• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Agar-Agar Kering Lebaran 2022.

by shazylin
March 3, 2022Filed under:
  • resepi

Agar-Agar Kering Lebaran 2022.

 

Assalammualaikum dan hai.

Dimusim lebaran yang bakal tiba menjelang beberapa bulan lagi, menu yang bakal penulis kongsikan ini tetap lagend di para hati pencinta juadah lebaran 2022.

Juadah yang penulis kongsikan ini, tetap menjadi pilihan walaupun ia adalah menu pada zaman dahulu kala.

Resepi agar-agar kering masih lagi terkenal pada lebaran 2022.

 

BACA JUGA : Biskut Arab @ Makmur Raya.

 

Agar-agar kering ini sangat sukar di hasilkan, kerana ia perlu di keringkan di bawah matahari terik bagi menghasilkan ketahanan kualiti yang tahan lama.

Selalunya makanan ini  amat popular di negeri pantai timur dan utara.

Rasanya sedap dan enak.

Pada asasnya dibuat seperti biasa, tetapi dengan tambahan menggunakan gula batu dan bukannya gula pasir. Lebih dari satu warna dihasilkan dan daun pandan digunakan bagi menimbulkan bau wangi. Kemudian apabila telah menjadi keras, ia dipotong pada saiz potongan yang bersesuaian. Saiz potongan tersebut biasanya akan berkurangan selepas dijemur kerana ia akan menjadi kering apabila telah lama di keringkan.

 

baca juga : Biskut Cornflakes Crunchy Raya.

 

Jom, tanpa buang masa, penulis kongsikan resepinya. Bolehlah anda cuba untuk membuatnya.

Seperti biasa, akan di kongsi bahan-bahan, cara penyediaan dan kaedah memasak.

 

Pertama kali kita lihat dahulu bahan-bahannya adalah seperti berikut:

Senarai Bahan-Bahan Agar-Agar Kering Lebaran 2022.

  • 100gram agar-agar
  • 1 liter air
  • 1kg gula pasir
  • 100gram gula batu
  • 1/2 sudu teh pewarna hijau
  • 1/2 sudu teh pewarna merah
  • 1/2 sudu teh pewarna kuning

 

Cara-Cara Menyediakan ;

Pertama, didihkan1 liter  air di dalam periuk besar. Selepas itu, rendamkan 100gram agar-agar bersama-sama dengan 1kg gula pasir dan 100gram gula batu. Didihkan kesemua bahan menjadi larut.

Kedua. selepas kesemua bahan menjadi larut, bahagikan larutan kepada tiga adunan iaitu untuk warna hijau, merah dan kuning. Selepas di bahagikan, letakkan setiap bekas dengan pewarna yang anda inginkan.

Didihkan sehingga masak dan biarkan ia mengeras dengan jayanya.

Setelah agar-agar mengeras, potong secara nipis untuk di jemur di bawah matahari yang terik.

Selalunya, pembuatan menu ini hanya akan di buat jika cuaca betul-betul panas. Ini kerana, jika tidak panas, agar-agar akan menjadi lembab, cendawan serta tidak tahan lama kerana ia tidak cukup kering.

Jika sudah kering, masukkan di dalam bekas kedap udara.

 

sekian, perkongsian entri bagi resepi lagend pada kali ini.

Di harap ada yang sudi membaca serta mencubanya.

 

Tagged:
  • Agar-Agar Kering
  • Agar-Agar Kering Lebaran 2022.

Post navigation

Previous Post Tart Gulung Pandan Nanas.
Next Post Cara Mohon Subsidi Carseat Anak.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2026 · Shazylin.com