Nasi Goreng Bawang Putih.
Hai uools .. Pening kepala ke nak fikir buat apa dengan nasi putih yang ada lebih dekat dalam periuk nasi tu.
Boring kan, asyik asyik menu nasi goreng yang sama je. tekak pun kembang.
Okey, jom penulis kongsikan menu sihat dan simple iaitu Nasi Goreng Bawang Putih Sedap.
Kenapa bawang putih? Ini kerana untuk menu ini, hanya guna bawang putih sahaja, tanpa melibatkan bawang merah taw. Kan senang kerja nya tu.
Sebelum itu, penulis kongsikan apa kebaikan bawang putih. Korang perasan tak, kaum cina suka melebihkan bawang putih di dalam masakan diaorg. Korang tanya, mana penulis tahu? Mudah je, sebab kejiranan penulis hampir semua bangsa cina, jadi apabila mereka memasak, memang bau tumisan akan sampai ke rumah penulis.
boleh baca juga : Nasi Goreng Kambing.
Khasiat bawang putih.
Bawang putih juga diperkaya dengan Vitamin B1, B2, B3, B6, vitamin C, zat besi, magnesium, mangan, fosfor, kalium, natrium.
Antara khasiat atau kebaikan bawang putih ialah :
Membersihkan darah kotor.
Cuba anda perhatikan kenapa kulit anda sentiasa ada jerawat? Ini kerana, terdapat banyak sisa sisa toksik di dalam saluran darah kita melalui pemakanan harian kita. Jadi cara terbaik , adalah dengan mengamalkan makan bawang putih, iaitu dengan membakarnya dan makan. Ia bukan sahaja elok untuk dalaman kita tetapi juga kita akan merasai pembuangan angin apabila kita memakannya.
Sembuhkan batuk dan selesema
Pada musim covid-19 ini, adalah seeloknya jika anda ada sedikit simptom seperti batuk dan selesema, penulis sarankan, cuba anda ambik 2-3 ulas bawang putih, kemudian di campur dengan air suam dan letakkan sedikit madu. Cubalah, anda akan merasai ia dapat meredakan hidung anda dari tersumbat akibat selesema.
Pencegah Penyakit Jantung
Mengkonsumsi bawang putih setiap hari (dalam makanan atau mentah) dapat membantu untuk menurunkan kadar kolesterol karena sifat anti-oksidan. Bawang putih juga sangat bermanfaat untuk mengatur tekanan darah dan gula darah.
Membunuh Bakteri Jahat yang Ada dalam Tubuh
Kandungan yang ada dalam tubuh dapat membunuh bakteria berbahaya yang ada dalam tubuh. Bawang putih lebih berkhasiat dibandingkan dengan bawang merah.
Pencegah Kanser
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa jika kita mengamalkan memakan bawang putih setiap hari , maka ia dapat mencegah kanser perut dan usus. Bawang putih dapat memperkuat kekebalan tubuh terhadap kanser.
Demikian khasiat bawang putih. Ok tanpa membuang masa, penulis kongsikan resepi ini.
Antara bahan-bahan Nasi Goreng Bawang Putih.
- 2 ulas bawang putih
- 5 helai daun pudina
- 2 helai daun selasih
- 2 sudu besar minyak masak
- 2 cawan nasi putih
- 1 sudu kecil serbuk stok ayam
- 1 sudu besar kicap masin
- 1 sudu besar bawang goreng
Cara awalan penyediaan Nasi Goreng Bawang Putih.
Pertma ialah 2 ulas bawang putih dicincang halus
Kedua, 5 helai daun pudina dan 2 helai daun selasih di hiris nipis memanjang.
Cara Memasak Nasi Goreng Bawang Putih.
- Panaska minyak masak 2 sudu di dalam kuali.
- Tumis 2 biji bawang putih yang sudah di cincang halus seketika dan masukkan dua cawan nasi putih bersama dengan 1 sudu kecil serbuk stok ayam beserta dengan 1 sudu kicap masin.
- Gaul nasi sehingga sebati.
- Kemudian masukkan 5 helai daun pudina dan 2 helai daun selasih yang telah di potong nipis memanjang. Gaul dan padamkan api.
- Sedia di hidangkan. Taburkan bawang goreng untuk menambahkan lagi kesedapannya.
Leave a Reply