Portal Pengeluaran Khas KWSP.
Assalammualaikum dan hai.
Info artikel hari ini adalah berkaitan dengan pengeluaran khas kwsp bagi rakyat malaysia yang inginkan pengeluaran wang tersebut dari caruman mereka.
Jika anda baca artikel yang lepas, ada penulis ceritakan , apabila di sebut kwsp, maka Perdana Menteri kita telah memberikan berita baik atau pun durian runtuh kepada rakyat Malaysia.
Penulis yakin, anda semua sudah pasti tidak sabar dan tidak akan melepaskan peluang yang jarang di beri ini.
Perdana Menteri kita Dato Seri Ismail Bin Sabri telah mengumumkan berita , di mana kerajaan telah meluluskan KWSP Pengeluaran Khas RM10000.00.
baca sini : KWSP Pengeluaran Khas RM10000.00
Jadi di dalam artikel ini, penulis akan kongsikan mengenai Portal Pengeluaran Khas KWSP.
Untuk memudahkan anda bagi membuat permohonan pengeluaran wang simpanan anda, Maka KWSP telah melaksanakan satu laman web khas yang hanya akan boleh di akses pada 1/4/2022 ini.
Bagaimana untuk akses Portal Pengeluaran Khas KWSP Tersebut?
Untuk mengakses laman web tersebut, anda perlu klik pada pengeluarankhas.kwsp.gov.my
kemudian anda perlu mengisi maklumat yang di perlukan.
Untuk memastikan anda berjaya membuat permohonan, ahli perlu pastikan bahawa akaun bank yang di berikan semasa permohonan adalah aktif dan pengeluaran adalah di atas nama ahli sahaja.
Berikut dikongsikan perincian Pengeluaran Khas KWSP RM10000.00:
- Terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
- Tarikh permohonan online bermula 1-30 April 2022
- Tarikh bayaran bermula 20 April 2022
- Jumlah pengeluaran maksimum RM10K, minimum RM50*
*Jumlah pengeluaran tertakluk baki Akaun 2 (Akaun 1 diakses jika tidak cukup)
Semakan status permohonan Pengeluaran Khas KWSP.
Anda boleh membuat semakan status permohonan anda pada 9hb april di portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my
Sekiranya anda lulus, KWSP akan membayar anda lump sum pada 20hb April
Maklumat lanjut mengenai kemudahan pengeluaran khas boleh diperoleh dengan menggunakan kemudahan ‘Ask ELYA’ dalam laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848, bermula 1 April ini.
Kesimpulan
Diharap dengan kelulusan lampu hijau yang di berikan oleh kerajaan, rakyat malaysia haruslah bijak dan sentiasa berjimat cermat apabila melakukan pengeluaran ini.
Selain berbelanja untuk perbagai persiapan, boleh juga kita mengambil sedikit dari pengeluaran tersebut untuk kita buat simpanan khususnya di dalam ASB bagi kita meraih dividen kita sebagai simpanan kecemasan .
Gunalah akal fikiran yang waras ketika kita memagang duit kwsp kita. Jangan di beli benda yang bukan-bukan.
Leave a Reply