• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Biskut Cornflakes Crunchy Raya.

by shazylin
February 25, 2022Filed under:
  • resepi

Biskut Cornflakes Crunchy Raya.

Raya yang bakal menjelang dan kunjung tiba, menaikkan semangat para ibu dan si dara untuk menyenaraikan apakah menu biskut raya yang mesti ada di atas meja menjelang lebaran nanti.

Ada yang memenuhi keinginan si anak-anak dan bertungkus lumus membakar kuih raya, dan ada juga yang hanya membeli yang siap sahaja.

Apabila di sebut tentang cornflakes, ia adalah kepingan emping yang di gunakan untuk pelbagai sarapan dan boleh juga di olah untuk di jadikan sebagai biskut raya.

Antara koleksi juadah raya yang mesti ada di rumah adalah cornflakes madu.

Sebelum ini, ada penulis kongsikan resepi biskut cornflakes madu. Anda boleh klik di sini :

 

BACA SINI : Biskut Raya Cornflakes Madu.

 

Selain dari conrflakes madu, pernah tak nada terfikir yang cornflakes juga boleh di jadikan cookies dengan menggunakan bahan-bahan yang simple?

Disini penulis akan kongsikan resepi Biskut Cornflakes Crunchy Raya.

Apabila di sebut crunchy, mesti sudah terbayang di saat kita mengunyah cornflaes yang di adun dengan tepung dan di bakar sehingga bau satu rumah. Apabila kita NGAP! terus jatuh cinta dengan biskut ini.

Seperti biasa, akan di kongsi bahan-bahan, cara penyediaan dan kaedah memasak.

Pertama kali kita lihat dahulu bahan-bahannya adalah seperti berikut:

Senarai Bahan-Bahan Biskut Cornflakes Crunchy Raya.

  • 170gm gula kastor
  • 250gm mentega
  • 2 biji kuning telur
  • esen vanilla
  • 160gm tepung gandum
  • 200gm tepung jagung
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 180gm conrnflakes

Cara-Cara Awalan:

  • Ayak kedua-kedua tepung iaitu tepung jagung dan tepung gandum. Masukkan kedalam satu bekas.Ketepikan.
  • 180gm cornflakes di ramas kasar, jangan terlalu hancur nanti rasa crunchy serta rasa asli cornflakes akan hilang.Kemudian ketepikan.

Cara-cara membuat Biskut Cornflakes Crunchy Raya.

  • Masukkan 170gm gula kastor dan 250gm mentega kedalam bekas . Pukul 2 bahan ini sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan  sedikit esen vanilla dan 2 biji kuning telur. Pukul semula bahan tersebut.
  • Ketiga, masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah di ayak tadi kedalam bahan yang telah di pukul tadi.
  • Masukkan juga cornfakes dan juga 1/2 sudu serbuk penaik.
  • Gaul kesemua bahan sehingga sebati. Penulis gunakan tangan sahaja untuk gaul sehingga sebati. Apabila teah sebati, sediakan sudu dan loyang pembakar.
  • Sediakan loyang dan taburi sedikit tepung gandum di atas loyang tersebut. Kemudian, ambik adunan yang telah sebati dan gunakan sudu untuk letakkan di atas loyang. Jika anda rajin, boleh letakkan potongan buah ceri di atas setiap bentuk biskut yang telah di bentuk tersebut.
  • Sediakan oven  pada suhu 180 darjah celcius dan biskut di bakar dalam masa 10-15 minit sahaja.

Apabila telah siap, anda boleh susun di dalam balang untuk persiapan raya.

 

sekian, perkongsian kali ini.

Tagged:
  • Biskut Cornflakes
  • Biskut Cornflakes Crunchy Raya.

Post navigation

Previous Post Nasi Goreng Bawang Putih.
Next Post Biskut Arab @ Makmur Raya.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com