• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Cara Mohon Subsidi Carseat Anak.

by shazylin
March 6, 2022March 6, 2022Filed under:
  • info

Cara Mohon Subsidi Carseat Anak.

 

Assalammualaikum dan hai.

Artikel info kali ini adalah berkaitan dengan carseat bayi. Sepertimana kita ketahui, di dalam bajet 2022 yang telah di umumkan pada penghujung tahun 2021 yang lepas, di mana kerajaan telah menyediakan bantuan subsidi carseat bagi golongan rakyat B40 bagi menggalakkan penggunaan dan pemasangan carseat bayi di dalam kereta .

Kemalangan meibatkan bayi telah banyak di rekodkan dan hamoir semuanya adalah berpunca dari tidak memasang carseat bayi di dalam kereta.

 

Apakah itu Subsidi carseat?

 

Program subsidi carseat keselamatan kanak-kanak (MyCRS) Keluarga Malaysia merupakan program subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak kepada golongan B40. Ia merupakan program subsidi kepada rakyat Malaysia demi meningkatkan keselamatan kanakkanak yang menaiki kenderaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Tempoh pendaftaran dan permohonan adalah bermula pada 1/3/2022-30/9/2022.

 

Golongan yang layak bagi Mohon Carseat Anak.

 

Sebelum anda  membuat permohonan subsidi ini, perkara pertama yang anda kena buat ialah melakukan semakan kelayakan terlebih dahulu.

Anda boleh membuat semakan kelayakan di http://www.mycrs.gov.my/orangawam/check

a. Penerima bantuan dari kalangan B40 kategori isi rumah
b. Berkahwin dan mempunyai anak / anak angkat / anak jagaan berusia kurang daripada
12 tahun
c. Ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak berusia kurang daripada 12
tahun
d. Anak angkat mestilah berdaftar dengan JPN
e. Warganegara yang menetap di Malaysia

 

Bagaimana Cara Mohon Subsidi Carseat Anak.

Pasti tertanya-tanya bagaimana untuk kita memohonnya bagi yang layak?

Caranya mudah sahaja, iaitu anda hanya perlu layari dan perlu membuat permohonan di laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 1 Mac sehingga 30 September 2022.

Akan keluar borang permohonan iaitu http://www.mycrs.gov.my/orangawam/application

 

Keputusan permohonan boleh disemak bermula 1 April 2022 bagi permohonan sebelum 31 Mac 2022. Seterusnya, bagi permohonan selepas 1 April 2022, keputusan permohonan boleh disemak selepas tiga (3) hari bekerja.

 

Untuk pengetahuan anda, dengan adanya subsidi carseat ini, maka secara tidak langsung akan dapat meringakan beban ketua keluarga kita. Ini kerana, umlah subsidi yang diberikan di bawah program ini adalah sebanyak potongan 50% atau sehingga maksimum RM150 daripada harga jualan.

 

Permohonan subsidi carseat ini hanya layak memohon satu sahaja bagi setiap satu keluarga.

 

Tempoh sah tuntutan subsidi adalah selama dua (2) bulan daripada tarikh permohonan anda berjaya. Walaubagaimanapun, digalakkan membuat pembelian awal kerana subsidi ini atas dasar siapa cepat dia dapat. Ini kerana kuota pembelian subsidi adalah terhad kepada 188,000 penerima. Oleh demikian, pemberian subsidi adalah bergantung kepada tarikh dan masa pembelian, BUKAN pada tarikh pendaftaran.

 

sekian, entri untuk kali ini. Sekiranya ada yang berhajat untuk mencari telekung yang cantik, maka anda boleh la singgah baca di

baca sini : Telekung Nekma Pilihan Masa Kini.

Tagged:
  • Cara Mohon Subsidi Carseat.
  • http://www.mycrs.gov.my/orangawam/application
  • http://www.mycrs.gov.my/orangawam/check
  • www.mycrs.gov.my

Post navigation

Previous Post Agar-Agar Kering Lebaran 2022.
Next Post Bayi Kuning? Ini Caranya!.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com