• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Daging Salai Homemade Masak Gulai Cili Api.

by shazylin
April 1, 2022April 1, 2022Filed under:
  • resepi

Daging Salai Homemade Masak Gulai Cili Api.

 

Assalammualaikum dan hai.

Entri resepi pada hari ini ialah berkenaan dengan daging salai.

Daging salai yang pastinya homemade, bukan jenis segera.

Dalam artikel yang terbaru ini, berkaitan dengan daging sahaja. Maklumlah bulan puasa bakal menjelma, orang mantai daging pun sudah ada.

Jadi penulis tidak ketinggalan juga membeli dagig untuk persiapan menyambut raya.

Kalau berkaitan dengan daging, penulis lebih suka daging lembu. Memandangkan penulis membeli 3 kg, jadi sebelum menyambut puasa, kita guna la sikit buat salai sendiri.

Di dalam artikel ini, akan di kongsikan resepi yang penulis buat sebagai makan-makan sebelum menyambut puasa.

Penulis pun ada seach di google bagaimana untuk membuat serta menghasilkannya.

Rupanya mudah sahaja dan tidak perlu untuk membuang masa bagi menyalakan api di kayu arang.

 

Cara mudah menyediakan salai daging homemade

pertama kali ialah, selepas kita mendapatkan daging tersebut, kita mesti cucikannya dengan sebersihnya. Kemudian toskan airnya bagi kering.

Sementara toskan daging yang telah di cuci tadi, kita buat pula perapannya bagi proses salai.

bahan yang mudah sahaja iaitu menggunakan kunyit hidup serta garam.

Kunyit hidup di tumbuk. Selepas itu, lumurkan pada daging tersebut bersama dengan garam.

Simpan di dalam bekas tertutup dan letakkan di dalam peti ais bahagian bawah selama 6 jam. Ini bagi memastikan segala bahan tadi serap pada daging tersebut.

 

baca juga : Lauk Bilis Untuk Sahur Simple.

 

Proses salai homemade yang mudah.

Bila di katakan homemade, jadi proses akan menjadi simple. Ini kerana, penulis hanya meggunakan kuali sahaja untuk menyalai.

Disini di kongsikan bagaimana prosesnya sehingga daging menjadi salai dan proses memotongnya. Seriusly, memang nampak juicy sangat.

Proses salai homemade yang mudah.

Proses salai homemade yang mudah.

 

selesai proses pemotongan, tiba masa yang ditunggu iaitu resepi Daging Salai Homemade Masak Gulai Cili Api.

jom kita lihat proses masakannya bagaimana.

Seperti biasa, penulis akan senaraikan bahan-bahan masakan, serta cara masakan.

 

Daging Salai Homemade Masak Gulai Cili Api.

bahan-bahannya :

  • segenggam cili api
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 keping asam keping
  • 1/2kilo daging salai yang telah di potong.
  • 1 batang serai
  • santan 250ml
  • air 150ml
  • garam
  • ajinomoto
  • ubi kentang

cara awalan penyediaan:

blendkan 2 bahan ini :

  • segenggam cili api
  • 1 1/2 inci kunyit hidup

cara masakan:

  • masukkan di dalam kuali bahan yang telah di blend bersama-sama dengan ubi kentang,  asam keping serta daging salai. Masak dengan menggunakan api sederhana sehingga kering.
  • Selepas itu, masukkan 1 kotak santan 250 ml, kacau sebati.
  • Masukkan air 150ml. Kacau sebati dan perasakan dengan garam dan ajinomoto
  • Masak sehingga mendidih dan santan masak
  • siap untuk di hidangkan.

 

Di bawah, penulis kongsi gambar -gambar sehingga selesai memasak resepi tersebut.

Daging Salai Homemade Masak Gulai Cili Api.

 

 

 

Tagged:
  • Daging Salai Homemade

Post navigation

Previous Post Portal Pengeluaran Khas KWSP.
Next Post Telekung Jannah Kanak-Kanak Hasnuri.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2026 · Shazylin.com