• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Lauk Bilis Untuk Sahur Simple.

by shazylin
March 14, 2022Filed under:
  • resepi

Lauk Bilis Untuk Sahur Simple.

Assalammualaikum dan hai.

 

Bila menjelangnya puasa, pasti ramai ibu yang buntu nak apa masak apa untuk sahur. Yang pasti kena sediakan masakan simple dan menyelerekan bagi menarik perhatian ahli keluarga untuk bersahur.

Di dalam artikel ini, akan di kongsi beberapa resepi bagi memudahkan rujukan suri rumah tangga menjelang bulan ramadan yang mulia tidak lama lagi.

 

Kenapa Lauk Bilis Untuk Sahur menjadi pilihan penulis? Ini kerana, ia masakan yang simple dan sesuai di makan dengan nasi yang hangat terutama pada waktu sahur.

Tanpa membuang masa, penulis akan kongsikan beberapa menu sahur berasaskan bilis. Anda mesti wajib mencubanya taw.

 

Menu Pertama:

Bilis Goreng Rangup Simple

bahan-bahannya ialah:

  • segenggam ikan bilis halus
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas cili api

Cara-caranya ialah :

  • Pertama, cuci dan toskan kesemua bahan.
  • Kedua, tumbuk 2 ulas bawang putih dan 5 ulas cili apai sehingga lumat.
  • Ketiga, panaskan kuali, goreng ikan bilis sehingga garing. Sudah garing, toskan minyak.
  • Keempat, masukkan bahan yang telah di tumbuk lumat tadi , goreng sehingga naik bau. Kemudian, masukkan ikan bilis, kacau dan angkat.

 

Menu Kedua:

Sambal Bilis Terung Pipit.

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 6 biji cili api
  • sedikit belacan
  • garam
  • ajinomoto
  • asam jawa
  • terung pipit
  • segenggam ikan bilis
  • bawang holland setengah biji-Di hiris
  • minyak masak.

 

Cara-caranya ialah :

Pertama , tumbuk bahan-bahan ini sehingga lumat;

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 6 biji cili api
  • sedikit belacan

Kedua, panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing. Setelah garing, angkat dan toskan minyak.

Ketiga, guna minyak gorengan bikis tadi, tumis pula bahan yang telah di tumbuk tadi sehingga kekuningan. Masukkan terung pipit, air asam jawa, garam dan ajinimoto. Gaul sehingga rata. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah garing tadi bersama dengan hirisan bawang holland. Angkat dan siap di hidangkan.

 

Menu Ketiga :

Sambal bilis belimbing buluh

bahan-bahannya ialah :

  • 5 ulas cili api
  • 1 biji cili besar merah
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji belimbing buluh-di potong bulat
  • segenggam ikan bilis
  • garam
  • ajinomoto
  • minyak masak

Cara-cara memasaknya:

Pertama, tumbuk kasar atau halus bahan-bahan ini ;

  • 5 ulas cili api
  • 1 biji cili besar merah
  • 2 biji bawang merah

Kedua, panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing. Apabila sudah garing, angkat, toskan .

Ketiga, gunakan minyak gorengan bilis tadi, tumis pula bahan yang telah di tumbuk tadi. Tumis sekejap, kemudian, masukkan bilimbing buluh yang telah di potong. Kacau-kacau.

Keempat, masukkan ikan bilis yang telah di goreng,perasakan dengan gara, ajinomoto. Siap.

 

Menu Keempat:

Sambal Bilis Tempoyak Simple.

bahan-bahannya ialah :

  • 2 sudu besar tempoyak fresh
  • 20-25 biji cili padi (kisar @ tumbuk)
  • Petai
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Ikan bilis (kisar @ tumbuk)
  • Bawang merah dan putih (kisar @ tumbuk)

Cara-cara memasaknya:

  • Pertama,  Panaskan minyak, tumis bahan kisar @ tumbuk.Apabila dah pecah minyak masukkan petai kacau rata.
  • Kedua, masukkan 2 sudu besar tempoyak, tambah air sikit-sikit.Kemudian, masukkan garam gula secukup rasa.
  • Ketiga, masak sehingga pecah minyak dan mendidih. Bila dah pekat tutup api.

 

sekian, entri untuk santapan ketika sahur yang serba sedikit penulis kongsikan.

Ooo  yaa, jika anda teringin ingin membuat nasi goreng , maka boleh mencuba resepi Nasi Goreng Bawang Putih.

Klik di sini.

Tagged:
  • Lauk Bilis Untuk Sahur Simple.

Post navigation

Previous Post Bayi Kuning? Ini Caranya!.
Next Post Cara Daftar Portal ASNB Online.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2026 · Shazylin.com