Acar Timun Simple Bulan Puasa.
Assalammualaikum dan hai.
Siapa disini suka makan nasi beriani. Kalau anda peminat nasi beriani, maka anda akan jumpa salah satu pelengkap kepada nasi beriani , iaitu acar timun.
Menu yang simple, tapi begitu malas untuk di sediakan.
Walaupun simple, tapi penulis ingin share juga, mana tahu boleh di jadikan rujukan buat si dara untuk ke dapur.
Sebelum penulis teruskan dengan penerangan mengenai acar timun, jom penulis kongsikan apa kebaikan timun.
Apabila di sebut timun, ia merupakan sayur sayuran yang bersifat sejuk .
Ramai yang suka makan timun begitu sahaja dan ada yang buat acar timun dan sebagai masker.
BACA JUGA : Menu Buka Puasa Nasi Goreng Kambing.
Timun mengandungi perbagai nutrisi yang mampu menjaga dan meningkatkan kesihatan tubuh. Antara kebaikan timun terhadap kesihatan tubuh manusia ialah:
1. Elakkan badan kita terhisrasi dengan cepat
Sekiranya kita terlalu sibuk untuk minum air secukupnya, kita boleh terus makan timun yang sejuk kerana timun yang sejuk mengandungi 99% air.
2. Singkirkan toksik
Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai ‘penyapu’ yang akan membersihkan semua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh kita. Dikatakan dengan memakan timun secara kerap, ia dapat melarutkan batu karang.
3. Kecantikan untuk kulit
Timun merupakan sayuran yang mengandungi potasium, magnesium dan silikon yang tinggi. Oleh sebab itu, kita dapat lihat kebanyakan pusat spa menggunakan timun sebagai bahan untuk kecantikan.
4.Kaya dengan pelbagai jenis vitamin.
Timun mengandungi semua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita sehari iaitu vitamin A, B, dan C yang menggalakkan sistem imunisasi agar lebih bertenaga dan berseri. Timun ini lebih sesuai dijadikan jus minuman yang dicampurkan dengan lobak merah dan daun bayam. Jus ini elok untuk kulit kerana ia mengandungi 12% vitamin C yang mana cukup untuk keperluan kulit kita dalam sehari.
Demikian serba sedikit mengenai khasiat timun. Okey, sekarang jom penulis kongsikan secara ringkas resepi Acar Timun Simple Bulan Puasa.
Antara bahan Acar Timun Simple Bulan Puasa.
- 1 batang timun
- 1 biji tomato
- 1 biji bawang besar
- 1 biji cili merah
- 1 biji cili hijau
- 5 biji cili padi
- 2 tangkai daun ketumbar
- 2 tangkai daun pudina
- 1/2 sudu garam halus
- 2 sudu kecil gula pasir.
Cara Awalan Penyediaan Acar Timun Simple Bulan Puasa.
- 1 batang timun di buang kulit serta di buang biji. Kemudian timun di potong segi empat. Selesai , anda rendamkan timun tadi selama 5 minit di dalam air sejuk dan tapiskan.
- 1 biji tomato dan 1 biji bawang besar di potong dadu.
- 1 biji cili merah, 1 biji cili hijau dan 5 biji cili padi di buang biji dan di hiris nipis.
- 2 tangkai daun pudina dan daun ketumbar di hiris halus-halus.
Cara-cara memasak Acar Timun Simple Bulan Puasa.
- Sediakan 1 bekas mangkuk yang besar.
- Satukan kesemua bahan (rujuk cara awalan penyediaan) di dalam 1 bekas mangkuk yang besar bersama-sama dengan 1/2 sudu garam halus dan 2 sudu kecil gula pasir.
- Gaulkan kesemuanya sehingga rata.
- Sedia untuk Dihidangkan.
Leave a Reply