• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Tart Gulung Pandan Nanas.

by shazylin
March 2, 2022March 2, 2022Filed under:
  • resepi

Tart Gulung Pandan Nanas

 

Assalammualaikum dan hai.

Tengah buat kuih raya ke tu ? Kuih apa yang dibuatnya untuk kudapan agaknya?.

Menjelang ingin puasa dan seterusnya raya, pasti ada di kalangan anda di sini adalah penjual biskut raya.

Pada artikel yang lepas, ada penulis kongsikan resepi tart gulung blueberry gebu. Anda boleh klik di link ini :

Tart Gulung Blueberry Gebu.

 

Pada entri seterusnya, akan penuli kongsikan juga biskut tart, tetapi menggunakan perisa pandan. Siapa yang peminat tegar biskut tart, anda wajib mencuba tart perisa pandan pula. Mana tahu terjatuh cinta pula kan.

Menggunakan bahan yang sama seperti bahan biskut tart yang lain, yang membezakan adalah ia berwarna hijau berbau pandan dan berintikan jem nanas yang super sedap dan tidak masam.

Jadi, dalam artikel ini akan di kongsi resepinya.

Sukatan untuk buatnya pun senang dan tidak memeningkan kepala.

Jom, tanpa buang masa, penulis kongsikan resepinya. Bolehlah anda cuba untuk membuatnya.

 

Pertama kali kita lihat dahulu bahan-bahannya adalah seperti berikut:

Senarai Bahan-Bahan Tart Gulung Pandan Nanas.

Bahan Asas :

  • 250gram mentega
  • 150gram gula aising
  • 1 sudu teh esen pandan
  • 1/2 sudu teh pewarna hijau

 

Bahan-bahan adunan tepung :

  • 200gram tepung gandum
  • 100gram tepung jagung
  • 100gram tepung kastard

 

bahan inti:

  • jem nanas

 

bahan hiasan:

  • sedikit kuning telur.

 

Cara-Cara Membakar Biskut Tart Gulung Pandan Nanas.

  • Pertama , sediakan bekas plastik besar, masukkan 250 gram mentega dan gula aising di dalam bekas . Kemudian pukul sehingga kembang.
  • Apabila dua bahan tersebut telah kembang, masukkan pula esen pandan dan pewarna hijau. Pukul manja sahaja sehingga sebati.
  • Ketiga, panaskan ketuhar kita pada suhu 170 darjah celcius. Sementara menunggu ketuhar panas, masukkan pula semua adunan tepung  ke dalam acuan yang telah kembang. Tepung mestilah di ayak dahulu ye.
  • Gaul kesemuanya rata dan sebati. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  • Kemudian, ambil acuan tuang semperit, paipkan adunan seperti semperit .
  • Letakkan inti jem nanas  dan gulungkan  dengan kemas.
  • Lihat jika ketuhar telah mencapai suhu 170 darjah celcius. Susun Kesemua Tart Gulung Pandan Nanas yang telah di gulungkan di atas dulang ketuhar yang ingin di bakar.
  • Sapu kuning telur pada atas permukaan kuih, supaya nampak gold keemasan.
  • Bakar kuih sehingga  naik bau dan masak.
  • Apabila kuih sudah masak, sejukkan dan susun di dalam yang di sediakan.

 

sekian, perkongsian dari saya.

Tagged:
  • Tart Gulung Pandan Nanas.

Post navigation

Previous Post Tart Gulung Blueberry Gebu.
Next Post Agar-Agar Kering Lebaran 2022.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com