• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Biskut Arab @ Makmur Raya.

by shazylin
February 25, 2022February 25, 2022Filed under:
  • Review

Biskut Arab @ Makmur Raya.

Assalammualaikum dan hai.

Berjumpa lagi kita di dalam entri resepi. Resepi kali ini masih lagi mengenai biskut. Maklumlah tidak lama lagi munculnya ramadhan dan seterusnya raya.

Pada entri yang lepas, penulis ada payungkan biskut cornflakes. Penulis lampirkan link untuk anda klik.

BACA JUGA : Biskut Cornflakes Crunchy Raya.

 

Biskut Arab atau lebih femes di panggil bikut makmur merupakan biskut yang nampak gebu, suci dan cair di mulut apabila di makan.

Usah di tanya penulis, kenapa di panggil biskut arab. Mungkin rupanya seolah olah ia berasal dari negara sana. Penulis panggil biskut arab emirate bersatu je.

Biksut ini juga merupakan antara paling popular di musim raya. Ia setaraf dengan almond london.  Sukatan untuk buatnya pun senang dan tidak memeningkan kepala.

Jom, tanpa buang masa, penulis kongsikan resepinya. Bolehlah anda cuba untuk membuatnya.

Seperti biasa, akan di kongsi bahan-bahan, cara penyediaan dan kaedah memasak.

 

Pertama kali kita lihat dahulu bahan-bahannya adalah seperti berikut:

Senarai Bahan-Bahan Biskut Arab @ Makmur Raya.

 

bahan-bahan asas:

  • 1kg tepung gandum
  • 400gm minyak sapi
  • gula aising secukupnya.

 

bahan-bahan inti:

  • 500gm kacang tanah
  • 200gm gula aising.

 

Cara-Cara Awalan:

  • pertama, untuk bahan asas, 1kg tepung gandum mesti di ayak dahulu. Kemudian ketepikan.

 

  • Kedua, untuk bahan inti, 500gm kacang tanah mestilah di goreng sehingga masak. Kemudianm tapiskan kulit kacang tanah tersebut. Apabila kacang tanah sudah sejuk, tumbuk atau blendkan kacang tanah tersebut sehingga halus. Blend kesemuanya. Apabila sudah selesai, masukkan di dalam satu bekas dan gaul dengan 200gm gula aising. Gaul gula aising dan kacang tanah tersebut sehingga sebati, kemudian ketepikan.

 

 

Cara-cara membuat Biskut Arab @ Makmur Raya.

Pertama, 1 kg teoung gandum yang telah di ayak tadi, di masukkan dengan 400 gm minyak sapi. Gaul dan satukan bahan ini sehingga rata.

Kemudian, bentukkan bahan ini menjadi bulat-bulat dan ketepikan seketika.

Selepas itu, leperkan tepung yang telah di bulat tadi, dan masukkan inti yang telah kita siapkan pada awal tadi. Ibarat seperti kita ingin buat kuih gula melaka. Masukkan inti kedalamnya. Kemudian, bulatkan kembali adunannya supaya menjadi bulat.

Kemudian, letak di dalam cawan kertas dan Sediakan dulang untuk meletakkan adunan tersebut.

Sediakan oven pada suhu 170 darjah celcius. Bakar biskut tersebut  dalam 15-20 minit sehingga masak.

Setelah siap di bakar, salutkan biskut tersebut dengan serbuk gula aising. dan Boleh di simpan di dalam bekas.

Rasa kuih Biskut Arab @ Makmur Raya ialah anda akan merasa pada mula-mula masuk mulut, kecairan gula aising dan kemudian, rasa kacang tanah yang sedap.

Sekian, entri kali ini. Selamat mencuba untuk membuatnya.

Tagged:
  • Biskut Arab @ Makmur Raya.

Post navigation

Previous Post Biskut Cornflakes Crunchy Raya.
Next Post Tart Gulung Blueberry Gebu.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2026 · Shazylin.com