• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Famous Amos Cookies Sedap.

by shazylin
March 15, 2022Filed under:
  • resepi

Famous Amos Cookies Sedap.

Assalammualaikum dan hai.

Sudah banyak dah resepi biskut raya di dalam ini.

Entri terbaru pula adalah biskut yang popular dan mudah untuk di buat.

Di beri nama Famous Amos Cookies Sedap.

Biskut ini seakan biskut chipmore je gaiss, tetapi mendapat kesukaan ramai bila di hidangkan di atas meja.

Bayangkan, bila kita membakar  pada bulan puasa, tak tahan di buantnya. Bau semerbak.

Lagi beberapa hari kita nak masuk ke bulan Ramadan, dan pastinya semua wanita sibuk ingin menyediakan juga biskut raya.

Pejam pelik, pejam pelik masuklah Raya.

 

Semuanya pakai gaul macam tu je. Tak perlu mixer pun. Tapi hasilnya tentu puas hati. Rasa rangup, lembut, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat.

Jom kita tengok cara membuatnya di bawah.

Resepi Famous Amos Cookies Sedap.

Famous Amos Cookies Sedap.
1. BAHAN A: KACAU RATA
Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.

  • 250 gram marjerin (saya guna Farmcow)
  • 1 1/4 cawan brown sugar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur

Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.

2. TAMBAHKAN BAHAN B

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak
    *2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)
    Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat. (Saya guna 300g)

 

3. SEJUKKAN ADUNAN
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.

4. SEDIA DIBAKAR
Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.

Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.

5. MASUKKAN DALAM OVEN
Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.

 

Ooo ye,  Siapa yang peminat tegar biskut tart, anda wajib mencuba tart perisa pandan pula. Mana tahu terjatuh cinta pula kan.

Penulis kongsikan link entri bagi Tart Gulung Pandan Nanas untuk perhatian anda semua.

Klik sini;

Tagged:
  • Famous Amos Cookies Sedap.

Post navigation

Previous Post Cara Daftar Portal ASNB Online.
Next Post KWSP Pengeluaran Khas RM10000.00

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com