• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Biskut Raya Cornflakes Madu.

by shazylin
February 22, 2022Filed under:
  • resepi

Biskut Raya Cornflakes Madu

Assalammualaikum.

Siapa sini terasa ambang ramadan? Bila sebut ramadan pasti akan tiba syawal. Maka para ibu serta si dara akan bertungkus lumus untuk menyiapkan biskut raya.

Apabila di sebut biskut raya, maka akan berhubung dengan sel sela otak pelbagai jenis biskut raya.

Jadi dalam entri kali ini, penulis akan kongsikan salah satu resepi biskut raya yang sentiasa di cari orang dan di gemari oleh ramai orang tidak kira kanak-kanak dan dewasa.

Yang pastinya, bahan-bahannya mudah dan harga untuk mendapatkannya pun begitu marhein.

Penulis akan kongsikan tentang Biskut Raya Cornflakes Madu Crunchy.

Bagi yang meminati cornflakes madu, anda patut untuk mencuba resepi ini.

Seperti biasa, akan di kongsi bahan-bahan, cara penyediaan dan kaedah memasak.

Pertama kali kita lihat dahulu bahan-bahannya adalah seperti berikut

boleh baca juga : Menu Buka Puasa Nasi Goreng Kambing.

 

Senarai Bahan-Bahan Biskut Raya Cornflakes Madu.

  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar gula perang
  • 1/2 cawan madu
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 200gm cornflakes
  • 2 sudu besar hiasan buah cherry
  • 2 sudu besar hiasan kacang badam

 

Cara-cara membuat Biskut Raya Cornflakes Madu.

  • Pertama masukkan
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar gula perang
  • 1/2 cawan madu
  • 1/4 cawan susu pekat

ke dalam periuk, masak dengan api sederhana.

  • Kedua, apabila kesemua bahan tadi telah mendidih dan larut,keluarkan kesemua bahan dari periuk td, dan tuang ke dalam bekas.  masukkan pula cornflakes dan badam bersama. Gaul sehingga rata.
  • Ketiga, sendukkan sesudu cornflakes yang telah sebati tadi dan masukkan ke dalam acuan kertas. Taburkan juga potongan buah cherry bagi menampakkan seri pada kuih cornflakes tersebut.
  • Keempat, susun kesemua cornlakes yang telah di masukkan ke dalam acuan bekas tadi di atas dulang pembakar.
  • Kelima, bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 2 minit. Apabila sudah naik bau, keluarkan dari ketuhar, dan sejukkan.
  • Apabila sudah sejuk, boleh susun di dala bekas plastik yang telah di sediakan.

 

Hasil kuih yang di bakar adalah seperti berikut, anda akan lihat betapa crunchy serta ranggup kuihnya. Penulis gelar ia sebagai cornflakes crunchy seksi. Biskut ini apabila kita makan,  si pemakan tidak akan sedar sudah berapa banyak kuih yang telah habis dan selesai di kunyah di dalam mulut. Ini kerana, keenakan serta crunchy membuatkan akan tidak sedar, tengok tengok habis sebalang.

Biskut Raya Cornflakes Madu.

anda boleh mencuba untuk membuatnya,

 

sekian, perkongsian entri adari penulis tentang resepi biskut raya.

 

 

Tagged:
  • Biskut Cornflakes Madu
  • Biskut Raya Cornflakes Madu Crunchy.
  • Cornflakes Madu

Post navigation

Previous Post Telekung Fatima Cantik Hayda Scarf.
Next Post Acar Timun Simple Bulan Puasa.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com