Jadual Imsak & Berbuka Puasa 2022 Ikut Negeri.
Assalammualaikum dan hai.
Covid-19 yang melanda negara malaysia tidak mematahkan semangat orang Islam untuk membuat penyediaan bagi menyambut bulan Puasa tidak lama lagi.
Mana tidaknya, ia hanya datang setahun sekali sahaja dan hanya timbul 30 hari sahaja bagi umat Islam menyambutnya dengan gembira.
Dengan adanya bulan puasa, ia mengajar kita supaya sentiasa sabar di dalam segala dugaan dan tindakan yang bakal kita lalui di sepanjang Bulan yang penuh mulia itu.
Hanya yang betul-betul sabar akan dapat kemanisan pahala ketika berpuasa.
Bersyukur kita di pertemukan lagi sekali dengan bulan Ramadan, dan sedekahkan al fatihah kepada semua insan yang telah pergi meninggalkan kita tanpa sempat untuk menyambut Ramadan pada tahun Ini.
Alfatihah.
Artikel info pada hari ini adalah berkaitan dengan Jadual Imsak & Berbuka Puasa 2022 Ikut Negeri. Sudah tentu, bila puasa, mesti kena tahu waktu imsak dan berbuka kan.
anda boleh semak di JAKIM
Perintah untuk melaksanakan puasa sendiri sudah tercantum dalam Al-Quran iaitu di petik dari satu ayat, di dalam surah Al-Baqarah ayat 183 berikut ini:
Artinya: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa.
Sejarah puasa Ramadhan sebenarnya sudah ada sejak zaman sebelum Nabi Muhammad SAW, tepatnya saat zaman jahiliah. Allah menyuruh kaum jahiliah untuk melakukan ibadah puasa Ramadhan namun mereka menentangnya.
Kemudian pada zaman Nabi Muhammad SAW puasa Ramadhan kembali di lakukan lagi atas perintah Allah SWT, melalui beberapa proses.
baca juga : Doa Untuk Berbuka Puasa Ramadan.
faedah utama puasa di sisi seorang Muslim. Bagi Muslim, terdapat pelbagai faedah berpuasa. Antaranya adalah:
- Ia membantu seseorang untuk menghayati kehidupan mereka yang kurang bernasib baik dengan berlapar dan rasa dahaga sebagaimana yang dirasai oleh mereka.
- Ia memberi seseorang kemampuan untuk mengawal kehendak diri dan nafsu. Semasa berpuasa, umat Islam belajar untuk mengawal kehendak diri seperti lapar dan dahaga serta mengelakkan diri daripada berbuat kejahatan.
- Ia menawarkan masa bagi Muslim untuk mensucikan jiwa mereka dan membangunkan kesedaran kemanusian dan spiritual. Ramadhan adalah bulan pembersihan jiwa bagi Muslim dan mereka biasanya menjemput sanak saudara dan sahabat handai berbuka puasa di rumah dan solat berjemaah. Begitu juga sifat pemaaf dan jujur disuburkan dalam bulan Ramadhan ini.
Selain itu, antara kebaikan puasa dari sudut kesihatan adalah:
- Mengurangkan berat badan
- Menstabilkan gula dalam darah dan meningkatkan kepekaan insulin.
- Mengurangkan tahap kolestrol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolestrol HDL (high density lipo-protein).
- Mengurangkan tekanan darah tinggi.
- Memberi rehat kepada sistem penghadaman.
- Mengawal stres
Leave a Reply