Balado, Menu Kegemaran Suami.
Bahan-bahannya ialah :
- 500gram daging salai
- 1/2 biji tomato
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu cili kering yang telah di kisar
- 5 biji cili merah besar
- 3 biji cili merah kecil yang pedas
- 1/4 inci halia
- 1 batang serai
- minyak masak.
- 1 keping asam keping
- garam
- ajinomoto
Cara awalan penyediaan Daging Salai Balado
Pertama, kisar bahan-bahan ini;
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu cili kering yang telah di kisar
- 5 biji cili merah besar
- 3 biji cili merah kecil yang pedas
- 1/4 inci halia
Kedua, 1/2 biji tomato di cincang dadu
Ketiga, 1 batang serai di ketuk.
Keempat, 500 gram gading salai di defrost.
Cara -cara memasak Daging Salai Balado, Menu Kegemaran Suami.
Pertama, panaskan minyak di dalam kuali, gorengkan sekejap 500 gram daging salai tersebut sehingga naik bau. Selepas itu, angkat dan toskan minyak.
Kedua, gunakan minyak yang sama, masukkan serai yang telah di keti tadi. Tumis sehingga naik abu. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah di kisar tadi. Masukkan juga tomato yang telah di cincang. 1 keping asam keping, 1 sudu garam kasar dan ajinomoyto. Biarkan sehingga masak dan mendidih dan sambal menjadi pekat.
Ketiga, masukkan daging salai yang telah di goreng tadi, kacau sehingga sebati dan tutup api. Boleh terus di hidangkan makan dengan nasi putih beserta hidangan sampingan timun dan salad.
Sekian, entri resepi kali ini.
oo ye, jika anda ingin sihat dan ingin gantikan gula putih sebagai pemanis, penulis sarakan anda beli gula kurma asli 100% dari kurma tanp ada bahan gula putih.
Gula kurma int3tree amat sesuai untuk individu yg mengalami masalah pengambilan gula terutama mereka yg mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis yang terkawal dan masalah pengambilan gula.
Ganti gula putih anda dgn gula kurma dari Int3tree. Lebih berkhasiat dgn rasa yg lebih uhm gituu
Dapatkan segera di
Tekan Untuk Call
Tekan Untuk Whatsapp
Jika anda sendiri ingin membeli produk int3tree, saya cadangkan sendiri anda mendaftar dan nikmati pelbagai diskaun serta cashback yang bernilai serta pulangan seumur hidup. Pendaftaran percuma je, anda hanya perlu daftar kemudian install apps INT3MALL kemudian, boleh shopping!
Leave a Reply