• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

KWSP Pengeluaran Khas RM10000.00

by shazylin
March 16, 2022Filed under:
  • info

KWSP Pengeluaran Khas RM10000.00

Assalammualaikum dan hai.

Artikel info kali ini berkaitan dengan satu berita gembira yang paling lama di nantikan khususnya bagi rakyat Malaysia yang sangat memerlukan wang pengeluaran sehingga RM10,000.00.

Terbaru, Perdana Menteri kita  Dato Seri Ismail Bin Sabri telah mengumumkan berita , di mana kerajaan telah meluluskan KWSP Pengeluaran Khas RM10000.00.

Ramai rakyat berasa lega dan turut bersyukur apabila pengumuman itu di buat.

Almaklumlah, permulaan sesi persekolahan 2022, sambutan puasa serta penyediaan hari raya sudah hampir menjelma, jadi bantuan pengeluaran tersebut sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban penduduk Malaysia pada ketika ini.

Berita mengenai  Pengeluaran RM10000.00 telah lama di perjuangkan oleh Ketua Pemuda UMNO, iaitu Dato Seri Asyraf Wajidi Dusuki. Di harap segala beban rakyat dapat di ringankan melalui berita yang gembira ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun keputusan itu sukar dibuat kerana membabitkan simpanan hari tua rakyat, namun pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan

 

Berikut dikongsikan perincian Pengeluaran Khas KWSP RM10000.00:

  • Terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
  • Tarikh permohonan online bermula 1-30 April 2022
  • Tarikh bayaran bermula 20 April 2022
  • Jumlah pengeluaran maksimum RM10K, minimum RM50*
    *Jumlah pengeluaran tertakluk baki Akaun 2 (Akaun 1 diakses jika tidak cukup)

Bagaimana Cara Memohon Pengeluaran Khas Ini?

Permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun akan bermula 1 April ini dan berakhir pada hujung bulan depan.

Ismail Sabri dalam Sidang Media Khas mengumumkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik Covid-19.

Anda boleh sentiasa layari https://www.kwsp.gov.my/home untuk segala maklumat terkini mengenai pengeluran khas tersebut.

 

 

Diharap dengan kelulusan lampu hijau yang di berikan oleh kerajaan, rakyat malaysia haruslah bijak dan sentiasa berjimat cermat apabila melakukan pengeluaran ini.

Selain berbelanja untuk perbagai persiapan, boleh juga kita mengambil sedikit dari pengeluaran tersebut untuk kita buat simpanan khususnya di dalam ASB bagi kita meraih dividen kita sebagai simpanan kecemasan .

Gunalah akal fikiran yang waras ketika kita memagang duit kwsp kita. Jangan di beli benda yang bukan-bukan.

Sudah alang-alang korang keluarkan KWSP 10K, apa kata mana yang belum memohon subsidi carseat, anda boleh membuat permohonan carseat. Anda boleh bayar sekurangnya separuh dari harga sebenar carseat untuk anak anda juga.

Baca sini : Cara Mohon Subsidi Carseat Anak.

Tagged:
  • https://www.kwsp.gov.my/home
  • KWSP RM10000.00
  • Pengeluaran Khas KWSP RM10000.00

Post navigation

Previous Post Famous Amos Cookies Sedap.
Next Post Telekung Kanak-Kanak Murah Annisaa.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2026 · Shazylin.com