Bayi Kuning? Ini Caranya!.
Assalammualaikum dan hai.
Setiap pasangan yang sudah berkahwin, mesti ternantikan seorang dua zuriat hasil dari perkahwinan yang di bina.
Anak merupakan satu ikatan yang kukuh yang dapat mengikat tali perhubungan di dalam sesebuah keluarga.
Apabila sudah bernikah, sudah tentu akan terlahirnya zuriat, tidak kira cepat atau lambat. Kerana itu semua rezeki dari Allah swt.
Lahirnya seorang zuriat dari rahim ibu, membawa seribu erti kebahagiaan di dalam rumah tangga. Si bapa turut menangis apabila terdengarnya tangisan si kecil selepas melihat dunia baru di sekelilingnya.
Itulah kegembiraan apabila menyambut si kecil.
Apabila di sebut si kecil, mesti tidak akan tertinggalan dengan isu jaundis atau kuning.
Jadi di dalam artikel ini , akan membicarakan Bayi Kuning? Ini Caranya!..
Apabila di sebut kuning, si ibu pasti sedih melihat anaknya sering menangis saat misi mengambil darah. Manakan tidak, selagi kuning tidak berada pada paras normal bacaan 5.0, maka acara pengambilan darah tetap di ambil.
Selalunya bayi kuning ini dapat di lihat pada kulit bayi, di mana akan kelihatan kulit bayi sedikit kuning . Ianya adalah bersifat sementara iaitu paling lama ialah selama 2 minggu.
Ia akan jelas dapat di lihat di kulit, apabila kulit di tekan sedikit menggunakan jari.
Bagaimana ingin tahu gejala baby kuning?
Jika anda perasan, akan terdapat beberapa gejala seandainya bayi anda kuning. Antaranya bayi akan akan sentiasa nampak lebih mengantuk dan hanya ingin tidur. Tidak ingin menyusu dengan kerap.
Selain dari itu, anda akan dapat lihat urin si kecil akan kerap berwarna gelap.
Cara atasi Bayi kuning?
- Kerap bagi bayi anda menyusu – Jika anda perhatikan, seperti yang saya sebutkan jika bayi kuning, mereka akan tidur tanpa mahu menyusu. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa perlu ambil inisitif, kejutkan si kecil setiap 1 jam untuk menyusukan bayi. Apabila bayi kerap menyusu, secara tidak langsung akan berlaku proses perkumuhan, di mana bayi akan sentiasa membuang air besar. Lebih kerap menyusu, lebih baik.
- Jemur pada awal pagi- jika anda berpantang di kampung, cara orang dahulu kala, adalah mereka menjemurkan anak mereka pada awal pagi selama 10 minit di tepi tingkap. Matahari yang terbaik adalah pada jam 8 pagi-9 pagi , di mana terdapat vitamin D elok untuk kulit.
- Guna Daun Dukung Anak- Daun dukung anak amat popular pada musim bayi kuning. Jika anda berpantang di kawasan rumah perkampungan, maka lebih mudah mencari daun dukung anak ini. Salah satu daripada petua menghilangkan jaundis yang boleh anda lakukan ialah dengan memandikan bayi anda dengan air rebusan akar pokok dukung anak. Caranya:
Ambil akar pokok dukung anak.
Cuci sehingga betul-betul bersih dari sebarang kotoran.
Rebus selama satu jam.
Campurkan air rebusan akar pokok dukung anak tadi dalam air mandian bayi anda.
Mandikan bayi anda dengan air rebusan akar pokok dukung anak setiap hari sehingga demam kuning tiada lagi.
- Daun Kucai.- Daun kucai bukan sahaja di gunakan di dalam masakan, tetapi juga di gunakan juga jika bayi anda ada jaundis. Caranya mudah sahaja iaitu, anda potong2kan daun kucai tersebut, ramas dengan air asam jawa kemudian di campurkan dengan 1 gayung air suam. Mandikan bayi anda dengan kerap sehingga jaundis tiada lagi.
oh ye, bagi sesiapa yang masih tercari-cari carseat untuk bayi anda, boleh singgah di Cara Mohon Subsidi Carseat Anak.
Leave a Reply